MESKIPUN baru beberapa hari aku bersekolah di sini, aku sudah mampu membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Mana - mana perempuan yang tidak menyukai aku sudah tentunya akan menggelarkan aku sebagai perempuan murah yang menjaja maruah untuk menarik perhatian enam lelaki itu. Tapi sayangnya tidak.
“Kau nak tahu sesuatu, Ayeen?” Suara Raf memecah keheningan antara kami semua.
Aku pandang Raf.
“Jangan pernah percayakan sesiapa di sekolah ini melainkan kami berenam. Di sekolah ini, kau ibarat mangsa yang ditungu - tunggu oleh pemangsa untuk dijadikan sebagai sasaran mereka”. Terangnya.
Aku terdiam.
“Takkan seorang pun aku tak boleh nak berkawan? Takkan semua orang jahat?” Tukasku.
“Bukan semua. Tapi maksud aku, mereka yang mendekati kau tentu ada helah yang tersendiri. Sebelum kau terjerat, lebih baik aku ingatkan kau”. Katanya.
Sungguh aku tak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Raf.
“Betul apa yang Raf katakan. Kau kena hati - hati dengan semua orang. Kat sini untuk dapatkan apa - apa, mereka semua sanggup bermuka - muka dan saling tikam belakang. Bahaya”. Bidas Rash.
“Tapi takkan aku hanya perlu berkawan dengan kau orang? Kau orang semua lelaki. Tak sama perasaan macam aku. Sekali - sekala aku mahukan juga kawan perempuan”. Kataku bersama suara sayu.
Aku melihat mereka terdiam.
Aku tahu mereka rasa serba salah.
Aku berkawan dengan mereka membuatkan aku sukar untuk memperoleh kawan - kawan yang lain.
Apalah nasib aku?
“Ayeen...”
“Aku nak pergi ke tandas. Maaf’”. Ucapku lantas berlalu pergi meninggalkan mereka berenam.
Aku tahu mereka memandang aku.Langkah diatur menuju ke arah tandas.
“Hai!”
Aku simpul senyuman manis apabila melihat seorang perempuan menyapa aku bersama senyuman ceria.
Dialah perempuan yang melambai aku di dalam kelas tadi.
“Nama saya, Damia Imrah. Awak boleh panggil saya, Mia. Nama awak?”
“Ayeen Hazreen. Panggil aje, Ayeen”. Balasku lembut.
Mata Mia nampak bersinar.
Dia terus pegang tangan aku dan sepasang matanya memanah wajahku.
“Ayeen. Awak sangat cantik!” Pujinya.
Pipiku mula terasa menghangat.
Cantik ke aku ni?
“Mana ada. Saya biasa - biasa aje”.
“Boleh kita jadi kawan?” Aku terus mengangguk apabila mendengar soalan Mia.
Semestinya boleh.
Aku sudah lama inginkan kawan perempuan sedari dulu. Tapi aku tak pernah dapat kerana Rash yang asyik mengongkong setiap perlakuan aku.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...