Part 22 - Ego

18 8 0
                                    

Chanyeol termangu sendiri di birai katil. Kejadian pagi tadi buat dia tidak tenang seharian. Sejak di sekolah lagi, Hyerin menjauhkan diri darinya. Tempat duduk Hyerin yang biasanya disebelah Chanyeol bertukar disebelah Baekhyun. Terkejut beruk juga Baekhyun tatkala Hyerin tiba-tiba duduk disebelah Baekhyun.

FLASHBACK

Waktu rehat tiba. Hyerin awal-awal lagi sudah menghilangkan diri. Chanyeol mengatur langkah ke arah Baekhyun dan Jongdae.

"Macam teruk je kau gaduh dengan Hyerin. Dengan aku pun dia tak cakap apa-apa. Dia duduk sebelah aku tu sebab nak elak dari kau je kut." kata Baekhyun.

"Yelah. Mana ada lagi tempat kosong dalam kelas tu selain sebelah kau. Apa aku nak buat ni weh. Buntu dah ni." soal Chanyeol sambil meraup mukanya.

"Tak sekarang ni, apa yang jadi sebenarnya? Apa yang kau buat sampai Hyerin marah sampai macam tu sekali?"

"Dia nampak Seohyun kiss aku. Entah kenapa minah gila tu kiss aku. Salah timing pulak tu. Masa dia kiss tu lah Hyerin muncul."

"Kes parah ni. Kau dah try slow talk dengan Hyerin?" soal Jongdae.

"Belum. Nak dekat dengan Hyerin pun tak boleh. Asyik berkepit dengan hyung dia 24 jam. Hyung dia tu dah lah anti dengan aku." rungut Chanyeol.

"Why not, kau try dapatkan kepercayaan hyung dia dulu? Baru senang nak pujuk Hyerin, kan?" cadang Baekhyun.

Selang sesaat, kepalanya dipukul Chanyeol dan Jongdae serentak.

"Kau ni pekak ke apa? Kan Chanyeol kata hyung Hyerin anti dengan dia? Kau nak si capang ni kena belasah? Masa Hyerin pengsan haritu pun nak terbalik dunia dia bertekak dengan Chanyeol."

"Tapi... belum cuba belum tahu. Mana tau hati dia dah lembut. Kita sama-sama lelaki kut. Man-to-man talk. Amacam? Deal?" soal Baekhyun sambil mengangkat keningnya.

●●●

Hyerin menguis makanannya. Makanan itu langsung tidak menarik perhatiannya. Fikirannya melayang pada EXO, terutamanya Chanyeol.

Waktu rehat sebegini biasanya riuh meja yang dia duduk tapi harini, di depannya hanya ada Hyecheol. Jemu juga lah tengok muka hyung sendiri. Kat rumah hadap, sini pun hadap.

"Tapi aku tak ada pilihan. Aku perlu jauhkan diri aku dari Chanyeol. Aku nak tengok sejauh mana dia cintakan aku. Kalau betul dia sayangkan aku, dia mesti cari jalan untuk pujuk aku." monolog Hyerin.

"Rin? Kenapa tak sentuh makanan tu? Kat rumah tadi dahlah makan sikit. Nanti sakit macam mana? Nak masuk hospital lagi ke? Suka sangat duduk hospital tu?" bebel Hyecheol.

Hyerin mencebik. Makanan disuap. Secubit. Hyecheol mengeluh perlahan.

"Hyung tak suka tengok Rin macam ni. Settlekan masalah Rin and back to normal. Buat apa yang patut. Since hyung dah janji yang hyung tak nak kongkong Rin, so pandai-pandai cari jalan penyelesaian."

Hyecheol bangun dari duduknya dan tinggalkan Hyerin keseorangan. Makanannya juga tidak dihabiskan. Hyerin yang dah tak dapat tahan takungan air di tubir matanya, turut bangun dan pergi ke tandas.

