Part 32 - Changed

29 8 0
                                    

Sekolah sudah bermula. Masing-masing semua semangat memandangkan sesi baharu bermula dengan azam yang berbeza setiap individu.

Tapi, berlainan pula pada EXO. Mereka agak muram lebih-lebih lagi Chanyeol. Ketiadaan Hyerin sangat memberi impak pada mereka. Jika ada Hyerin, mesti ceria sahaja hari mereka.

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Chanyeol menggelengkan kepala. Dia tak boleh begini. Dia perlu belajar bersungguh-sungguh.

●●●

"Apa plan korang petang ni?" soal Junmyeon.

Masing-masing hanya mengangkat bahu.

"Kita kena buat something yang buang masa sementara kerja sekolah still tak banyak. Dah tahun akhir ni, hujung-hujung nanti dah kena pegang buku 24 jam." cadang Baekhyun.

"Jom main soccer? Dah lama kita tak main, kan?" tanya Luhan.

"Boleh jugak. Petang ni dekat padang sekolah." balas Junmyeon.

"Cool!" jerit mereka serentak kecuali Chanyeol.

Kyungsoo mencuit lengan Chanyeol yang sedang termenung itu.

"Kau setuju tak?"

"Ha?"

"Haih. Petang ni kitorang nak main soccer. Kau nak join tak?"

"Haa nak-nak." Chanyeol senyum terpaksa.

"Chanyeol, janganlah jadi budak-budak sangat. Semalam kau baru Skype dengan dia kut." bebel Minseok.

"Kau tak faham. Aku nak pegang dia, main kepala dia--"

"Kau fokus belajar, then fly pergi sana. Arrachi? Dahlah. Kitorang tak suka tengok kau macam ni. Mana pergi happy virus kitorang ni?" potong Jongdae sambil mencubit pipi Chanyeol.

"Ara-ara. Aku tak sedih-sedih dah."

●●●

8 bulan berlalu dengan pantas. Peperiksaan juga menghampiri ditambah pula dengan berbagai jenis penilaian kuiz dan sebagainya. Pelajar-pelajar Whimoon High School masih berada di kelas walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Study week telah bermula untuk pelajar bukan tahun akhir. Pelajar tahun akhir pula ambil kesempatan untuk mengulangkaji memandang masa yang tinggal untuk mereka semakin suntuk.

"Chanyeol."

Chanyeol toleh ke arah tingkap.

"Saya ada something nak bagitau awak." kata Seohyun. Tangan dilambai tanda menyuruh Chanyeol untuk keluar. Chanyeol hanya menurut. Baekhyun dan Jongdae memandang sesama sendiri. Mereka menggelengkan kepala.

Chanyeol sudah berubah. Sejak ketiadaan Hyerin, dia semakin rapat dengan Seohyun. Jika diajak lepak pun, dia mesti akan menolak dengan alasan mahu mengajar Seohyun. Sudah hampir 6 bulan Chanyeol bersikap begitu.

●●●

Chanyeol mengikut langkah Seohyun ke rooftop. Wanita itu memegang tangannya.

"Chanyeol, saya mengandung. Anak awak."

Chanyeol melepaskan tangan Seohyun. Tak mungkin.

"Saya tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki selain awak. Ni anak awak." Chanyeol menggelengkan kepala.

"Tipu. Kau tipu. Aku takkan buat macam tu. Kau tipu!"

Mata Seohyun berair. Chanyeol mengusutkan rambutnya . Dia tak percaya dengan semua ni.

FLASHBACK

Buat pertama kali, Chanyeol datang ke rumah Seohyun. Dia yang request supaya Chanyeol mengajar di rumahnya. Katanya dia mahu belajar hingga lewat malam memandangkan esok adalah hari minggu. Dia juga tawarkan Chanyeol untuk tidur di rumahnya kerana bimbang tutornya itu penat untuk pulang ke rumah.

Entah kenapa, Chanyeol hanya bersetuju. Dia yakin yang tiada perkara buruk akan berlaku kerana Seohyun kata omma dan appanya ada di rumah. Sampai sahaja di rumah Seohyun, rumah itu kosong. Hanya ada dia dan Seohyun. Berdua.

"Mana parents kau? Kau kata diorang ada."

"Oh. Omma call tadi. Dia kata dia dengan appa ke luar bandar sebab ada urusan kerja. Diorang tak balik malam ni."

"Orang gaji kau?"

"Esokkan hari minggu. Dia dah balik kampung dia."

Chanyeol meneguk air liurnya. Hati dia tak sedap.

"Kenapa muka awak cuak?" tanya Seohyun sambil memegang pipi Chanyeol.

"Ani. Na gwenchana."

Chanyeol lepaskan pegangan Seohyun. Laju sahaja Chanyeol bawa dirinya ke sofa di ruang tamu.

"Jomlah belajar. Kita tak boleh buang masa."

"Chill lah, babe. Kita minum-minum dulu ke, makan-makan ke?"

"Seohyun, kalau kau nak aku ajar kau, cepat. Kalau kau nak main-main macam ni, aku balik."

"Hahaha. Okay-okay. Saya bergurau je. Saya pergi buat air kejap. Awak siapkanlah apa yang patut."

Chanyeol mengganguk kecil. Tak lama kemudian, Seohyun datang bersama dua gelas cawan.

"So, bab mana yang kau tak faham?"

"Minumlah dulu kalau ya pun. Kecik hati saya awak tak minum tau."

Chanyeol mengeluh. Jantungnya berdebar. Dia juga bingung mengapa dia rasa macam ni. Chanyeol ambil air yang dibuat Seohyun. Lega, tiada apa-apa yang berlaku.

Chanyeol mengajar Seohyun. Setengah jam selepas itu, tiba-tiba Chanyeol rasa tergoda dengan Seohyun. Gadis itu toleh ke arahnya. Mungkin kerana Chanyeol yang tiba-tiba senyap ketika menerang pada dia.

"Why?"

"Shh. Don't talk. You heat me up."

"On heat? Should I cool you down?"

Chanyeol tak mengangguk mahupun menggeleng. Tapi dia nampak bayangan Hyerin. Hyerin. Chanyeol rindukan dia. Chanyeol sangat perlukan dia. Tiba-tiba suara Seohyun kedengaran.

"Dia bahagia kat sana dengan orang lain tapi awak terseksa dekat sini, Chanyeol."

Kata-kata Seohyun 6 bulan lepas terngiang dalam fikiran Chanyeol. Kata-kata tu yang buat Chanyeol lafazkan kata benci pada Hyerin. Tanpa berfikir panjang, Chanyeol terus mencempung badan Seohyun dan dibawa ke bilik. Dan malam itu, Park Chanyeol, telah meragut kesucian seorang Kim Seohyun.

END OF FLASHBACK

"Seohyun a--aku. Aku tak tahu, tapi tu bukan kehendak aku. Diri aku tak terkawal. Aku berdendam dengan Hyerin. Aku mintak maaf, Seohyun."

"Maaf? Awak ingat, dengan maaf tu, kesucian saya boleh kembali balik ke? Dendam? Awak berdendam dengan Hyerin tapi awak balas dekat saya? Adil ke untuk saya, Chanyeol!? Adil ke!?"

Seohyun menitiskan air mata. Dia hampir terduduk namun ditahan Chanyeol. Chanyeol menarik Seohyun dalam pelukannya.

"Aku akan bertanggungjawab, Seohyun. As long as kau maafkan aku."

Seohyun tersenyum sinis. Rancangannya untuk memiliki Chanyeol hampir berjaya.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now