Bab 1

39.6K 1.2K 58
                                    

HARI pertama bersekolah di sini terasa begitu menyeksakan. Aku tak faham kenapa Abang Deel dan Abang Deen hantar aku ke sekolah ini sedangkan aku tak mahu pun bersekolah di sini. Bagi aku, sekolah menengah yang papa dan mama pernah bersekolah itu pun dah cukup memadai. Kenal dengan kawan juga. Tak seperti sekarang ini. Mereka memandang aku serupa sedang melihat makhluk asing.

Pelik sangat kah aku bertudung di sini?

"Ayeen", Suara Rash buatkanku mendongak memandang wajahnya.

Tak tahulah kenapa dia terlalu lambat datang sehinggakan aku terpaksa ditinggalkan terkontang - kanting di sini.

"Kau pergi mana?" Soalku tak puas hati.

Rash sengih.

"Tengok - tengok kawasan sekolah ni. Besar. Tak rugi aku setuju cadangan Abang Deel", Bidasnya seraya ketawa kuat.

Aku berdecit geram.

"Kau suka sekolah ni. Tapi masalahnya, aku tak suka. Mereka semua pandang aku serupa tengah tengok makhluk asing", Rungutku tak puas hati.

Aku dah penat beritahu pada Abang Deel dan Abang Deen bahawa aku tak suka bersekolah di sini. Tapi mereka berdua langsung tak mahu dengar. Siap daftarkan aku terus bila dengar Rash juga setuju untuk masuk ke sini. Dengan harapan, Rash mampu menjaga aku kerana dari kecil dia sentiasa ada bersama - sama denganku.

Lagipun, tak rasa cliché sangat ke? Sekolah menengah swasta dan hanya pelajar dari golongan berada aje yang boleh masuk ke sini. Eii, macam novel!

"Termenung apa tu!"

Aku terus jeling Rash bila dia sengaja sergah aku macam tu. Tak pernah langsung buat hati aku jadi tenang. Asyik nak buat aku marah je!

"Kau nak termenung apa lagi Ayeen? Aku ada kat depan kau". Katanya sambil tersengih.

Aku julingkan mata ke atas.

Perasaannya, anak Uncle Am ni!

"Bila masa aku termenung tentang kau? Sorry, sikit. Aku cuma berfikir kenapa kau nak sangat bersekolah di sini? Mereka tu asyik pandang aku lain macam".
Rash gelak kecil.

"Kau jangan risaulah. Mereka jealous tu tengok kau pakai tudung. Cantik. Mereka semua rambut karat - karat. Tak cantik. Itu yang mereka pandang kau semacam", Tukas Rash bersahaja.

Aku jeling dia.

Orang serius, dia boleh pula main - main.

"Satu lagi, aku sekolah kat sini sebab nak jumpa kawan - kawan aku", Tokoknya lagi.

Dia nak sekolah kat sini sebab nak jumpa kawan - kawan dia? Sanggup dia ketepikan aku?!

"Kau..."

"Jangan risau. Aku kan ada. Aku boleh jaga kau. Lagipun, kawan - kawan aku semuanya baik. Mereka boleh dipercayai. Aku ajak kau sekolah kat sini pun ada sebab juga..." Dia sengih pandang aku.

Batang lehernya diurut perlahan.

Terkebil - kebil aku pandang dia.

"Sebab apa?"

"Sebab mereka nak sangat jumpa kau. Mereka nak tengok gambar kau... aku tak bagi", Balasnya seraya tersenyum lagi.

Aku terkebil - kebil.

"Kenapa tak bagi? Kau bagi ajelah. Tak payah susah - susah sampai nak heret aku masuk sekolah ni sekali", Rungutku.

Kalau Rash tak heret aku masuk... mesti sekarang aku dah sekolah menengah kat sekolah papa dan mama dulu. Hmph!

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now