“SELAMAT datang!” Ceria wajah Rizky menyambut kami.
Aku mengukir senyuman manis.
“Jemputlah masuk, Ayeen”. Penuh sopan Fahim menggamit aku masuk ke dalam rumah.
Aku hanya akur.
Rash dan Imdad awal - awal lagi sudah masuk ke dalam rumah Fahim.
Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Raf dan juga Rian.
“Kau dan Rash bergaduh ke?” Soal Rizky prihatin.
Aku tersenyum tawar.
Tak tahu bagaimana Rizky boleh tahu perkara itu. Walhal, Imdad tak ada membuka mulut pun.
Apatah lagi mahu mengetahui keadaan kami ketika berada di dalam kereta tadi.
“Rash tak pernah marah sampai macam itu. Selalunya dia senyum aje”. Kata Fahim pula.
Jadi aku lah yang salah?
“Aku cuma nak berkawan dengan perempuan lain. Takkan itu pun tak boleh? Aku tak ada niat langsung nak ketepikan Rash. Aku cuma nak rasa perasaan berkawan dengan sejenis aku”. Kataku perlahan.
Fahim dan Rizky saling berpandangan.
Fahim hela nafas.
Rizky urut batang leher.
Aku tahu mereka sendiri pening mahu menyebelahi pihak mana.
“Tak apalah, Ayeen. Itu pilihan kau”. Bidas Fahim lembut.
Rizky angguk perlahan.
“Tapi kau kena hati - hati dengan kawan yang kau pilih. Kadang - kadang apa yang kau sangkakan kawan, boleh jadi seperti ular di sebalik rumput. Bahaya”. Pesan Rizky bersama wajah serius.
Bahaya.
Bahaya.
Bahaya.
Sudah berapa kali agaknya perkataan bahaya disebut mereka?
Kenapa susah sangat mahu berkawan dengan seorang perempuan?!
“Ayeen!” Aku pusingkan tubuh memandang Imdad.
Raf dan Rian hanya bersantai dan berbual kosong.
Rash cuma diam menatap secawan jus oren yang masih lagi tidak bersentuh.
Tak pernah Rash jadi begitu.
“Kau pergilah makan. Lepas ni kita nak pergi melawat rumah orang tua - tua”. Kata Rizky.
“Rumah orang tua - tua?”
Rizky angguk.“Pergilah isi perut dulu. Tak perlu nak ambil pusing tentang hal Rash. Sekejap aje dia marah tu. Nanti dia sejuklah balik”. Bidas Rizky.
Aku hanya akur aje.
Tapi aku tak percaya yang Rash akan mudah sejuk.
Rash yang aku kenal amatlah sukar untuk memarahi aku dan amatlah sukar untuk memujuknya jika dia sudah berjauh hati.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...