Part 14 - Official

26 8 0
                                    

Hyerin melangkah lemah masuk ke sekolah. Hari pertama tanpa Daniel. Dengan apa yang Daniel beritahu semalam buat dia jadi bertambah lemah.

"Daniel suka aku. Tapi dia tak nak kacau aku dengan Chanyeol sebab Chanyeol macam suka aku. Chanyeol suka aku? Kenapa aku macam gembira eh? Tapi aku tak rasa macam masa aku suka Lucas sunbae dulu."

Lamunan Hyerin terhenti tatkala Baekhyun menyergahnya. Meja ditepuk dan dibuat bunyi sergah sambil mukanya dihadapkan di hadapan Hyerin. Laju sahaja pipi Baekhyun ditampar Hyerin. Baekhyun memegang mukanya yang kemerahan akibat tamparan Hyerin.

"Terkejutlah gila!" marah Hyerin. Baekhyun masih memegang pipinya.

"Ala sorry lah. Kau mengelamun jauh sangat. Aku panggil tak dengar. Tu yang aku sergah. Hehehe."

Hyerin sekadar menggeleng. Apalah nasib dapat kawan macam umur budak 7 tahun ni, fikirnya.

"Kau okay tak? Aku tau lah Daniel dah tak ada tapi kitorang kan ada. Jangan sedih-sedih." pujuk Baekhyun. Hyerin tersenyum. Nama Baekhyun disebut.

"Ha?"

"Aku nak tanya kau ni." Hyerin memandang sekeliling. Begitu juga Baekhyun.

"Sinilah." Baekhyun mendekati.

"Chanyeol kan.." jeda Hyerin. Baekhyun mengangguk.

"Dia ada suka siapa-siapa tak?"

"Kenapa?"

"Hish kau ni! Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Jawablah!"

"Tu... kau kena tanya tuan badan sendiri. Aku tak berani nak komen apa-apa. Kau tau je lah Chanyeol tu macam mana. Baik-baik dia tapi dia hot temper. Kang aku salah cakap, silap hari bulan, ke hospital aku." Hyerin mengeluh kasar.

"Dahlah. Duduklah tempat kau."

●●●

Hyerin dan Chanyeol pergi ke bilik muzik. Latihan dijalankan seperti biasa memandangkan majlis makan malam tahunan sekolah itu akan berlangsung lagi 2 minggu. Petikan gitar Hyerin yang sering tidak kena mengundang kemarahan Seohyun kerana wanita itu terpaksa acap kali mengulang nyanyiannya.

"Masuk ni dah 10 kali aku ulang! Main betul-betul lah Hyerin! Aku dah penat nyanyi ni!" tengking Seohyun.

Hyerin baran. Dia bangun secara kasar dan kerusinya sedikit terkebelakang. Gitar di tangan dilepaskan dan dia keluar dari bilik itu.

"Chan..."

pSeohyun yang baru sahaja ingin mengajak Chanyeol meneruskan latihan bertambah bengang apabila Chanyeol sudah melangkah keluar mengejar Hyerin. Dia mengikuti langkah Hyerin yang membawa diri mereka ke bumbung sekolah.

"Hyerin tunggu! Kau jangan buat kerja gila! Aku tak tau apa masalah kau tapi aku ada untuk kau cerita semuanya. Aku tak nak hilang kau Hyerin. Tolong."

Hyerin yang melangkah ke hujung bumbung berhenti. Tubuhnya dipusingkan ke arah Chanyeol yang berada di pintu.

"Kau sihat tak ni Park Chanyeol? Aku nak duduk kat bangku ni je. Kau apahal?"

Hyerin ketawa. Kelakar bila lihat muka cuak Chanyeol. Chanyeol menghela nafas lega. Langkah diatur ke arah Hyerin dan dipeluk badan kecil gadis itu. Hyerin termanggu. Jantungnya berdegup kenyang. Dalam masa yang sama, dia gembira.

"Jujur aku cakap, aku sayang kau Hyerin. Sebab tu aku takut kau buat kerja gila." ucap Chanyeol yang masih memeluk Hyerin.

Kepala Hyerin yang berada di dadanya diusap lembut. Hyerin meleraikan pelukan. Ditatap mata bulat Chanyeol dalam.

"Kau suka aku Chanyeol?" Chanyeol tersenyum sinis.

