Part 18 - Nothing 😐

20 8 0
                                    

"Amboi. Mentang-mentang dalam bilik, galak eh buat kerja." sergah Baekhyun.

Mujur sahaja yang datang Baekhyun, Jongdae dan Kyungsoo sahaja. Kalau keluarga Hyerin yang datang, naya Chanyeol. Hyerin juga tersedar tatkala pintu wad terbuka. Takut juga dia jika keluarganya yang datang kerana kedudukannya bersama Chanyeol sekarang memang akan mengundang kemarahan. Lebih-lebih lagi Hyecheol.

"Haih menyesal aku bagitau korang. Tak aman aku dengan Hyerin asyik kena menganjing je."

Chanyeol berkira mahu turun dari katil. Tapi dihalang Hyerin. Tak puas peluk katanya.

"Kau tengok Hyerin. Mengada betul. Dia ingat kita nak sangat ke Chanyeol dia tu. Tak hingin! Ambiklah." sakat Baekhyun.

"Eleh Baek, kau jealous enn sebenarnya sebab Taeyeon sunbae reject kau?" balas Hyerin.

"Hey mana ada dia reject! Dia kata nak fokus study je. After dia habis study kitorang date lah." balas Baekhyun mempertahankan diri. Lantas kepalanya dipukul Kyungsoo.

"Bodoh tu jangan tunjuk sangat. Sikit-sikit je tayang bodoh tu."

"Mana ada bodoh! Betullah Taeyeon sunbae cakap macam tu." masing-masing menepuk dahi.

"Nak fokus study tu salah satu rejection lah bengap." balas Jongdae setepek.

"Yeke!?" soal Baekhyun dengan nada hampir menangis.

"Dah-dah kau tak payah nak buat drama murahan kau dekat sini. Banyak lagi perempuan lain kat sekolah tu yang lagi elok." balas Chanyeol pula.

"Korang jeke yang datang? Yang lain mana?" soal Hyerin pula.

"Sekejap lagi dorang datang. Dorang takut nak naik ramai-ramai." jawab Kyungsoo.

"Laa naik je. Aku kan bilik private. Tak kacau pesakit lain pun. Panggillah dorang naik. Tapi masa naik tu jangan bising pulak."

"Yelah taulah dorang tu nanti."

5 minit kemudian, mereka tiba kecuali Junmyeon.

"Mana Junmyeon?" soal Hyerin.

"Mana lagi kalau bukan jumpa Irene." balas Jongin selamba.

"Junmyeon dengan Irene?"

"Ehh kau tak tau ehh? Irene dengan Junmyeon dah lama dah. Sebelum kau masuk sini." terang Chanyeol.

"Apa ni! Tak sweet lah 'kau-aku'. Date apa korang ni. Tukar lah 'awak-saya'." rungut Sehun.

"Kau nak ke aku dengan Hyerin ber-awak saya depan korang, manja-manja depan korang? Kang muntah hijau sekor-sekor."

"Habis duduk sekatil ni tak manja?" tanya Minseok pula.

"Tu... kau kene tanya Hyerin. Dia yang tak bagi aku turun."

"Biarlah. Namchin aku. Korang dengki enn?"

"Macam tu lah aku kena dulu, Hyerin. Nasib baik Irene tu junior, kalau tak kesian dia kena mental abused dengan kawan-kawan kau ni hari-hari. Lagi-lagi tu hah budak yang kau peluk tu. Dia lah yang paling kuat menganjing aku. Kan Rene, kan?" sampuk Junmyeon tiba-tiba.

"Sejak bila kau dengan Irene sampai?" soal Luhan.

"Sempatlah dengar korang menganjing Hyerin dengan Chanyeol."

"Annyeong! Bae Irene imnida! Semoga sunbae tahan layan perangai 12 ekor monyet ni! Kalau tak tahan, boleh mengadu dekat Irene." kata Irene mesra disertakan dengan peace. Hyerin hanya senyum dan berjabat tangan dengan Irene.

Mereka beransur pulang selepas berbual panjang. Hanya tinggal Chanyeol dan Hyerin sahaja kerana Hyejin pesan kepada Chanyeol supaya jangan meninggalkan Hyerin seorang. Tiba sahaja Hyejin, Chanyeol pun pulang ke rumah.

●●●

Langkah Chanyeol ke kelas lemah sahaja. Sekali lagi harinya tanpa Hyerin. Ya dia sangat bosan. Jongdae yang baru pulang dari kafe menegur Chanyeol.

"Taulah buah hati sakit tapi muka tu janganlah sedih sangat sampai nampak macam kau yang sakit. Over betul."

"Ehh kau tak pernah bercinta diam-diam je ehh. Aku bosanlah dia tak ada. Hari aku tak lengkap."

"Eleh kau selama ni okay je. Kau je yang gedik lebih. Junmyeon tu kalau Irene tak ada dia rilek je."

"Tu Junmyeon. Ni aku. Lain." belum sempat Jongdae membalas, saem Minhyuk sudah tiba. Berpusu-pusu pelajar kelas itu masuk. Termasuk Baekhyun.

●●●

Chanyeol yang baru sahaja mahu melangkah mengikut Baekhyun dan Jongdae ke kantin berhenti saat namanya dipanggil dan tangannya dipegang Seohyun. Chanyeol mengeluh.

"Apa lagi minah ni nak?" monolog Chanyeol.

"Saya nak rehat dengan awak boleh? Harini kawan saya tak datang. Takkan saya nak rehat sorang-sorang." rayu Seohyun dengan suara yang sedikit gedik.

"Kesah apa kau rehat sorang ke tak. Kau carilah orang lain. Tak pun rehat je sorang-sorang. Bukan teruk sangat pun rehat sorang."

"Tapi..." belum sempat Seohyun menyambung ayatnya, Chanyeol sudah meninggalkannya. Meja Chanyeol dihentak.

"Kau lah ni Hyerin! Menyusahkan aku betul nak pikat Chanyeol. Apahal dia tak mati je haritu!?" kata Seohyun sendiri sambil membawa diri ke kantin.

HAPPY BIRTHDAY DYOOONGGG 👀🐧 Meh sini nak belanja gambar 🙈

HAPPY BIRTHDAY DYOOONGGG 👀🐧 Meh sini nak belanja gambar 🙈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAN'T WAIT FOR 25TH JANUARY
🥳🥳🥳🥳

Ouh yes Mayra akan update 25hb nanti sempena menyambut kepulangan kyungsoo 🤭 kalau sempatlah cause Mayra dah start my sem 2 next week 😌 minggu ni maybe akan update satu, i'll try cause nk rehat after final 🤧 k bye tu je HAVE FUN!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ouh yes Mayra akan update 25hb nanti sempena menyambut kepulangan kyungsoo 🤭 kalau sempatlah cause Mayra dah start my sem 2 next week 😌 minggu ni maybe akan update satu, i'll try cause nk rehat after final 🤧 k bye tu je HAVE FUN!

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now