Hyerin mencuci mukanya. Dilihat pantulan mukanya pada cermin. Air basuhan masih berbisa.

"Kau boleh hadapi semua ni, Hyerin. Mana Hyerin yang kuat sebelum ni? Takkan sebab seorang lelaki boleh buat kau selemah ni? Aku mesti tunjuk dengan Chanyeol, tanpa dia aku masih boleh hidup." monolog Hyerin sendirian.

Pintu tandas dibuka, susuk tubuh Seohyun menjamah mata Hyerin. Seohyun tersenyum sinis memandang Hyerin manakala Hyerin pula menjeling Seohyun.

"Aku akan pastikan, tiada siapa boleh dapat Chanyeol. Kalau aku tak boleh dapat, kau pun sama!" tengking Seohyun.

"Ehh aku tak hadap lah lelaki macam Chanyeol tu. Lelaki macam dia, berlambak lah dekat luar. Kalau kau nak sangat dia, ambiklah! Aku tak heran!"

Keluar sahaja dari tandas, susuk tubuh Chanyeol pula menjamah mata Hyerin. Chanyeol terkedu dengan semua kata-kata yang Hyerin keluarkan.

"Sampai hati kau Hyerin."

Chanyeol melangkah pergi. Hyerin serba salah. Sumpah dia tiada niat untuk kata sebegitu. Dia hanya mahu tunjuk kuat dihadapan Seohyun. Tak disangka yang Chanyeol dengar.

Hyerin tiada pilihan. Dia langsung mengejar Chanyeol. Nama Chanyeol dijerit namun Chanyeol mengendahkannya.

Hyerin berlari mengejar Chanyeol. Dia tak nak keadaan bertambah keruh. Tangan Chanyeol diraih dan dibawa lelaki itu ke rooftop.

Chanyeol melepaskan tangannya saat tiba di atas. Hyerin pusing menghadap Chanyeol. Baru sahaja Chanyeol ingin membuka mulut, jari telunjuk Hyerin sudah berada di bibirnya

"Bagi aku jelaskan."

Hyerin memegang tangan Chanyeol sebelum berbicara. Dia berdehem sedikit dan mencari anak mata Chanyeol.

"Pandang aku, Park Chanyeol. Hadam apa yang aku nak cakap." tegas Hyerin. Chanyeol hanya turuti. Dia perlu beri peluang pada Hyerin juga.

"Maafkan aku, Chanyeol. Aku-- aku ego. Aku hanya pentingkan perasaan aku. Aku jauhkan diri dari kau sebab aku fikir dengan cara tu, kau akan sedar salah kau dan datang pujuk aku dan mintak maaf dekat aku. Tapi aku silap, aku sendiri yang sakit Chanyeol. Aku sepatutnya bagi ruang dan peluang dekat kau untuk jelaskan. Bukan lari."

Air mata Hyerin gugur. Ibu jari besar Chanyeol mengesat air mata Hyerin.

"Apa yang kau dengar tadi, semuanya salah faham. Aku cakap macam tu sebab aku tak nak kalah dengan Seohyun. Aku tak nak nampak lemah di mata dia. Tapi, kalau kau tinggalkan aku, serious talk Chanyeol, aku akan jadi selemah-lemah manusia sebab aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku sayang kau, Park Chanyeol." kepala Hyerin tertunduk ke bawah dan tersedu-sedan menangis. Chanyeol membawa Hyerin dalam pelukannya.

"Aku pun sayang kau, Hyerin. Shh dah jangan nangis. Tak cantiklah nangis." ujar Chanyeol sambil mengemaskan rambut Hyerin. Sisa air mata Hyerin juga dilap.

"Tak ada siapa yang akan tinggalkan sesiapa. Aku takkan tinggalkan kau dan kau takkan tinggalkan aku. Okay?" pujuk Chanyeol. Hyerin mengangguk sambil tersenyum dan memeluk Chanyeol kembali.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now