"Kalau aku kata aku suka kau pun, kau bukannya suka aku balik, kan"

Chanyeol melangkah untuk duduk dibangku tapi tangannya diraih Hyerin.

"Aku pun suka kau, Park Chanyeol."

Chanyeol yang terlalu gembira itu lantas merangkul leher Hyerin dan mengucup lembut bibir gadis itu. Hyerin terbuai dan membalas ciuman tersebut. Ada senyuman disebalik ciuman mereka.

Mereka agak tidak stabil kerana ciuman yang bertambah kasar lalu tubuh mereka dibawa ke bangku berdekatan. Hyerin terduduk di atas peha Chanyeol. Tangannya merangkul leher Chanyeol. Ciuman dilepaskan. Masing-masing mengambil nafas.

"Kau tak bagi aku harapan palsu kan Hyerin?" soal Chanyeol ragu-ragu. Dia takut yang Hyerin hanya ingin menjaga hatinya.

"Kalau aku bagi harapan palsu, aku takkan biarkan kau ambil first kiss aku. Kau tau kan betapa berharganya first kiss tu?"

Chanyeol tersenyum. Lantas bibir Hyerin dicium lagi. Hyerin melepaskan ciuman.

"Dahlah. Nanti Seohyun bising. Jom?"

"Jap. Sebelum tu. Kenapa kau moody tadi? Sebelum ni kau tak buat silap pun. Kenapa hari ni macam ni? Baek pun kata pagi tadi kau termenung masa dia datang. Kat kelas aku tengok kau tak fokus. Nasib baik saem tak perasan." kata Chanyeol sambil mengelus rambut Hyerin. Hyerin sudah berada di atas bangku. Tidak lagi di atas peha Chanyeol seperti tadi.

"Malam semalam, family aku pergi makan rumah family Daniel. Lepastu dia bagitau aku yang dia suka aku. Tapi dia tak kesah kalau aku tak suka dia balik sebab dia kata dia perasan yang kau macam suka aku."

"So kenapa kau moody?"

"Aku takut kalau tu firasat dia je. Aku takut kau tak suka aku pun sebenarnya. Aku takut kau anggap aku kawan je. Aku takut kau tak.."

"Sayang, no. Aku suka kau, aku sayang kau. Aku anggap kau lebih dari seorang kawan, Hyerin. Malah lebih lagi. Sebab tu tadi aku macam orang bodoh je halang kau sebab aku takut hilang kau even kau tak terdetik pun nak buat kerja gila tu. Aku sayang kau, lebih dari diri aku Hyerin jadi tolong jangan fikir yang bukan-bukan. Park Chanyeol hanya untuk Kim Hyerin. Okay?"

Hyerin senyum. Mereka bergerak ke bilik muzik semula. Tiba sahaja di sana, Seohyun tiada. Barang-barangnya juga sama.

"Dia dah balik?" soal Hyerin. Chanyeol mengangkat bahu tanda tidak tahu. Lantas dikeluarkan telefonnya dan melihat ada pesanan dari Seohyun.

"Saya dah balik dan saya TAK NAK LAGI MENYANYI UNTUK MAJLIS TU! Awak dengan Hyerin pergi cari orang lain!"

-Seohyun-

Chanyeol menunjukkan handphonenya ke arah Hyerin. Mata Hyerin membulat.

"Gila ke minah ni? Apa masalah dia? Haritu beria sangat. Kesian Jongdae. Kita baru nak ajak dia, si minah ni dah terhegeh-hegeh nak masuk. Sekarang ni dia pulak nak cau." marah Hyerin.

"Dahlah. Kita suruh je Jongdae join latihan kita esok."

"Sempat ke? Ada lagi dua minggu je ni."

"Sempat sangat sayang. Aku dah kenal Jongdae tu lama. Dia cepat pick up. Lagi-lagi bab lagu. Don't worry."

Hyerin tersenyum. Laju sahaja dia memukul dada Chanyeol.

"Auch! Kenapa?"

"Janganlah panggil sayang. Malu." pecah ketawa Chanyeol. Hidung Hyerin dicuit.

"Sejak bila yeochin aku yang yeonam ni, pandai malu? Hmm?" sekali lagi dada Chanyeol dipukul.

"Dah katakan jangan panggil yeonam!" Chanyeol ketawa lagi.

"Okay-okay tak panggil yeonam dah. Dah jom balik. Nanti lambat-lambat bising pulak hyung kau."

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now