RASH: Bab 25

10.7K 764 64
                                    

PUAS aku bergolek di atas katil. Ke kiri dan ke kanan. Tapi, aku masih tak boleh tidur kerana aku masih teringatkan Nazhan mencium Ayeen.

Urgh! Aku cemburu!

Aku bingkas bangun dari pembaringan lalu telefon bimbitku dicapai.

Aku masih tak mampu lupakan tentang mereka berdua bercium. Tapi, makin aku ingat makin aku sakit hati.

Ayeen, aku nak benci kau. Aku nak marah kau. Aku sendiri tak tahu kenapa yang aku tak boleh buat macam tu. Hati aku pilih kau dan aku takkan boleh pandang perempun lain.

Aku terus sahaja memasukkan telefon di dalam poket lantas aku keluar dari bilikku untuk mencari biskut yang dibuat umi petang tadi. Aku perlukan biskut untuk aku berfikir.

"Along!"

"Fia tak tidur lagi?" Soalku lembut seraya mendukungnya. Alfia yang berusia sembilan tahun didukungku.

"Along nak pergi mana?" Soalnya sambil memeluk erat leherku.

"Nak pergi dapur. Along nak makan biskut". Balasku sambil membuka langkah menuju ke arah dapur.

"Along kuat makan biskut sekarang ni. Along bergaduh dengan Kak Ayeen?" Soal Fia lagi.

Aduh little one aku ni. Kenapa soalan sensetif juga yang dia bawa tengah malam macam ni?

Aku letakkan Fia di atas meja makan. Fia masih memandang aku menagih jawapan. Budak - budak memang tetap akan tunggu jawapan selagi aku tak bagi tahu.

"Along ada masalah sikit dengan Kak Ayeen".

"Tapi, along tak berpisah dengan Kak Ayeen kan? Fia tak nak perempuan lain kahwin dengan along. Fia nak Kak Ayeen yang kahwin dengan along". Tuturnya polos.

Aku tersenyum kecil.

"Along janji dengan Fia yang Kak Ayeen tetap akan jadi kakak ipar Fia. Tapi, Fia kena bagi along masa untuk uruskan semuanya. Little one faham kan?" Soalku.

"Faham!"

Aku mencuit lembut batang hidung Fia.

"Alfia Nasuha kenapa kamu tak tidur lagi?" Suara umi yang memetir membuatkan Fia membulatkan mata.

"Al-along, Fia nak masuk bilik. Esok Fia nak sekolah. Bye!" Pipi kananku dicium sekilas lantas Fia melompat turun dari meja makan dan berlari masuk ke dalam bilik.

Umi memang garang tapi taklah segarang Aunty Reen.

Aku mencapai sebalang biskut lalu aku membuka balang tersebut dan menjamah satu per satu biskut buatan umi.

Tiba - tiba sahaja telefonku terasa bergetar kuat.

Bedebah mana pula yang call aku tengah - tengah malam ni?

Telefon dikeluarkan. Aku menarik kerusi seraya melabuhkan punggung di atas kerusi. Balang biskut diletakkan di atas riba.

Butang biru ditekan.

Aku nampak wajah Fahim. Tengah duduk dalam selimut sambil meniarap. Aku nampak Rizky yang sedang menikmati pizza. Aku juga nampak Rian yang tak berbaju sedang menghadap laptop.

"Apa hal kau orang buat video call dengan aku malam - malam? Fahim, apa hal kau berselubung dalam selimut dan kau, Rian kenapa video call dengan aku sambil buat kerja?!" Soalku.

"Rilekslah. Aku tak buat kerja lah lembab. Aku cuma main game je. Fahim ajak aku video call. Aku pun join je lah". Balas Rian bersahaja.

"Aku pula duduk dalam selimut ni sebab aku tak nak ibu aku tahu yang aku tak tidur lagi". Tutur Fahim berhati - hati.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now