Part 21 - Cheated 💔

23 8 0
                                    

Chanyeol mengatur langkah ke kelasnya. Tiba-tiba sahaja dia bangun awal harini, jadi dia minta tolong Park Yoora hantarkan memandangkan dia tiba-tiba malas mahu jalan kaki harini.

Sampai sahaja di sekolah, pelajar masih tidak ramai. Chanyeol terus sahaja menuju ke kelasnya. Disebabkan sarapan tidak sempat diambil tadi, jadi Chanyeol buat keputusan untuk ke cafe bagi mencari makanan.

Belum sempat Chanyeol memegang pintu cafe, tangannya sudah ditarik Seohyun. Chanyeol hanya mengikutinya dengan hairan. Entah kenapa, dia tak meronta untuk dilepaskan. Jika tidak, dah lama Seohyun jatuh tersungkur dek kudrat Chanyeol yang lebih.

Seohyun membawa Chanyeol ke bilik loker. Badan Chanyeol disandarkan pada loker.

"Kau kenapa Seohyun? Apa lagi kau nak?" tanya Chanyeol, malas.

"Aku nak kau? Boleh?"

"HAHAHAHA kau kenapa, setan? Kau tak sihat ehh? Kalau tak sihat, tak payah datang sekolah. Balik rumah, pergi klinik, ambil MC. Kan senang."

"Ya, saya tak sihat. Tapi sakit saya ni, awak je boleh rawat, Chanyeol." kata Seohyun sambil jari-jemarinya bermain di muka dan leher Chanyeol. Chanyeol menepis tangan Seohyun.

"Gila! Dahlah malas aku layan kau." Chanyeol menolak Seohyun ketepi dan melangkah pergi. Namun sekali lagi, tubuhnya disandarkan pada loker. Tapi kalini, Seohyun bertindak lebih. Dia merangkul leher Chanyeol dan mencium bibir lelaki itu.

Bunyi tumbukan pada loker meleraikan ciuman Seohyun. Chanyeol dan Seohyun masing-masing memandang ke arah punca bunyi.

"Hyerin."

Hyerin menjadi saksi kepada ciuman hina Seohyun itu. Chanyeol memandang Seohyun tajam. Rahangnya menegang menahan amarah. Langkah diatur mengejar Hyerin yang sudah berlari meninggalkan bilik loker.

"Hyerin! Kim Hyerin!" panggilan Chanyeol dihiraukan. Hyerin menaiki tingkat atas. Chanyeol meraup mukanya. Dia risau jika Hyerin bertemu Hyecheol dan dia juga risau jika Hyerin pergi ke rooftop dan melakukan kerja gila.

●●●

Hyerin pergi ke sekolah dengan bersemangat harini. Hajat dihati nak beritahu Chanyeol yang Hyecheol sudah boleh menerimanya. Sampai sahaja di kelas, hanya beg sekolah Chanyeol sahaja yang kelihatan.

Hyerin meletakkan begnya dan mengorak langkah ke luar kelas. Bilik loker dilintas sebelum mendengar suara yang kerap didengar.

"Gila! Dahlah malas aku layan kau."

Chanyeol. Ya, itu suara Chanyeol. Hyerin mengundur. Sempat dia dengar bunyi hentakan pada loker sebelum matanya menjamah perbuatan jijik dua manusia di hadapannya itu.

Bertambah jijik bila lelaki itu Chanyeol, buah hatinya yang baru sahaja diterima oleh Hyecheol semalam dan bakal dibenci semula oleh Hyecheol, hari ini.

Hyerin menumbuk loker. Kedua manusia tak guna itu memandang ke arah Hyerin. Langkah Hyerin cepat-cepat diatur keluar dari bilik itu dan menuju ke kelas Hyecheol. Suara Chanyeol memanggilnya juga dihiraukan.

Sampai sahaja di kelas Hyecheol, Hyerin lantas memeluk Hyecheol sambil tersedu-sedan dek menangis. Hyecheol yang terkejut hanya mengelus rambut Hyerin. Dia juga bingung dengan apa yang berlaku.

"Hey, what's wrong? Kenapa menangis ni?"

"Hyung... Chan-- Chanyeol..."

Hyerin kembali meraung. Hyecheol tersentak. Dia tak nak bertindak melulu, jadi dia perlukan kepastian. Hyerin dibawa keluar dari kelas. Privacy Hyerin perlu dijaga.

"Kenapa dengan Chanyeol? Okay tell me if he did something bad to you or something bad happened to him? Tell me, Rin. Hyung needs your explaination. Masalah takkan selesai dengan menangis macam ni."

"Chanyeol curang hyung. Hyerin nampak depan mata Rin yang Chanyeol kiss perempuan lain."

Hyecheol bengang. Bertambah bengang lagi bila jasad Chanyeol terpacak di tangga kelihatan. Pandangan tajam diberi oleh Hyecheol kepada Chanyeol.

Hai semua! Sorry sebab end kan macam tu je 😔 mayra bukan apa, sekarang ni sumpah busy sebab tengah kejarkan silibus 🤧 pastu nak fokus for final lagi so serious busy gila and tak sempat nak update 🤧 harini, 29th September 2021 mayra update cause BOYFRIEND KITA SEMUA ENLIST 😭 dan harini jugak, serious talk mayra akan hiatus for real 🥺 sampai habis matriks nanti and insya Allah after raya mayra muncul balik cause mayra habis matriks 3 hari before raya and nak raya puas2 dulu then baru nak fokus fanfic balik 🥺 sorry for making u guys wait 😭

Hai semua! Sorry sebab end kan macam tu je 😔 mayra bukan apa, sekarang ni sumpah busy sebab tengah kejarkan silibus 🤧 pastu nak fokus for final lagi so serious busy gila and tak sempat nak update 🤧 harini, 29th September 2021 mayra update cause...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SERVE WELL FOR UR COUNTRY, BB 😭 STAY SAFE AND HEALTHY 🤧 MAKE SURE TO HAVE A PROPER MEAL, OKAY? 🥺 IF CUTI, JANGAN LUPA LAWAT MEMBER TAU 🤧 WE'RE REMEMBER JUNMYEON SAID "IF U ARE HAPPY TO WAIT, THEN ITS LOVE" 💞 SO WE WILL WAIT FOR 1 YEAR AND 5 MONTHS CAUSE WE LOVE YOU 😚 COMEBACK SAFELY ON 28th SEPTEMBER 2021, I'LL WAIT 🤧

update - 23/04/22 : over betul aku ni 😂 dia punya sedih chanyeol nak enlist, sebulan bfr enlist dah meroyan, apatah hari yang dia enlist, sebab takut tak dapat update 🤦‍♀️ end up almost everyday dapat update chanyeol dekat military sebab meissa's song 🤣

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now