Part 27 - Hyejin's Hidden Story

30 8 0
                                    

"Hyerin?"

Hyejin membuka pintu bilik Hyerin. Hyejin sudah siapkan bubur. Dia menyangka yang Hyerin sudah siap mandi. Bunyi shower yang didengari Hyejin menyakinkan dirinya yang Hyerin sedang mandi.

"Rin, tak siap mandi lagi ke?"

Senyap. Pintu cuba dibuka. Tak berkunci. Bukak sahaja pintu, terkejut Hyejin tatkala Hyerin terkujur lemah di bawah pancutan air itu.

"Hyerin! Hyerin!?" pipi Hyerin ditepuk-tepuk namun gadis itu masih tak sedarkan diri.

Hyejin membawa Hyerin keluar. Tuala diambil dan dikeringkan badan Hyerin. Baju ditukar dan diletakkan Hyerin di atas katil. Diselimutkan juga adik kesayangannya itu. Telefon diambil. Nombor seseorang dicari dan ditekan.

"Yeoboseyo? Hyun, datang rumah boleh? Rin pengsan. Nanti dah sampai saya cerita." panggilan dimatikan. Hyejin pandang Hyerin sayu. Kepala adiknya diusap.

"Hyerin sayang, eunnie akan jaga Rin. Eunnie akan tuntut keadilan untuk Rin. Kenapa lah nasib Rin ni malang sangat? Susah betul nak bahagia. Ada sahaja dugaan. Tapi Rin kuat, kan? Eunnie tau. Hati adik eunnie keras, eunnie tau yang Rin mesti tabah hadap semua ni."

Hyejin mengelap air matanya. Tak lama kemudian, loceng berbunyi. Hyejin tau itu doktor Hyunsik. Dia membuka pintu. Hyejin lemah. Nampak sahaja doktor Hyunsik, terus sahaja dia peluk lelaki putih itu. Hyunsik membawa Hyejin masuk. Gadis itu ditenangkan.

"Hey janganlah nangis. Saya kan dah datang ni. Kata Rin pengsan. Mana dia?"

"Kat bilik. Jom naik."

Hyejin tarik tangan doktor Hyunsik. Sampai di bilik, doktor Hyunsik memeriksa Hyerin. Siap diperiksa, dia duduk disebelah Hyejin.

"Badan dia panas dan tekanan darah dia agak tinggi. Apa yang jadi sebenarnya, hurm?"

Doktor Hyunsik raih tangan Hyejin. Memberi kekuatan pada wanita kesayangannya untuk bercerita.

Ya, Hyunsik dan Hyejin bercinta sebenarnya. Tuan dan Puan Kim tahu. Cuma Hyerin dan Hyecheol saja yang tidak tahu. Sebab itu masa Hyerin sakit di hospital tempoh hari, sedaya upaya Hyejin cover. Hyunsik pula menyakat dirinya dengan bertanya macam-macam depan Hyerin.

"Rin. Rin, dia--"

Hyejin menangis. Dia tekup mukanya dengan tangan. Hyunsik bawa Hyejin dalam pelukan.

"Slow-slow, sayang. Take your time."

"Semalam, Rin pergi kedai lewat malam. Hampir sejam dia tak balik dan saya cari dia kemudian. Tapi tak jumpa. Saya nak report polis tapi polis kata kalau hilang, laporan akan diambil jika kehilangan tu selepas 24 jam."

Hyunsik mengangguk. Tangannya masih erat memegang tangan Hyejin. Dia tahu Hyejin ni lemah orangnya.

"Pagi tadi, Rin balik. Lepastu dia cakap yang ada orang rogol dia." Hyejin sambung menangis.

"Ni semua salah saya, Hyun. Kalau saya bertegas untuk hantar dia pergi kedai, mesti benda ni tak jadi. Kalau saya tinggalkan urusan di dapur tu dan hantar Rin, mesti benda ni tak jadi. Saya salah Hyun. Semua ni salah saya."

Hyejin hampir memukul dirinya namun ditahan Hyunsik. Hyunsik pegang Hyejin dan memaksa wanita itu untuk memandang dirinya.

"Sayang, sekarang ni bukan masanya untuk salah diri sendiri or sesiapa. Sekarang, kita kena selesaikan masalah ni. Kita kena cari orang yang rogol Rin dan heret dia dalam penjara." tegas Hyunsik.

