Part 9 - Kidnapped

37 9 0
                                    

Hyerin dan EXO rehat bersama. Entah apa yang disembangkan, sakan betul gelaknya. Dalam tak sedar, mereka diperhati. Bukan mereka semua tapi hanya Hyerin dan Chanyeol. Tapi siapa?

Siapa lagi kalau bukan Lucas. Dia mengepal penumbuknya. Hatinya bertambah membara saat dia melihat Chanyeol mengusutkan rambut Hyerin. EXO pula hanya ketawa. Dia tak dengar apa yang mereka bualkan cuma dia sakit melihat adegan tu. Dia terfikir, sepatutnya EXO perlu menjauhi Hyerin tapi kenapa semakin mesra pula?

Lucas dah tak tahan. Dia bangun dari duduknya dan langkah diatur ke meja Hyerin dan EXO. Tangan Hyerin diraih dan dibawa pergi. Semua orang pelik dan tertanya-tanya jika mereka ada hubungan. Hyerin meminta untuk dilepaskan tapi Lucas hanya membiarkan. Laju sahaja dia membawa Hyerin ke atas bumbung. Disitu Hyerin dilepaskan.

"Sunbae ni kenapa!? Apa masalah sunbae sebenarnya!?" soal Hyerin marah sambil pergelangan tangannya disentuh. Merah akibat kesan cengkaman Lucas yang kuat.

"Oppa tak suka Hyerin kawan dengan diorang. Diorang tu jahat."

"Sunbae tak ada hak untuk halang saya kawan dengan sesiapa! Saya tak ada kena mengena pun dengan sunbae. Yang sunbae sibuk pasal saya ni kenapa!?" tengking Hyerin.

Dia memang dah lama bersabar dengan perangai Lucas. Dia juga perasan yang Lucas agak mengongkong dia. Dia rimas sebenarnya. Hyecheol juga tak begitu.

"Oppa sayang Hyerin. Oppa tak nak Hyerin terpengaruh dengan perangai buruk diorang."

"Stop calling yourself  'oppa', sunbae! I'm disgusted. Saya tak suka cara sunbae layan saya. Kalau sunbae masih nak berkawan dengan saya, tolong jaga batas sebagai sunbae dengan hubae je. Kalau sunbae berani untuk buat perangai macam ni lagi, saya takkan teragak-agak untuk report dengan pihak sekolah."

Hyerin pergi meninggalkan Lucas. Kerusi yang berada di sebelahnya ditendang. Kemarahannya dilepaskan.

"Tak guna! Aku akan pastikan kau akan melutut dekat aku Hyerin. Kau akan jadi milik aku."

●●●

Hyerin menunggu Hyecheol di bus stop memandangkan ahjusshi masih belum tiba. Baru sahaja Hyerin melabuhkan punggungnya, Hyerin merasakan yang kepalanya sakit dan pandangannya terus sahaja kabur.

Disudut lain, Kyungsoo dapat lihat semua yang berlaku. Hyerin dipukul dan dibawa pergi. Dia tak mengejar kereta itu tapi dia berpatah balik untuk berjumpa dengan member lain.

"Korang! Aku nampak Hyerin kena culik weh!" EXO menunjukkan riak terkejut. Biar betul Kyungsoo ni.

"Kau biar betul?" soal Junmyeon tenang.

"Betul. Aku nampak ada orang pukul dia dekat bus stop. Lepastu dia kena heret masuk van."

"Orang lain tak nampak ke?" soal Minseok pula. Kyungsoo menggeleng.

"Tak ada student lalu depan bus stop tadi. Dorang semua balik ikut kanan."

"Aku rasa aku tau ni kerja siapa. Ikut aku." mereka pandang Chanyeol pelik.

"Kau tak rasa bahaya ke kalau kita pergi sendiri? Apa kata kita buat report polis je." cadang Jongdae.

"Polis takkan percaya cakap budak sekolah macam kita ni. Nak-nak kalau aku cakap siapa yang buat." balas Chanyeol.

Keluarga Lucas keluarga yang disanjung. Polis takkan percaya kalau anak kepada pengerusi Hwang Firm Co. akan berbuat demikian.

"Habis apa plan kau?" soal Baekhyun.

"Kalau korang still nak buat report, Kyungsoo dengan Junmyeon je yang pergi. Yang lain ikut aku, kita pergi selamatkan Hyerin. Kalau lambat, aku tak tau apa yang Lucas sunbae akan buat dengan dia." terang Chanyeol. Yang lain hanya terima. Baru mereka hendak melangkah, mereka ditegur.

"Yaedeura! Mana Hyerin? Korang nak pergi mana ni?" soal Hyecheol. Mereka memandang sesama sendiri. Masing-masing terkumat-kamit nak memberi alasan.

"Tak tau. Dah jom. Nanti lambat." jawab Chanyeol selamba.

Hyecheol agak terkejut bila Chanyeol jawab acuh tak acuh. Laju sahaja dia menumbuk muka Chanyeol. Chanyeol mengesat darah yang mengalir di bibir.

"Aku ni lama bersabar dengan kau tau tak? Haritu Hyerin injured sebab kau. Lepastu bila dia dah berkawan dengan kau, kau tak peduli pasal dia. Kalau macam ni lah perangai korang, aku takkan teragak-agak untuk halang dia dari kawan dengan korang!" 

"Sebab kitorang peduli pasal dialah kitorang nak pergi sekarang."

Chanyeol pergi meninggalkan Hyecheol yang terpinga-pinga. Yang lain hanya membuntuti Chanyeol. Hyecheol yang risau tentang Hyerin terus sahaja mengikut mereka.

●●●

Hyerin tersedar. Dia memegang kepalanya yang sakit. Dia melihat sekeliling. Tempat tu memang tak biasa buat Hyerin.

"Aku kat mana ni?" soal Hyerin sendiri. Kepalanya dipegang seseorang. Lembut sahaja usapannya. Hyerin menoleh.

"Dah bangun? Lapar tak? Oppa bawak makanan ni. Kita makan sama-sama okay?"

Lucas duduk di hadapan Hyerin. Sudu dihalakan ke arah mulut Hyerin tapi dia hanya tengok.

"Saya tak lapar. Sunbae makanlah."

Lucas meletakkan sudu ke dalam bekas kembali secara kasar kemudian dicampakkan bekas makanan itu ke dinding. Bahu Hyerin terhinjut akibat perbuatan Lucas.

"AKU SURUH MAKAN PUN SUSAH KE!?" jerkah Lucas.

Tanpa sedar, air mata Hyerin menitik. Lucas yang perasan tentang itu terus sahaja melutut di hadapan Hyerin. Niat di hati nak mengelap air mata Hyerin tapi hajatnya tak kesampaian bila Hyerin mengelak. Kemarahannya membuak. Laju sahaja tangannya dihayunkan dan melekat di pipi Hyerin.

"Jijik sangat ke aku ni Hyerin? Benci sangat ke kau dekat aku? Kenapa susah sangat kau nak suka aku balik?" Hyerin mengangkat mukanya.

"Tak terdetik pun dekat hati saya untuk benci sunbae. Tapi perbuatan sunbae buat saya tak suka dengan sunbae. Jujur dan ikhlas dari hati saya, saya memang sayang sunbae. Tapi sekadar abang dan adik je sunbae. Tak lebih dari tu."

Lucas baran. Dia sudah tidak dapat menerima kenyataan yang Hyerin tak sukakan dia. Laju sahaja tangannya memegang leher tunjang Hyerin dan mencekiknya. Muka Hyerin menjadi merah dan terus merah.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now