SEJUJURNYA, aku bukanlah sejenis orang yang suka kisah tentang apa yang orang ingin katakan kepadaku. Tetapi, celaan mereka itu sangat memberikan kesan yang mendalam kepada hatiku.
Kenapa mereka berenam memilih untuk merahsiakan perkara ini daripada aku?
“Ayeen!”
Aku tak mengangkat wajah apabila mendengar suara mereka menegurku. Aku tak nak mereka nampak aku menangis. Risau jikalau keadaan akan menjadi semakin keruh sekiranya mereka bertindak untuk masuk campur.
“Ayeen”. Seru mereka lagi.
Aku diam.
Terkejut aku apabila Rash menjenguk aku di bawah meja.
“Kenapa kau menangis?” Soalnya.
Aku cepat - cepat seka air mata.
Mereka berenam memandang aku bersama wajah yang serius.“Siapa yang buat kau menangis? Memang nak mampus dengan kami”. Bebel Rizky bengang.
Aku kemam bibir.
“Ayeen...”
“Kenapa kau orang buat aku macam ni?” Soalku bersama suara sayu. Gagal untuk mengawal emosi aku sendiri membuatkan air mataku jatuh seiring dengan tangisan.
Mereka berenam terkedu.
“Kenapa kau orang buli Mia? Kenapa kau orang rahsiakan daripada aku? Sebab kau orang buat perangai aku kena hina dengan semua pelajar. Nama aku dah busuk sebab kau orang. Sampai hati kau orang buat aku macam ni”. Aku menangis teresak - esak.
Sakit sangat hati aku apabila terkenang kembali hinaan mereka.
“Kami minta maaf”. Ucap mereka serentak.
Aku diam.
“Kami bukan buat dengan sengaja. Kami nak ajar supaya Mia menyesal dengan perbuatan dia. Kalau kami tak buat macam itu nanti makin bahaya ancaman dia berikan kepada kau. Kau nak dia rosakkan hubungan kau dengan Rash?” Soal Imdad.
Aku menggeleng.
“Janganlah menangis Ayeen. Aku minta maaf. Lepas ni, aku janji aku takkan buat dah perkara yang sama. Aku akan tanya kau dulu kalau nak buat something. Please, Ayeen. Jangan menangis. Aku betul - betul minta maaf”. Kata Rash dalam nada bersungguh.
Aku seka air mataku.
“Jan-janji?” Soalku perlahan.
Rash tersenyum manis.
“Janji!”
Aku mengangguk perlahan. Air mata disekaku.
“Ayeen...”
Aku pandang mereka berenam.
“Bila engkau berduka dan kau putus asa, kami fahami apa yang kau rasa”.
Aku terkebil - kebil apabila mendengar Imdad menyanyi.
Rash datang mendekati aku.
“Disini ada ku, bukankah aku temanmu? Yang kuingin hanyalah senyumanmu”.
Rash kenyit mata pada aku.
ESTÁS LEYENDO
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...