Part 15 - Kantoi

26 8 0
                                    

Seohyun melangkah kasar turun dari bumbung sekolah. Dia nampak. Dia nampak apa yang Hyerin dan Chanyeol buat. Semua perasaan menjadi satu. Kecewa, sedih, marah dan benci. Semua perasaan tu buat dia ingin membalas dendam. Banyak perkara buruk yang sudah berlegar di fikirannya. Telefon diambil dan dihantar pesanan pada Chanyeol.

"Aku akan pastikan Chanyeol akan tinggalkan kau, Hyerin."

●●●

Makan malam tahunan sekolah itu sudah tiba. Makan malam ini tujuannya adalah untuk meraikan pelajar tahun akhir jadi hanya pelajar tahun akhir sahaja yang menyertai. Junior yang hadir pula semuanya yang melakukan persembahan dan runner yang menguruskan majlis.

EXO yang lain juga ada persembahan sendiri. Cuma Hyerin, Chanyeol dan Jongdae sahaja yang melakukan persembahan berasingan. Sepatutnya Yixing yang akan bermain gitar bersama Chanyeol tapi disebabkan Hyerin tidak pandai menari, jadi dia tak boleh sertai yang lain. Menyanyi juga dia tidak boleh. Mujur sahaja boleh bermain gitar. Jadi kedudukannya ditukar dengan Yixing.

EXO dan Hyerin serta beberapa pelajar lain berada di belakang pentas. Mereka bersedia untuk melakukan persembahan. Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar perempuan yang datang memberi minuman kepada mereka semua.

Sekarang, EXO tengah melakukan persembahan. Sebentar lagi giliran Hyerin, Chanyeol dan Jongdae. Hyerin mengerdipkan matanya. Pandangannya seketika kabur.

"Hey, kau okay tak?" soal Chanyeol prihatin. Jongdae tiada. Dia ke tandas. Nervous katanya.

"Okay. Tapi tadi mata aku kabur sekejap." balas Hyerin sambil memegang kepalanya.

Tiba-tiba sahaja kepalanya berdenyut. Chanyeol mengajak Hyerin duduk. Disuruhnya Hyerin meletakkan kepala di bahunya. Chanyeol membelek telefon. Jongdae tiba. Langkahnya dilajukan saat nampak Hyerin di bahu Chanyeol.

"Hyerin kenapa?"

"Tak tau. Dia cakap mata dia kabur tadi lepastu tiba-tiba dia sakit kepala. Aku suruh lah dia rehat jap."

Jongdae melihat Hyerin yang terlelap di bahu Chanyeol. Tenang. Jongdae mengambil tempat di sebelah Chanyeol

"Kau couple dengan Hyerin ke?" soal Jongdae tiba-tiba.

Chanyeol tersedak air liur sendiri. Hyerin pula tersedar akibat batuk Chanyeol. Lantas dipegang tangan Chanyeol.

"Kau okay tak?" tanya Hyerin prihatin. Dia terkejut tatkala Chanyeol terbatuk tadi. Tindakan Hyerin mengundang senyuman di bibir Jongdae.

"Sah memang couple dorang ni." fikir Jongdae.

Chanyeol melepaskan tangannya dari terus dipegang Hyerin. Hyerin yang menyedari tindakannya terus sahaja berlagak seperti biasa. Dia mengutuk dirinya di dalam hati kerana perlakuannya memang akan mengundang syak wasangka orang lain.

"Apa kau tanya tadi Jongdae?" soal Chanyeol untuk buang rasa kekok. Jongdae tergelak sedikit.

"Takde papelah. Ni turn kita dah dekat. Jom get ready. Kau dah okay Hyerin?"

Hyerin mengangguk sebelum tersenyum. EXO sudah pun turun dari pentas. Termengah-mengah mereka kerana penat menari. Sekumpulan perempuan tadi memberi air lagi kepada mereka. Sementara itu, Hyerin, Chanyeol dan Jongdae sudah pun bersedia untuk persembahan mereka.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora