Part 25 - Dating

20 8 0
                                    

Hyerin membutangkan kemejanya di hadapan cermin. Rambut diikat ponytail dan topi jenama Gucci disarung. Sedikit minyak wangi disembur. Sling bag diambil dan disarung semasa turun tangga.

"Cheol, cepat sikit bawak turun luggage omma dengan appa tu." jerit Puan Kim dari bawah.

"Apa bising-bising pagi-pagi buta ni, omma? Omma nak pergi mana dengan luggage bagai ni?" soal Hyerin pula.

"Omma dengan appa nak ke China seminggu. Appa ada mesyuarat disana."

"Aik. Bila masa pulak ada mesyuarat? Rin tak tau pun."

"Urgent. Appa baru tau semalam. Omma malas nak kejut kamu semalam. Kesian pula kamu. Harini nak keluar dengan Chanyeol, kan?" Hyerin mengangguk.

"Hati-hatilah. Omma dengan appa pergi sekejap je. Duduk elok-elok dengan eunnie. Dengar cakap dia."

"Ya, omma. Rin dah besar lah. Rin tau. Omma kena pesan dekat hyung tu. Degil, tak nak dengar cakap orang." perli Hyerin.

"Hyung kamu pun tak ada seminggu. Dia overnight dekat rumah kawan dia. Cheol kan tak lama lagi nak periksa."

"Pulak dah. Bosanlah duduk dengan eunnie je. Eunnie dahlah selalu balik kerja lambat"

"Kalau bosan, pergilah keluar dengan Chanyeol. Omma tak marah pun."

"Hmm yelah. Hati-hati. Rin nak ikut tapi kesian pulak dekat Chanyeol. Dia dah tunggu kat luar tu.

"Tak payah. Pergi je keluar tu."

"Okay. Bye, omma, appa, hyung."

Hyerin menyarung kasut. Chanyeol yang sudah terpacak di luar pagar dilambai.

"Jom." ajak Hyerin.

"Jom. Omma appa kau nak pergi mana?" soal Chanyeol. Langkah ditujukan ke perhentian bas.

"Appa aku ada mesyuarat kat China."

"Kau tak ikut ke? Seronok apa pergi melancong."

"Aku kan dah janji nak keluar dengan kau. Manatau, ni kali terakhir kita jumpa ke." balas Hyerin sambil tangannya memeluk lengan Chanyeol.

Chanyeol mencubit pipi Hyerin. Hyerin menjerit kesakitan.

"Cakap lagi sekali, aku gigit pulak bibir kau biar tak cakap benda merepek. Aku dah kata kan kita takkan pisah."

"Ala aku saja je."

"Okay, fine. Dah-dah. Kita nak happy-happy kan harini?" pujuk Chanyeol. Hyerin mengangguk sambil tersenyum.

Sampai di bus stop, bas dinaiki menuju ke Time Square Mall. Disebabkan masing-masing belum bersarapan, mereka singgah di restoran untuk mengalas perut.

Siap makan, mereka memulakan tujuan. Tempat pertama yang dituju adalah panggung wayang. Dah namanya dating, tak sah kalau tak jejak disitu. Cerita aksi dijadikan pilihan.

2 jam menonton, Skechers store menjadi pilihan. Tujuan utama memang disini. Hyerin yang beria. Dia mahu kan kasut couple kononnya. Chanyeol ikutkan sahaja bila Hyerin kata dia yang bayar. Maklumlah, Chanyeol tak berada macam Hyerin jadi susah nak beli kasut mahal sebegitu. Skechers D'lites 4.0 adalah pilihan hati. Designnya menarik di mata Hyerin.

Selesai memilih kasut, Uniqlo store pula dituju. Hyerin punya penangan juga, dia nak cari couple outfit pula.

Tak cukup dengan baju dan kasut, mereka merantau lagi satu mall tu untuk cari topi, phone cover, jam dan cincin yang semestinya couple set. Hyerin mungkin nampak tak betul tapi dia memang nak buat begitu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia bertindak sebegitu.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now