"Omma, appa dengan Cheol dah tau?" Hyejin menggeleng.

"Saya tak nak mereka tahu. Saya takut omma dengan appa risau. Cheol, saya tak nak ganggu dia. Dia dah nak exam. Saya tak nak dia tertekan. Saya nak bagitau buah hati Rin sebab kesiankan dia tapi Rin pula menegah."

"Buah hati Rin? Entah-entah dia yang rogol Rin?" tembak Hyunsik. Tamparan tepat dikenakan pada peha Hyunsik.

"Chanyeol tu baik, saya tahu yang dia takkan buat macam tu. Lagipun Hyerin sendiri yang tak bagi saya bagitau Chanyeol."

"Okay macam ni, kita tunggu Rin sedar dan tanya dia sendiri siapa yang rogol dia." Hyunsik telek jam di tangan.

"Awak dah sarapan ke?" soal Hyunsik lembut. Hyejin menggeleng lemah.

"Kita sarapan dulu boleh? Boyfriend awak ni dah lapar. Tak sempat breakfast tadi sebab risaukan bakal adik ipar dia."

Hyejin tergelak kecil. Tangan Hyunsik diusap lembut.

"Saya dah buat sarapan. Ingat nak makan dengan Hyerin, tak sangka dia pengsan. Kita makan kat sini eh? Saya takut dia sedar nanti tercari-cari pulak saya kalau kita makan kat bawah."

"Boleh je."

"Okay saya pergi ambil makanan."

Hyejin membawa makanan naik ke atas. Tersenyum-senyum dia bila Hyunsik memuji masakannya. Hilang sikit rasa sedih Hyejin bila ada Hyunsik. Lagipun memang mereka dah lama tak meluangkan masa begini. Masing-masing sibuk. Lagi-lagi Hyunsik.

"Chanyeol, saya mintak maaf. Jangan tinggalkan saya. Chanyeol. Chanyeol!"

Hyerin terduduk. Dia mimpi yang Chanyeol tinggalkan dia lagi. Keadaan sekarang buat dia lebih takut jika mimpi tu menjadi kenyataan.

Hyejin dan Hyunsik berlari ke arah Hyerin. Hyejin mengusap belakang Hyerin.

"Rin, okay tak?"

"Eunnie. Rin mimpi Chanyeol tinggalkan Rin lagi." Hyerin memeluk Hyejin.

"Tak, Chanyeol takkan buat macam tu. Eunnie yakin." pelukan dileraikan.

"Rin makan dulu ya? Lepastu kita buat check up." pesan Hyejin.

"Hah!? Tak nak. Nanti orang ingat Rin liar. Tak nak."

"Check up dengan doktor je lah. Rin jangan risau. Takde siapa yang akan tau." celah doktor Hyunsik.

"Doktor? Bila doktor sampai?"

"Masa Rin pengsan tadi. Eunnie kamu telefon doktor sebab tu doktor datang." Hyerin mengangguk.

"Rin nak makan? Eunnie suap." Hyerin menggeleng.

"Rin takde selera nak makan. Rin punya kemaluan sakit." adu Hyerin.

Dia tak kisah dengan doktor Hyunsik. Soal sakit, dia tak pernah tipu di hadapan doktor Hyunsik.

"Tu biasa Rin bila kali pertama kamu disetubuhi. Esok lusa eloklah. Last period kamu bila?"

"3 hari lepas."

Hyerin mencebik. Kalau ikut kiraan, masa dia dirogol Lucas, itu adalah waktu suburnya.

"Kita buat pregnancy test, ya? Chance in pregnant kamu ni tinggi. Doktor keluar pergi beli pregnancy test sekejap. Sementara tu, kamu makan ya?"

Hyerin mengangguk lagi. Keluar sahaja doktor Hyunsik, Hyejin menyuapkan bubur tadi kepada Hyerin.

Fanfic ni dah nak habis tapi voting sangat tak memuaskan 😔 ramai sangat silent readers ni 🥺 vote lah readers² kesayangan please 🥺 first time ni mayra mintak² 🤧 please yang silent readers tu cepat2 tekan button vote tu 🤥 tak susah pun kan? Hehe thank youu <3

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now