Bab 24

10K 708 114
                                    

HARI ini pelanggan tidaklah terlalu ramai dari kebiasaannya. Tapi, badan aku terasa sangat letih. Bahu aku juga rasa berat.

"Ayeen". Aku memandang seraut wajah Encik Que yang tampak risau melihatku.

"Ya encik?" Soalku lembut.

"Sakit ke?" Bertaut keningku apabila mendengar soalan Encik Que.

"Ma-maksud saya, Ayeen sakit bahu ke?" Soalnya semula.

"Sakit sikit. Tapi, saya boleh bekerja lagi". Balasku lembut. Tak sempat Encik Que hendak menjawab aku nampak Nazhan masuk ke dalam kedai.

"Ayeen!" Nazhan nampak aku. Dia terus sahaja mendekatiku. Pinggangku dipeluknya.

Aku berkerut tak selesa.

Pandangan Encik Que tampak tajam memerhatikan Nazhan.

"Kau tak kahwin lagi dengan Ayeen kan? Lepaskan dia". Arah Encik Que tegas.

"Nanti dia jadi isteri aku juga". Bidas Nazhan dingin.

"Naz, ini boss saya. Jangan cakap macam tu". Tegurku lembut. Lagipun, apa yang Encik Que katakan betul. Aku tak selesa bila Nazhan peluk pinggang aku.

"Ayeen nak melawan Naz ke?" Suaranya kelihatan sedikit mendalam. Aku tak tahu kenapa bahu aku jadi makin sakit.

"T-tak. Saya tak melawan. Saya cuma tak nak Encik Que pecat saya. Saya sayang kafe ni". Balasku perlahan.

"See? Ayeen tak kisah". Ujar Nazhan penuh angkuh dihadapan Encik Que.

"Mungkin dia tak kisah. Tapi aku sebagai majikan dia, aku kisah. Kau nak peluk pinggang dia sangat? Kenapa kau tak pergi pegang api dulu sebelum peluk dia. Aku nak kau rasa macam mana hangatnya api neraka sebelum kau nak buat dosa". Sinis Encik Que.

Air muka Nazhan berubah.

"Mari kita pergi makan tengah hari kat rumah Naz".

"T-tapi, Naz. Ayeen ada kerja". Balasku.

"Naz kata kita pergi makan tengah hari kat rumah Naz". Tekannya lagi.

Aku menahan tangisan.

"Baik". Balasku perlahan.

Pelukan pada pinggangku dileraikan. Dia mencapai tanganku lalu dia menggenggam tanganku menuju ke arah keretanya.

Aku nampak Encik Que melihat aku dengan serius.

Aku tak nak Encik Que pecat aku.

"Masuk". Aku meloloskan dedaun pintu kereta. Nazhan menutup dedaun pintu kereta sebaik sahaja aku masuk. Kemudian, dia meloloskan diri ke tempat pemanduan pula.

Aku mengurut perlahan bahu kiriku.

Sakitnya.

"Ayeen okey?" Suaranya berubah lembut.

"Tak okey. Bahu saya sakit". Aduku bersama - sama tangisan. Kulit bahu kiriku kerap lebam. Aku tak tahu kenapa tapi aku tak selesa.

Aku rasa tak sihat.

"Sakit? Sakit sangat ke?" Soalnya lagi.

"Sangat". Jawapanku membuatkan Nazhan merapatkan jarak tubuh kami. Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Lembut tangannya menggosok bahu kiriku.

Aku tak selesa bila dia peluk aku. Tapi bahu aku rasa lega.

"Masih sakit?" Soalnya.

Aku menggeleng.

"Ayeen takkan sakit kalau Ayeen dekat dengan Naz. Naz akan sembuhkan sakit Ayeen". Katanya penuh bersemangat.

Aku memandang Nazhan.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now