Part 20 - Accept 🙊

22 7 0
                                    

Seperti dijanjikan, Chanyeol menolong Hyerin untuk membersihkan padang. Bukan sahaja Chanyeol, malah semua member EXO turut serta. Paling semangat dorang menolong bila Hyerin kata dia mahu belanja mereka di Subway lepas siap membersih. Hyerin tak lagi sedih. EXO tersangatlah pandai memujuk Hyerin. Buktinya, kini dia mampu bergelak ketawa ketika kerja membersih.

Seohyun melihat mereka dari jauh. Api kemarahan dia membuak-buak. Hati dia berkecemuk saat Chanyeol menghinanya. Dia perlu dapatkan Chanyeol. Bukan untuk dicintai tapi untuk membalas dendam pada Hyerin. Kerana Hyerin, dia dihina sebegitu rupa dengan Chanyeol.

"Seohyun. Kau buat apa tu?" soal Taeyeon.

Dia ke tandas tadi jadi dia suruh Seohyun menunggunya di bus stop. Belum sampai di bus stop, dia sudah nampak jasad Seohyun yang mengintai seseorang di padang. Taeyeon lihat sekilas. EXO dan Hyerin. Taeyeon dapat mengagak apa yang tak kena pada Seohyun.

"Jomlah balik. Aku banyak kerja nak siapkan ni." pelawa Taeyeon.

"Kau balik lah dulu. Aku ada kerja ni."

"Kerja apa? Mengintai orang? Nak putuskan hubungan orang. Dahlah, Seohyun. Chanyeol dah terang-terang tak suka kau and reject kau. Move on lah. Banyak lagi lelaki lain yang nak kau."

Seohyun mendengus kasar. Langkahnya mengatur pergi. Taeyeon mengikut Seohyun. Sampai sekerat jalan, Seohyun memberhentikan langkahnya dan paling ke arah Taeyeon. Taeyeon turut sama berhenti.

"Tolong aku Tae. Tolong aku buat Chanyeol dengan Hyerin berpisah." rayu Seohyun. Taeyeon tak memberi sebarang reaksi.

"Sorry Seo. Aku tak boleh nak tolong tu. Aku boleh tolong semua benda kecuali rancangan mengarut kau nak pisahkan dorang dan nak musnahkan Hyerin. Ingat Seo, kita bukan budak jahat."

"So kau nak kata aku jahatlah? Macam tu?"

"Aku takut kau jadi budak jahat je Seohyun. Tolonglah. Kalau kau nak jugak buat, kau buat sendiri. Jangan libatkan aku dengan member lain."

"Fine! Kalau tak nak tolong, tak payah tolong! Aku tak perlukan korang!" Seohyun melangkah pergi. Sempat Taeyeon menggeleng dek perubahan mendadak Seohyun.

●●●

Hyerin dan EXO pulang dari Subway. Mereka naik bas bersama. Kecoh bas tu walaupun jam sudah menunjukkan jam 8 malam. Ya, bukan setakat pergi Subway, malah mereka sempat mencuci mata di pusat membeli-belah. 

Satu per satu member turun untuk pulang ke kediaman masing-masing. Sampai sahaja di kawasan rumah Hyerin, dia turun bersama Chanyeol dan Junmyeon. Bukan Junmyeon nak menyibuk, tapi dia memang duduk di kejiranan yang sama dengan Hyerin.

Chanyeol? Oh tak payah fikir pasal Chanyeol. Sebab dia risaukan dengan keadaan Hyerin, lebih-lebih lagi kecelakaan yang kerap Hyerin lalui, Chanyeol menjadi lebih over-protective. Hyerin tak suka pada awalnya, tapi setelah dipujuk rayu oleh Chanyeol, akhirnya Hyerin setuju.

Hyerin dan Chanyeol berpisah dengan Junmyeon memandangkan rumah Junmyeon berada lebih dekat dengan jalan utama. Chanyeol terus menemani Hyerin sehingga tiba di rumahnya seperti biasa.

