Part 26 - Virgin

23 9 0
                                    

"Eunnie! Eunnie!" jerit Hyerin. Dipusing satu rumah mencari Hyejin. Dibilik tiada.

"Apa dia!?" jerit Hyejin di dapur.

"Rin nak keluar sekejap. Nak beli syampu. Dah habis pulak."

"Sekarang? Dah pukul 10 lah. Esok jelah."

"Habistu esok nak mandi guna syampu apa? Rambut Rin dahlah sensetif."

"Kalau macam tu, eunnie hantar."

"Tak payahlah. Bukan jauh pun kedai tu. Sekejap je Rin pergi."

"Yelah. Hati-hati."

Hyerin melangkah keluar. Sampai di kedai, dia mengambil syampu dan pergi ke kaunter untuk bayar. Siap bayar, dia pun keluar dari kedai.

"Cik, cik."

Hyerin toleh. Seorang lelaki yang tinggi sikit daripadanya menegur. Lelaki itu menghulur duit pada Hyerin.

"Cik tercicir duit ni tadi." tanpa banyak soal, duit tersebut diambil dan dunia Hyerin terus menjadi gelap.

●●●

Hyejin menoleh pada jam di dinding.

"Mana budak Hyerin ni? Takkan beli syampu pun sejam."

Telefon di dalam poketnya diambil. Contact Hyerin ditekan. Voice mail.

"Aik?"

Hati Hyejin sudah gelisah. Dia terus ambil kunci kereta dan bergerak ke kedai berdekatan. Semua kedai serbaneka di kawasan itu dia masuk tetapi tetap tiada Hyerin.

Hyejin tiada pilihan. Terus keretanya meluncur laju ke balai polis.

"Encik! Saya nak buat laporan."

"Laporan tentang apa ya, cik?"

"Kehilangan. Adik saya hilang."

"Bila ya adik cik hilang?"

"Dia keluar pergi kedai pukul 10 begitu tapi tak balik-balik. Dalam pukul 11 macam tu saya pergi cari dekat semua kedai kawasan ni tapi tak jumpa. Saya telefon, dia tak angkat. Saya cuba trace location tapi tak dapat. Telefon dia off."

"Maaf cik tapi untuk kehilangan, laporan boleh dibuat selepas 24 jam kehilangan berlaku."

"Encik ni gila ke!? Adik saya hilang! Kalau kena culik, dalam tempoh 24 jam tu, dia boleh mati encik tau tak!?"

"Ya, kami tau. Tapi ni prosedur, cik. Kami tak boleh nak bantu. Maaf sangat-sangat. Cik sila keluar sekarang."

Hyejin keluar dengan keadaan marah. Stereng kereta dipukul. Keretanya dibawa menuju ke rumah. Sofa menjadi tempat dia rehatkan badan. Matanya tak boleh lelap. Risau memikirkan Hyerin yang entah ke mana. Kepalanya ligat memikir bagaimana mahu mencari Hyerin.

Hyejin tak nak bagitau sesiapa lebih-lebih lagi omma, appa dan Hyecheol. Chanyeol juga dia tak mahu bagitau. Puas berfikir, akhirnya matanya tertutup dengan sendiri.

●●●

Hyerin membuka matanya. Badannya sakit. Bau bilik tersangat tak familiar. Dia tahu yang dia bukan berada dibiliknya. Hyerin cuba untuk bangun namun bahagian bawah badannya sangat sakit. Lebih-lebih lagi di bahagian kemaluannya.

Dalam selimut diintai dan dilihat dirinya yang sudah tidak dilindungi oleh seurat benang sekali pun. Air mata Hyerin sudah mengalir deras. Dia menyumpah lelaki yang sudah meragut kesuciannya.

"Good morning, sayang."

"Lucas? Apa yang kau buat dekat aku binatang!?"

"Aku binatang-- " Lucas mendekati katil.

"Atau kau yang nafsu kuda?" tanya Lucas sambil mukanya dihadapkan di hadapan muka Hyerin. Matanya memandang Hyerin atas bawah.

"Aku tak semurah tu lah! Kau yang perangkap aku kan!?" jerit Hyerin sambil air matanya tumpah.

"Eh perempuan!" Lucas mencengkam pipi Hyerin. Air matanya semakin laju.

"Kau tak payah tunjuk air mata acah suci kau tu lah! Kau yang goda aku, lepastu kau kata aku yang rogol kau!? Siapa je yang nak lepaskan peluang? Lelaki bodoh macam Chanyeol kesayangannya kau tu je, yang tak ambil peluang! Perempuan cantik depan mata, buat apa simpan!"

Ppak! Teleng kepala Lucas saat dilempang Hyerin.

"Jangan nak bandingkan Chanyeol dengan kau setan! Kau tak layak digelar lelaki! Kau layak digelar binatang je!"

Ppak! Kalini, Hyerin pula ditampar. Satu kad dibaling tepat ke arah muka Hyerin.

"Tu, nombor aku. Kau pakai baju kau, dan balik. Aku nak keluar. Apa-apa, kau contact aku."

Lucas kutip baju Hyerin dan campak pada muka gadis itu.

Lucas keluar dari bilik. Hyerin menangis semahunya. Nama Chanyeol disebut.

"Chanyeol, aku perlukan kau. Aku mintak maaf Chanyeol. Aku dah tak sempurna untuk kau. Hiks."

Hyerin menyarungkan baju dan seluarnya semula dan diambil semua barang-barangnya.

Kakinya lemah melangkah menuju rumah. Belum sempat Hyerin membuka pagar, pagar terlebih dahulu dibuka. Susuk tubuh Hyejin kelihatan. Lantas dipeluk wanita itu. Kedua mereka menangis.

"Hyerin sayang, ke mana kamu pergi semalam? Puas eunnie cari kamu." kepala Hyerin diusap Hyejin.

"Eunnie--hiks."

"Ya, Rin kenapa?"

"Eunnie, I'm not had my virgin anymore." air mata Hyerin gugur lagi. Tangisannya saat esak sekarang.

"Who takes yours, honey? Jom pergi balai. Kita buat report."

"Eunnie, jangan. Nanti semua orang tahu. Jadikan ni rahsia antara kita je, please? Jangan bagitau sesiapa, termasuk Chanyeol. Hyerin tak sampai hati nak jumpa dia. Hyerin tak sanggup untuk tatap mata dia. Hyerin tak layak untuk Chanyeol, eunnie."

Hyerin sambung menangis. Hyejin peluk Hyerin lagi. Gadis itu dibawa masuk ke rumah dan dibawa ke bilik.

"Hyerin mandi, bersihkan diri. Eunnie buatkan bubur."

Hyerin mengangguk. Keluar sahaja Hyejin, Hyerin masuk ke bilik air. Dirinya yang tidak lagi suci ditatap di cermin. Shower dibuka dan dibasahkan dirinya. Hyerin terduduk. Dia sambung menangis. Lutut dipeluk. Akibat terlalu lama di bawah pancuran air, Hyerin pengsan kerana terlalu sejuk.

●●●

Lucas pulang ke rumahnya. Bilik dan katilnya yang bersepah dipandang.

"Aku mintak maaf Hyerin, aku terpaksa buat semua ni."

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)On viuen les histories. Descobreix ara