Bab 16

8.6K 601 25
                                    

HARI ini, harinya sementelah tiga hari berlalu. Sejujurnya aku sangat takut untuk ke sekolah hari ni. Tapi, aku lagi takut aku akan mengecewakan cikgu. Apatah lagi, cikgu begitu berharap kepadaku. Tapi, tiga hari itu bukan masa yang lama untuk aku berlatih. Sudahlah aku ni noob dalam menyanyi.

"Selamat pagi, Ayeen!"

"Selamat pagi, Rizky". Balasku bersama - sama senyuman nipis.

Rizky membuka langkah mendekatiku. Wajahku diperhatinya dengan wajah yang cukup serius.

Aku mengerut dahi memandangnya.

"Ke-kenapa ni?" Soal Rizky hairan.

"Apa yang tak kena? Muka aku comot ke? Ahhh, mesti abang aku punya pasal. Sibuk suruh aku sarapan". Kataku cemas seraya mengesat pipiku.

"Ayeen, muka kau cantik macam selalu. Tak ada apa yang kurang pun. Cuma hari ni kau tak nampak berseri. Kau nampak susah hati. Kau takut pasal menyanyi tu ke?" Soalnya risau.

"Sikit".

"Ayeen, kau tak perlu takut. Aku dengar Rash dan Rian beritahu yang kau berlatih dengan bersungguh - sungguh. Aku yakin. Walau apa pun, mesti hasil usaha kau berbaloi. Jangan risau".

Aku menghela nafas.

Harapnya begitulah.

"Ayeen!"

Aku menoleh memandang Rash yang datang bersama - sama Rian dan Fahim. Aku tersenyum kelat apabila melihat mereka.

"Kau okey tak ni?" Soal Rian hairan.

"Dia cuak. Kau jangan tanya", Balas Rizky bagi pihak aku.

Rash menunduk sedikit memandang seraut wajahku. Dia mengukirkan senyuman yang cukup manis apabila mata kami berdua bertemu.

"Percayakan aku, Ayeen. Suara kau sangat - sangat memukau. Aju pasti kau dapat menyanyi dengan baik". Pujuknya.

"Aku takut kalau aku akan kecewakan cikgu". Balasku perlahan.

"Ayeen... Kau tak boleh berfikir tentang kegagalan kau. Sepatutnya, ku kena fikir tentang kejayaan kau. Baru kau akan berjaya". Pesan Rian pula.

"Kau boleh buat. Aku akan sokong kau!" Tukas Fahim pula.

Aku tersenyum.

"Terima kasih, kau orang".

"Kami akan buat apa sahaja yang terbaik untuk kau. Kau pasti boleh. Ayeen boleh!" Ucap Rash.

"Ya, Ayeen boleh!" Sorak mereka bertiga.

Mereka memandang aku.

"Jadi, Ayeen?" Soal Rash bersama - sama senyuman senget.

"Aku akan cuba". Balasku.

"Macam ini baru Ayeen!"

Aku ketawa kecil.

"Oh ya, mana Imdad dan Raf?" Soal Rizky hairan. Dia mencekak pinggang sambil meliar memerhatikan sekeliling.

Aku pun pelik.

"Mereka datang lambat sikit. Ada hal keluarga". Kata Rian.

Hal keluarga?

Mereka takkan bergaduh tentang perihal Widya kan? Imdad tak tahu yang Raf sukakan Widya kan?

Aku haraplah tak.

Aku takut mereka akan bergaduh dan persahabatan mereka berenam akan musnah begitu sahaja.

Perbualan kami terhenti apabila melihat Sue Yin melangkah mendejati kamk.

"Ayeen, Rash dan Rian. Cikgu Asma suruh kau bertiga bersedia".

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now