Part 12 - Jealous

36 8 0
                                    

"Dia ada apa-apa ke dengan si Daniel tu? Dia punya mesra, sampai peluk-peluk bagai. Dengan aku tak nak pulak peluk."

Chanyeol mencampakkan telefonnya di atas katil. Dia kalah dalam PUBG tatkala Hyerin dan Daniel muncul dibenak fikirannya.

"Tak boleh jadi ni." Chanyeol mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang.

"Aku nak jumpa kau. Dekat Starbucks."

"..."

"Iya."

"..."

"Datang jelah." panggilan dimatikan.

Chanyeol turun dari katil dan mengambil dompetnya di atas meja. Langkah diatur ke tingkat bawah. Langkahnya terhenti di depan pintu saat omma memanggil.

"Yeol nak pergi mana, sayang?" soal omma lembut.

"Yeol nak jumpa kawan sekejap. Omma nak kirim apa-apa?"

Omma menggeleng sambil tersenyum. Chanyeol pamit dan langkah diatur ke Starbucks.

●●●

Hyerin berada di dapur bersama omma. Dia menolong omma mengemas barang dapur yang baru dibelinya bersama Hyejin. Kerjanya terbantut saat telefonnya berdering. Dahi Hyerin berkerut. Nama pemanggil yang tertera buat dia tertanya-tanya tujuan orang itu menelefonnya.

"Aku nak jumpa kau. Dekat Starbucks."

"Sekarang ke?"

"Iya."

"Buat apa?"

"Datang jelah." panggilan dimatikan.

"Apa masalah dia ni?" rungut Hyerin.

"Why, dear?" soal puan Kim.

"Chanyeol nak jumpa Rin sekarang. Tapi Rin tak habis tolong omma lagi."

"Pergilah. Manatau ada hal penting. Barang ni dah tak banyak dah. Omma boleh kemas sendiri."

Hyerin mengangguk. Dia naik ke atas untuk mengambil dompet dan telefon. Bajunya tidak ditukar. Dia hanya mengenakan hoodie dan shorts beserta topi. Converse high cut disarung dan menuju ke kereta. Mujur ahjussi ada diluar. Dia terus sahaja meminta ahjussi untuk menghantarnya.

●●●

"Haa apa hal nak jumpa aku?" tanya Hyerin sebelum melabuhkan punggungnya di hadapan Chanyeol. Chanyeol agak terpukau dengan kecantikan Hyerin.

"Macam mana dia boleh nampak lawa gila nak mati dengan pakaian se-simple tu?" monolog Chanyeol sambil matanya tidak berkelip memandang Hyerin.

"Hello? Aku tanya ni." Hyerin melambaikan tangannya di hadapan Chanyeol.

"A-apa dia?"

"Aku tanya, apa hal nak jumpa aku?"

"Ouh tu. Hmm saja. Ehehe."

Hyerin sudah mengangkat tangan untuk memukul Chanyeol. Chanyeol pula melindungi dirinya dengan tangan.

"Buang masa aku lah kau ni. Betul-betullah. Aku balik nanti." Chanyeol menahan Hyerin dari bangun.

"Okay-okay. Aku nak ajak kau teman aku pergi beli hadiah untuk Jongdae. Kan birthday dia bulan 9 ni."

"Sebulan lagi Park Chanyeol. Are you serious nak beli sekarang?"

"Nae, Kim Hyerin."

Hyerin berdecit. Main nama-nama penuh pulak dia. Mereka mengatur langkah keluar dari Starbucks. Hyerin memandang Chanyeol ditepi.

"Kita nak beli kat mana?"

"Aku selalu beli dekat kedai-kedai tepi ni je. Tapi tulah sekarang ni aku buntu nak bagi dia apa."

"Apa kata kau bagi dia mic yang portable tu. Dia kan pandai nyanyi, bolehlah dia karaoke kat rumah." cadang Hyerin.

"Wah bijaklah kau ni."

Chanyeol memicit pipi Hyerin dan tersenyum. Chanyeol mengatur langkah pergi sementara Hyerin masih kaku dengan perbuatan Chanyeol. Chanyeol pusingkan kepalanya ke belakang tatkala sedar yang Hyerin tidak mengikutinya.

"Kau pahal tercegat lagi kat sini. Jom."

Jari Hyerin diraih Chanyeol. Mereka beriringan ke kedai elektronik untuk membeli hadiah Jongdae. Hyerin agak kekok untuk berjalan kerana Chanyeol masih tidak melepaskan tangannya.

"Emm Chanyeol." panggil Hyerin, memecahkan kesunyiannya antara mereka.

"Hmm?"

Hyerin memandang ke arah tangan dia dan Chanyeol dengan harapan Chanyeol akan melepaskannya tapi lain pula jadinya apabila Chanyeol mengeratkan lagi genggaman tangannya. Muka Hyerin memerah. Merah dia tu level boleh nampaklah.


Sampai di kedai, mereka memilih mikrofon yang sesuai untuk Jongdae. Banyak pertanyaan buat si penjual. Paling banyak tanya mestilah Hyerin. Dalam tak sedar, seseorang perhatikan mereka.

Kyungsoo P.O.V

Aku berjalan di pekan. Niat di hati nak mencari hadiah birthday untuk Jongdae. Leka berjalan, aku ternampak figura Hyerin. Aku tersenyum melihat dia. Pakaian dia yang simple itu menambahkan lagi kecantikan dia walaupun stylenya agak kelelakian.

Namun, senyuman aku mati saat Chanyeol hadir menghampiri Hyerin dan menyatukan jari mereka. Aku perhatikan mereka pergi. Tak sangka lelaki di hadapan Hyerin itu adalah Chanyeol. Patutlah familiar.

Aku mengekori mereka. Rasa kesal muncul tatkala Chanyeol menyatukan tangan mereka pula. Rasa sakit hati membuak-buak.

"Aku cemburu ke?" soal Kyungsoo sendiri.

"Wow suka betul aku kat dia ni sampai dengan Chanyeol pun nak cemburu. Kawan baik sendiri kut."

Langkah diatur lagi mengekori mereka. Legalah jugak sebab tangan mereka dah dileraikan tapi mesra diorang tu buat aku bertambah koyak. Badan dipusing untuk pulang tapi berhenti saat nama aku diseru.

"Kyungsoo, buat apa kat sini?"

Ya, itu Hyerin.

"Err saja jalan-jalan. Aku nak cari hadiah Jongdae jugak alang-alang."

"Ouh kitorang baru lepas beli hadiah Jongdae. Tapi ni Chanyeol punya. Jom lah sekali cari hadiah aku dengan kau." balas Hyerin.

"Yeduh Kyungsoo. Jom lah. Lagipun aku dah lama tak lepak dengan kau ni. Kau cari hadiah dengan Hyerin ni confirm dapat yang best-best. Jomlah." ajak Chanyeol. Aku mengangguk kecil dan mula berjalan bersama mereka.

Hai readers!!! Ya allah rindunya mayra ngan semua oraaaanggg 😫 i'm really really really sorry cause lama tak update 🥺 i'm so busy rn ㅠㅠ. Ni dapat update pon sebab esok takde kelas 😬 act this chapter, i'm supposed to update on 21 September which is birthday Chen masatu tapi tu lah, TAK SEMPAT 😭 hmm tu je kut sebab mayra dah ngantuk gila ni so mana2 typo tu maafkan mayra ya? 🤥 nanti ada masa mayra check balik and betulkan. Macam biasa, jangan lupa vote and comment okei 😉 byeee!

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora