Bab 3

15.1K 1K 60
                                    

TAMAN tema pada waktu malam begini begitu mengasyikkan. Aku tak pernah dapat  melihat keindahan ini secara dekat kerana papa tak pernah mahu membawa aku datang ke sini.

“Cantikkan?” Aku pusingkan tubuh nemandang Rash yang tersenyum.

Aku mengangguk.

“Aku dah lama teringin nak bawa kau datang ke sini. Tapi keadaan tak mengizinkan. Kita bukan halal. Aku tahu kalau pergi berdua mesti Aunty Reen tak izinkan sebab risau benda yang tak elok terjadi”. Tutur Rash.

Aku tersenyum nipis.

Betul lah tu.

Keluar berdua dengan lelaki yang ajnabi agak bahaya.

“Ayeen!” Aku pandang Rizky dan Imdad yang datang mendekati aku dan juga Rash.

Aku tayang senyuman.

“Jomlah naik wheel. Rian dah belikan tiket”.  Ajak Rizky.

Aku pandang Rash.

“Jom”. Melihat dia mengatur langkah, aku terus sahaja mengikuti dia.

“Cantik kau hari ni”. Pujian Imdad membuatkan aku tersenyum nipis.

“Kenapa kau macam tak banyak bercakap dengan kami? Kau masih malu ke?” Tukas Rizky pula.

“Adalah sikit”.

“Nak malu apa? Kita kan dah jadi kawan?”

Aku tersenyum nipis.

“Sampai pun”. Langkah kami mati apabila melihat Raf dan Rian yang sedang bersantai menunggu kami.

“Ada empat orang boleh masuk dalam satu tempat. Siapa nak naik dengan Ayeen angkat tangan”.

Aku masih terpinga - pinga.

Rash, Rizky dan Imdad masing - masing mengangkat tangan membuatkan aku ketawa kecil.

Rian senyum.

“Pergilah masuk”.

“Jom Ayeen”. Rash tarik tangan aku yang berlapik dengan lengan baju untuk masuk ke dalam Wheel.

Tapi aku undurkan langkah.

“Ayeen?”

“Ak-aku takut”. Kataku perlahan.

Sebenarnya, aku gayat.

“Tak apa, kami kan ada? Janganlah risau”. Pujuk Rizky ceria.

Aku kemam bibir.

Tapi...

“Jomlah, Ayeen. Bukan selalu Rian nak belanja. Bila dia belanja kenalah manfaatkan”. Tukas Imdad bersama ketawa  nakal.

Rian juih bibir.

Rizky dan Imdad dulu - dulu masuk.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now