"Family kau tak bising ke balik lewat macam ni? Ni first time kan kau balik lewat macam ni? soal Chanyeol risau. Dia takut jika Hyerin dimarahi.

"Ala chill lah. Pandai-pandai lah aku jawab. Dah pergi balik. Kang nanti omma kau pula yang bising."

"Okay-okay. Take care. Jumpa esok." dahi Hyerin dicium.

Hyerin melambai Chanyeol dan masuk ke dalam rumah. Hyerin masuk perlahan-lahan kerana tak mahu didengari sesiapa.

Gugur jantungnya bila nampak jasad Hyecheol terpacak di sofa. Hyerin mengeluh perlahan.

"Punya besar rumah ni, ada bilik masing-masing tapi kenapa dia mesti ada dekat sofa ni!?" jerit Hyerin dalam hati. Kaki dijengketkan sambil berjalan. Nak elak dari ditegur Hyecheol. Confirm dia tanya kenapa balik lambat. Minta-minta sahaja dia tak perasan.

"Baru balik, Kim Hyerin? Seronok pergi cuci mata?"

Hyerin yang baru ingin menapak anak tangga pertama meneguk air liurnya kerana dah kantoi dengan Hyecheol. Hyerin berkira mahu lari tapi suara keras Hyecheol membatukan Hyerin ditangga itu.

"Sini, Kim Hyerin."

Hyerin tiada pilihan. Dia terpaksa menghadap Hyecheol.

"Buat apa pergi Lotte sampai tak ingat nak balik? Kamu sedar tak yang kamu tu perempuan?" Hyerin menunduk. Tak pernah lagi dia dimarahi Hyecheol.

"Hyerin, look. Hyung tak suka Rin buat macam tu lagi. Cukuplah. Kamu dah besar dan hyung tak nak kongkong kamu lagi. Hyung buat semua ni sebab hyung sayang Rin. Hyung tak suka Rin keluar dengan lelaki ramai-ramai sampai lewat malam. Tak manis orang tengok."

"Tapi diorang kawan Rin, hyung."

"Hyung tak halang kamu nak berkawan. Nak keluar dengan kawan tu keluar lah. Tapi jangan sampai lewat macam ni. Tak senang duduk tau hyung ni tengok Rin tak balik-balik."

"Sorry, hyung. Rin janji tak buat lagi."

"Okay, hyung maafkan. Lagipun Rin jadi macam ni sebab protes dengan hyung, kan? Sebagai tanda minta maaf, hyung terima Chanyeol."

Hyerin mengangkat kepalanya. Matanya bercahaya. Dia juga tak percaya.

"Tapi pastikan dia tak lukai kamu. If I know that he do that, you know what hyung can do. Arachi?" tegas Hyecheol.

"Nae!" balas Hyerin riang.

"Dah, pergi mandi then turun makan. Hyung teman."

Hyerin mengangguk dan naik ke atas dengan hati berbunga.

Hi semuaduka citanya Mayra ingin bagitau semua yang hari ni, 26hb Feb 2021, Chanyeol kesayangan kita semua DAH CONFIRMED YANG DIA ENLIST 😭 act Mayra memang nak update harini sebab nak raikan Chanyeol is back from his hiatus but maybe i'm too late 🤧 maaf jika ending tak seronok sebab Mayra nak sambung murung 😔 thanks for read this chap and don't forget to vote and comment and follow me as well okay? Oh yes, masa Chanyeol pergi nanti ada update tau so stay tuned 🤧

Hi semua ☹ duka citanya Mayra ingin bagitau semua yang hari ni, 26hb Feb 2021, Chanyeol kesayangan kita semua DAH CONFIRMED YANG DIA ENLIST 😭 act Mayra memang nak update harini sebab nak raikan Chanyeol is back from his hiatus but maybe i'm too l...

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

Serve well bb 🤍 use ur 1 month wisely 🤧 do a lot of ig live, vlive and ig post cause i'm gonna miss u a lot 😭 bb balik nanti fanfic ni confirm dah habis jadi semua update dari bb, saya letak kat sini to create as memories 🤧

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Där berättelser lever. Upptäck nu