Bab 14

10.8K 702 48
                                    

SEJUJURNYA, aku tak tahu nak berikan reaksi apa kepada Rash apabila dia yang menawarkan diri untuk mengajar Raf senyuman yang betul hanya kerana dia tak mahu aku senyum lebih - lebih pada kawan baiknya itu. Rash mengambil masa selama dua jam juga Rash ajar Raf cara untuk senyum dan bertutur dengan perempuan. Apa yang tak boleh tahannya, dia gunakan aku sebagai contoh. Aku pun redha aje memandangkan niat Rash hanya mahu membantu Raf.

Tapi, bagus juga.

Teknik mengajar Rash membuatkan Raf begitu mudah faham dan mereka berdua praktikkan gaya itu dihadapan aku. Meskipun sudah mahir Raf pula yang segan hendak berhadapan dengan Widya. Tak pasal - pasal Rash terpaksa memujuk Raf.

Hampir ke tengah hari juga sesi memujuk mereka. Kemudiannya, selepas menunaikan solat Zohor, Raf mengajak kami berdua menemaninya menuju ke rumah Widya.

Aku dan Rash duduk bersembunyi di belakang pokok hiasan milik ibu Widya kerana di situ tempat yang sesuai untuk kami berdua mendengar suara Raf dan Widya secara jelas.

Aku nampak wajah Raf yang gugup apabila Widya keluar dari rumah.

"Kenapa dia beria - ria nak malu sangat? Aduh, tak gentle betul!" Bebel Rash geram.

"Shhh!" Aku tegur dia.

Tak pasal - pasal kantoi juga nanti.

Rash mencebik.

"Ka-kau nak apa?" Pertama kali aku dapat mendengar suara Widya.

Lembut.

"Wi-Widya..."

"Kau jangan nak buat kacau di sini. Ak-aku tahu kau jahat. Jangan kacau aku!"

"Lembabnya dia bertindak". Bebel Rash geram.

Aku geram betul dengan Rash.

"Hei!"

Pergelangan tangan Widya dicengkam. Aku rasa Raf sudah hilang sabar apabila Widya beeterusan memukul dadanya.

Widya tampak cuak.

"Kau fikir aku nak buat jahat pada kau ke? Nama aku, Alfan Rafisqi. Yes, aku bad boy kat sekolah. Aku suka membuli. Aku suka buat jahat. Vandalisme dan ponteng kelas. Tapi, aku takkan belasah perempuan tanpa sebab. Kau takut sangat dengan aku kenapa? Kau fikir aku nak pukul kau?"

Aku sendiri terpana melihat Raf yang tidak segugup tadi.

Raf tampak lebih berani.

Rash tersengih suka.

"Itu baru kawan aku". Ujar Rash penuh bangga.

"Aku cuma nak berkenalan dengan kau. Takkan itu pun salah?" Soal Raf kasar.

Widya merentap tangannya dari terus dipegang Raf.

"Tak nak". Jawapan gadis itu mengundang rasa kecewaku.

Bum!

Daun pintu rumah dihempas kasar sebaik sahaja Widya melangkah masuk ke dalam rumahnya senula.

"Sombong betul si Widya tu". Gumam Rash tak puas hati.

Aku dan Rash keluar dari tempat persembunyian kami.

"Raf..."

Raf pandang aku dan Rash.

"Kau orang berdua tunggu aku dulu. Aku ada hal yang nak diuruskan sekejap". Pesannya tanpa nada. Kemudiannya, Raf terus sahaja meluru masuk ke dalam rumah Widya membuatkan rahang aku dan Rash longgar.

Ya Allah!

Tak sangka Raf melakukan tindakkan sebegitu rupa.

"Ayeen, aku kena heret Raf keluar. Dia nak buat gila dah tu". Kata Rash cemas.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now