Part 10 - Confess

30 9 0
                                    

Hyerin memukul-mukul tangan Lucas supaya dia berhenti dari terus mencekiknya. Tiba-tiba Lucas tumbang. Ada orang memukul kepalanya. Hyerin menarik nafas laju. Satu figura laju menghampiri Hyerin.

"Rin, gwenchana?"

Hyecheol menilik seluruh tubuh Hyerin. Hyerin yang melihat Hyecheol laju sahaja memeluk abangnya itu. Anggukan diberi tanda menjawab soalan Hyecheol tadi.

Chanyeol melepaskan kayu di tangan. Keluhan dilepaskan melihat Lucas. EXO pergi ke arah Hyerin. Masing-masing prihatin menanyakan keadaan Hyerin. Hyerin tersenyum menjawab soalan mereka tapi senyumannya mati saat Chanyeol tiada di kalangan mereka.

"Chanyeol mana?" soal Hyerin. Matanya melilau mencari Chanyeol.

"Sini."

Semua orang memandang ke belakang. Laluan diberi pada Chanyeol. Dia mendekati Hyerin yang dipeluk Hyecheol.

"Aku buat semua ni sebagai balasan sebab kau tolong selesaikan hutang appa aku. Dan jugak sebagai kawan."

Chanyeol pergi meninggalkan mereka semua dalam keadaan yang terpinga-pinga. Figura Chanyeol hanya dihantar dengan mata. EXO tahu, Chanyeol yang dalam masalah perlu ditinggalkan.

Mereka tak tahu apa masalah Chanyeol, yang mereka tahu Chanyeol perlukan masa. Bila sampai masa, Chanyeol akan bercerita dengan EXO sendiri. Itu yang mereka hadapi sepanjang persahabatan mereka. Hubungan mereka bukan sekadar kawan malah seperti adik beradik. Susah senang bersama.

"Chanyeol- " Hyerin mahu bangun dan mengejar Chanyeol tapi lantas ditahan Baekhyun.

"Biarkan dia. Dia perlukan masa. Sekarang ni, kita tunggu polis. Tadi Junmyeon text aku yang dia dengan Kyungsoo on the way datang sini dengan polis." kata Baekhyun.

Yang lain menguruskan Lucas. Tangan dan kakinya diikat sebagai persediaan. Takut juga jika Lucas tersedar dan bertindak ganas.

Beberapa minit selepas itu, polis pun tiba. Ahjussi juga tiba bersama Hyejin. Mujur sahaja appa dengan omma Hyerin tiada. Mereka ke Dubai. Tuan Kim ada mesyuarat dengan syarikat di sana. Dia perlu hadir sebagai salah seorang pemegang saham di syarikat itu.

Ahjussi membawa Hyerin dan Hyecheol pulang selepas keterangan diambil pihak polis. Lucas ditahan untuk siasatan. Semasa dia tersedar, dia masih lagi pening jadi dia tidak terlalu agresif.

●●●

Hyerin duduk di sofa sambil menonton filem kegemarannya, The Battleship Island. Harini dia cuti atas alasan tidak sihat. Guru kelasnya tahu perkara sebenar cuma untuk rekod, Hyerin di tanda sebagai tidak sihat. Dia tidak mahu satu sekolah tahu. Sedang larit dia menonton, loceng rumahnya berbunyi. Pandangannya beralih ke dinding. Jam menunjukkan pukul 2:15 petang.

"Aikk? Sejak bila pulak hyung ni balik tekan loceng?" soal Hyerin sendiri. Dia berkira mahu bangun tapi lantas ahjumma menahannya. Bunyi bising dari arah pintu mengganggu konsentrasinya untuk terus menonton.

"Eh Kyungsoo! Buat apa datang sini?" soal Hyerin sebaik sahaja melihat figura Kyungsoo. Ahjumma menyuruh Kyungsoo untuk duduk sebelum pergi ke dapur semula.

"Saja nak lawat kau. Kau okay? Doktor cakap apa?" soal Kyungsoo lembut.

"Okay. Doktor kata tak serius pun. Luka sebab kena tampar je." Kyungsoo hanya mengangguk.

"Yang lain mana?"

"Dorang dah balik."

"Dorang tak nak lawat aku ke?"

"Tak. Eh nak. Dorang nak lawat kau tapi esok pagi. Esokkan cuti."

"Habis kau? Kenapa datang harini?"

"Esok aku ada urusan."

Hyerin meng'o'kan sahaja. Kemudian ahjumma datang membawa minuman dan sedikit kuih. Kyungsoo menikmati hidangan dan meminta izin untuk pulang. Hyerin menghantarnya ke pintu pagar.

"Thanks lawat aku. Semoga urusan kau lancar esok."

Kyungsoo senyum. Lantas rambut Hyerin dikusutkan.

"Welcome and get well soon."

Mereka ketawa sebelum Kyungsoo beransur pulang. Tutup sahaja pintu pagar rumah Hyerin, Kyungsoo memusingkan badannya semula.

"Apa ni Kyungsoo. Kata nak confess." monolog Kyungsoo sendiri.

Langkah pulang diatur dengan perasaan yang berbolak balik kerana tujuan dan hajatnya tidak tercapai. Keluhan berat juga sempat dilepaskan.

Hye guys so i'm sorry if this part quite bosan cause mayra like seriously sumpah takde idea. Mayra ingat mayra nak habiskan fanfic ni before mayra masuk matriks sebab mayra target dekat sana nanti mayra nak fokus dekat GMS je and fanfic baru after that. So sebelum apa2 mayra nk mintak maaf if cerita ni akan jadi tak best sebab nak cepat habis enn so mayra akan cuba buat yang terbaik untuk korang. Last, jangan lupa vote and comment okay? Bye!

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang