Part 29 - Dating 2.0 👫

21 8 0
                                    

Hyerin nampak seorang lelaki sedang duduk di bangku berhadapan Sungai Han. Termenung sahaja gayanya. Hyerin hulurkan ais americano di hadapan lelaki itu.

"Jauhnya termenung. Ingat buah hati ke?" soal Hyerin.

Chanyeol ambil air yang dihulur Hyerin. Disisip sedikit sebelum berbicara. Hyerin duduk di sebelah Chanyeol.

"Yelah. Ingat buah hati yang baru muncul ni. Patutlah lambat. Beli air rupanya."

"Yelah, takkan nak datang kosong je. Ni, kenapa nak jumpa aku?"

"Kan dah cakap bosan tadi. Nak jumpa girlfriend sendiri pun tak boleh ke?"

Chanyeol muncungkan bibirnya. Merajuklah konon.

"Bukan tak boleh sayang, saya tanya je, mana tau awak ada apa-apa nak bagitahu saya."

Hyerin tarik muka Chanyeol menghadapnya. Lelaki itu sudah senyum sendiri.

"Sukalah panggil awak-saya ni. Kita tukar ehh, tak nak aku-kau dah."

Hyerin senyum sebelum mengangguk. Airnya dihirup.

"Sebenarnya, saya yang nak bagitau something dekat awak."

"Apa dia?"

"Lagi sebulan kan kita nak masuk sekolah semula. Saya nak bagitahu awak yang saya akan ikut eunnie ke China. Jadi saya sekolah kat sana."

"Tapi kenapa?" air muka Chanyeol berubah. Seakan-akan mahu menangis, kecewa juga ada.

"Eunnie kena uruskan syarikat appa dekat China so, saya kena ikut untuk temankan eunnie."

"Tapi macam mana saya nak hidup tanpa awak Hyerin."

Chanyeol peluk Hyerin. Erat. Dia sudah rasa kehilangan.

"Saya tak ada dalam keperluan asas manusia, Chanyeol. Jadi, awak boleh je hidup kalau saya tak ada sebelah awak." Chanyeol melepaskan pelukan.

"Kim Hyerin, tak kelakar. Saya serius tau."

"Saya pun serius, sayang. Ala awak jangan lah risau. Kita kan ada skype. Boleh selalu contact. Nak skype hari-hari pun boleh."

"Tapi tak sama macam jumpa depan-depan. Saya nak pegang awak. Saya nak tatap mata awak dalam-dalam. Kenapa mesti awak? Kenapa tak hyung awak?"

"Hyung dah habis belajar. Jadi tak tahu dia akan sambung kat mana nanti. Jadi saya lah yang kena teman dia. Dia kan eunnie saya."

"Habis saya? Siapa nak teman?"

"Hey, Park Chanyeol. Jangan jadi budak-budak boleh? Ramai orang sekeliling awak yang boleh teman awak, tau. Omma awak, noona awak, member kita. Don't worry, saya akan lawat awak bila cuti. Ya?"

Chanyeol mengangguk lemah. Tangan didepa untuk memeluk Hyerin lagi. Hyerin masuk dalam dakapan Chanyeol dan balas pelukannya. Lega sikit hatinya bila Chanyeol faham.

"So, bila awak pergi?"

"Hujung minggu ni, omma dengan appa balik dari China. Seminggu lepastu mungkin saya pergi."

"Awalnya, sekolah lagi sebulan, kan?"

"Yelah, tapi saya dengan eunnie kenalah pergi awal untuk biasakan diri. Lepastu nak uruskan hal sekolah saya nanti, tak adalah rushing."

Hyerin usap tangan besar Chanyeol. Dia menunduk. Angkat sahaja kepalanya, mata Hyerin sudah merah dan bertakung.

"I'm gonna miss you a lot, Chanyeol." air mata Hyerin tak dapat ditahan. Pecah empangannya yang ditahan beberapa saat. Chanyeol mengesat air mata Hyerin.

"Nado, Hyerin-ahh. Tapi, macam awak cakap, kita still boleh contact." Chanyeol senyum kelat.

"Esok kita lepak dengan yang lain-lain, nak?"

"Boleh. Saya pun memang nak jumpa dorang jugak. Esok, kita create moment dengan dorang, macam kita dating haritu. Cool?"

"Cool!"

"Jom balik, hari dah lewat." ajak Hyerin. Chanyeol mengiyakan.

●●●

"Eunnie, hujung minggu ni, omma dengan appa balik, kan?" Hyejin mengangguk.

"Seminggu lepas tu, kita pergi China jom. Rin tak sanggup nak duduk sini lama-lama. Rin takut makin lama makin berat Rin nak tinggalkan Chanyeol."

"Kalau macam tu, eunnie kena call appa lah. Alang-alang appa dekat sana, boleh dia uruskan apa yang patut. Esok eunnie call appa." Hyerin mengangguk kecil.

"Sorry eunnie kalau Rin banyak susahkan eunnie. Rin bukan nak lari dari masalah tapi Rin tak kuat. Ni je yang Rin mampu buat."

"It's okay. Eunnie okay je. Lagipun eunnie nak tebus salah eunnie. Walaupun Rin kata eunnie tak salah, tapi eunnie tetap rasa bersalah. So, eunnie akan buat apa saja untuk Rin."

"Thank you, eunnie. By the way, esok Rin nak keluar dengan kawan-kawan. Nak spend time together before pergi. Boleh, kan?"

"Boleh, tapi jangan lasak-lasak sangat. Kamu tu mengandung. Ha lagi satu, before kita pergi, Rin kena buat check up tau. Nanti nak update condition Rin dengan doktor kat sana."

"Dengan doktor Hyunsik, kan?"

Hyejin mengangguk. Hyerin kemudiannya meminta diri untuk naik.

●●●

Mereka berkumpul di Starfield COEX Mall. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disitu. COEX Aquarium menjadi tempat pertama mereka. Puas Hyerin gelak melihat perangai mereka tatkala melihat keunikan pelbagai jenis ikan disitu. Terutamanya Baekhyun dan Sehun. Budak tadika lebih matang.

Restoran pula disinggah untuk mengisi perut. Masing-masing makan dengan berselera. Laparlah katakan.

Siap makan, mereka menuju ke taman. Rancak mereka berbual mengenangkan bagaimana pertemuan asal mereka. Sebak Hyerin bila terpaksa berpisah.

"Janganlah nangis, Hyerin. Kau buat aku nak nangis jugak." kata Tao. Hyerin mengesat air matanya.

"Macam mana tak nangis. Sedih lah aku sebab nak tinggalkan korang. Korang is the best friend tau. Aku seronok kawan dengan korang. Aku mesti rindu korang nanti."

"Auww Hyerin, kitorang lagi akan rindu kau." kata Baekhyun sambil mencebik. Seorang wanita lalu berdekatan mereka. Hyerin menahan wanita itu.

"Jeogiyo. Boleh tolong ambilkan gambar kami semua?" wanita tadi mengangguk selepas tersenyum. Gambar mereka diambil cantik oleh wanita tadi.

Terima kasih diucap sebelum wanita tadi pergi. Gambar tadi Hyerin hantar ke group chat mereka.

"Jom balik. Eunnie aku dah bisinglah." masing-masing mengangguk. Mereka peluk Hyerin buat kali terakhir sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now