Part 31 - Apologize

28 8 0
                                    

Enjoy the double updates 😘

Bunyi loceng yang tidak berhenti itu mengundang ketidaktenteraman Hyejin yang berada di ruang tamu.

"Manusia mana yang tak reti bersabar ni!?"

Pintu dibuka. Terkejut dia tatkala Lucas terpacak di depan pintu rumah itu.

"Lucas? Buat apa-- ani. Macam mana kamu tahu rumah ni?" soal Hyejin.

Buntang matanya tatkala Lucas tiba-tiba melutut. Segera diangkat tubuh remaja itu.

"Jangan melutut macam ni, Lucas. Mari masuk, kita bincang di dalam."

Lucas mengikuti langkah Hyejin.

"Noona, boleh bawakan Hyerin untuk saya?"

Hyejin mengangguk.

"Tunggu sekejap. Noona panggil dia kat atas."

Belum sempat Hyejin mengetuk, pintu terbuka sendiri.

"Eunnie?"

"Ada tetamu untuk kamu."

"Rin?"

"Eung. Jom turun. Tengok sendiri siapa."

Hyerin menutup pintu dan ikut Hyejin turun ke bawah. Riak wajahnya dikawal. Punggung dilabuhkan di sebelah Lucas.

"Eunnie pergi buat air sekejap. Kamu sembang, ya."

Hyerin dan Lucas mengangguk serentak. Lucas merapatkan kedudukannya dengan Hyerin. Tangannya diletakkan di perut Hyerin.

"Anak appa, sihat?"

Hyerin tunduk memandang Lucas. Tangan Lucas ditepis.

"Anak aku tak ada appa binatang macam kau. Anak dalam perut aku ni, appa dia Park Chanyeol. Bukan Wong Lucas."

"Benci sangat kan kau dekat aku? Walaupun aku ni jahat, tapi aku tetap mengaku ni anak aku."

Prangg!

Hyerin dan Lucas memandang ke belakang. Hyejin berdiri kaku memandang ke arah mereka. Hyejin dan Lucas pergi ke arah Hyejin.

"Eunnie neo gwenchana?"

Ppak! Teleng kepala Lucas tatkala ditampar Hyejin.

"Kamu yang rogol Hyerin, Lucas?"

Lucas menunduk.

"Noona--"

Ppak! Sekali lagi Lucas ditampar.

"Lepas apa yang kamu buat, berani kamu tunjuk muka kamu lagi kat sini?"

"Saya datang nak mintak maaf, noona. Saya tau saya salah. Saya nak tebus salah saya. Saya akan bertanggungjawab. Saya akan jaga Hyerin."

"Aku tak nak kau bertanggungjawab. Kalau kau bertanggungjawab, maksudnya rancangan kau berjaya. Rancangan untuk pisahkan aku dengan Chanyeol, kan?"

Lucas menunduk lagi. Tangan Hyerin cuba diraih namun hampa, Hyerin larikan tangannya.

"Tak, Hyerin tak. Bagi aku peluang untuk tebus salah aku dengan jaga kau, please? Aku nak jaga anak aku sementara dia dalam kandungan sebab aku tau, aku takkan ada peluang untuk jaga dia bila dia dah lahir. Sebab aku akan pulangkan kau pada Chanyeol. Aku tau dia segala-galanya untuk kau. Aku akan bahagia kalau kau bahagia. Please Hyerin, bagi aku peluang. Noona? Hurmm?"

Lucas pandang dua beradik itu silih berganti. Hyejin pandang Hyerin sayu.

"Terselah pada Hyerin. Keputusan di tangan dia."

Lucas pandang Hyerin dengan pandangan merayu.

"Baik. Aku bagi kau peluang. Jangan sia-siakan."

Hyerin berlalu pergi. Lucas tersenyum. Hyejin yang sedang mengutip kaca itu didekati.

"Biar Lucas buat."

"Tak payah. Kamu duduk je kat sana. Noona buat air baru."

"Tak apa lah noona. Lucas nak balik dah pun."

"Cham. Kamu duduk mana?"

"Hotel. Wae?"

"Esok, bawa semua barang kamu ke sini. Kata nak jaga Hyerin. Susah pula nak berulang alik. Tinggal sini. Rumah ni ada satu bilik kosong."

Lucas mengangguk. Langkah dituju meninggalkan rumah itu.

●●●

Hyerin membuka mangkuk tandas. Segala isi perutnya dikeluarkan. Hyejin datang dengan sehelai tuala. Diurut lembut belakang adiknya itu. Baru sahaja Hyerin ingin flush cecair yang dibuang tadi, isi perutnya ingin dikeluarkan lagi.

Harini sudah masuk hari ketiga Hyerin morning sickness. Jujur di sudut hati Hyerin, dia penat. Dalam masa yang sama, dia risau. Bagaimana jika alahannya berterusan? Bagaimana dia mahu hadap Chanyeol ketika skype dan bagaimana dia mahu belajar. Sekolah akan bermula lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi. Dia tak mahu pelajarannya terganggu.

"Eunnie, Lucas mana? I need him."

"Lucas tidur lagi. Kesian dia berjaga sepanjang malam sebab jaga kamu. Kamu meracau malam tadi."

Hyerin mengeluh. Dia sangat-sangat perlukan Lucas. Hanya bau badan Lucas sahaja yang boleh hilangkan loya di tekak dan perutnya. Penangan anak Lucas mungkin.

Sepanjang alahan Hyerin, dia tidur di dalam pelukan Lucas. Jika tidak, memang muntah-muntah jawabnya. Tak boleh langsung jika tak berada dengan Lucas. Jika Lucas keluar untuk membeli barang, badannya akan menjadi lemah. Balik sahaja Lucas, sihat walafiat hendaknya.

"Kamu naiklah. Baring sebelah dia. Tu je caranya. Eunnie tak sampai hati nak kejutkan dia. Kamu bangun tadi baru dia tidur."

Hyerin mengangguk. Hyejin bantu Hyerin untuk naik. Masuk sahaja ke bilik Lucas, badannya direbahkan atas katil bersebelahan Lucas yang sedang nyenyak diulit mimpi. Mungkin terganggu dengan mendapan katil, Lucas tersedar.

"Hyerin, kenapa?"

"Alahan dia datang lagi. Kamu tidur lah. Rehat dengan Hyerin. Dia perlukan kamu." pesan Hyejin.

Langkah diatur keluar. Suasana agak kekok sebentar.

"Sorry kacau kau tidur. Thank you jaga aku semalam."

"Not a big problem lah Hyerin. Aku buat semua ni sebab aku sayang kau. Aku kan nak jaga anak aku." kata Lucas sambil mata terpejam. Dia mengantuk lagi.

"Tidurlah. Kau tak cukup tidur, kan?"

Lucas mengangguk. Hyerin dipeluk Lucas.

"Kau nak hilangkan loya, kan? Biarkan macam ni, aku nak sambung tidur." kata Lucas sambil mengeratkan pelukan. Tak lama selepas itu, masing-masing sudah selamat ke alam mimpi.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now