"AKU tak boleh". Jawapanku membuatkan senyuman Rash memudar. Air mukanya juga turut berubah.
"Apa maksud kau yang kau tak boleh jadi isteri aku?" Soal Rash semula.
"Ak-aku teman wanita Naz. Aku tak boleh kahwin dengan kau. Aku tak boleh jadi isteri sesiapa melainkan Naz". Balasku perlahan.
"Kau couple? Kau couple dengan lelaki lain sepanjang tiga tahun?" Suara Rash kedengaran kecewa. Dadaku terasa mengetat.
Aku rasa jahat.
"Tiga tahun Ayeen. Tiga tahun aku tahan diri aku dari berhubung dengan kau sebab aku nak fokus. Aku nak cita - cita aku tercapai sebab aku nak kita senang. Tapi ini yang kau balas pada aku? Mana kata - kata yang kau nak aku tunaikan janji kita dulu?" Soalnya rapuh.
"Aku minta maaf. Tapi, Naz yang jaga aku selama tiga tahun. Jadi, aku terhutang budi".
Rash ketawa sinis.
"Aku yang jaga kau selama bertahun - tahun. Mana balasan untuk aku?" Soalnya penuh sarkastik.
"Aku tak tahu apa yang aku nak buat tanpa kau. Aku takut Rash. Aku perlukan orang untuk jaga aku".
"Aku jaga kau, Ayeen".
"Tipu! Kau tak jaga aku. Kau tinggalkan aku secara tiba - tiba. Aku takut tahu tak?!" Kataku bersama - sama tangisan.
Rash memandang sepasang mataku.
"Aku tetap jaga kau walaupun kau tak nampak aku. Aku yang minta Que ambil kau kerja. Aku minta Que jaga kau dan laporkan apa yang jadi sepanjang kau dibawah pemantauan dia. Kau tak pelik ke, Ayeen? Kafe tu kebanyakkan pekerja lelaki dan bukan perempuan. Que tak suka bergaul dengan perempuan tapi sebab aku minta dia tolong jagakan bakal isteri aku dia sanggup longgarkan syarat di kafe". Aku terdiam mendengar bicara Rash.
Sepasang matanya memancarkan perasaan yang cukup rapuh. Jelas sekali dia kecewa dengan aku.
"Semalam ada tiga orang lelaki kacau kau kan?" Soalannya membuatkan aku mengangguk.
"Aku dah belasah tiga bedebah tu dengan tangan aku sendiri. Kemudian, aku call ambulans untuk mengangkut mereka ke hospital".
"Kenapa kau buat macam tu?" Soalku tak puas hati.
Aku tahu mereka jahat. Tapi tak perlulah memukul sehingga sebegitu rupa. Jikalau tak teruk tentu Rash takkan telefon ambulans. Tentu sahaja tiga orang lelaki itu cedera dengan teruk.
"Kenapa? Aku jaga kau. Aku nak dia orang tahu apa padahnya jika mereka berani menganggu perempuan aku!"
"Aku bukan perempuan kau! Aku tak nak kahwin dengan kau! Aku benci kau!" Jeritku.
Air mata Rash jatuh.
Dia mengundurkan langkah.
"Aku tak kisah. Kau tetap akan kahwin dengan aku. Kau akan jadi isteri aku". Tegasnya.
"Apa bergaduh ni?" Suara mama membuatkan Rash memusingkan tubuh ke belakang. Dia menyeka air matanya.
"Aunty Reen, Rash balik dulu". Pamit Rash sopan lantas dia berlalu pergi tanpa menghiraukan aku.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romantizm-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...