Part 35 - Return

21 8 0
                                    

"Rin dah kemas barang ke?" soal Hyejin.

Hyerin hanya menggeleng. Ditepuk sedikit anaknya yang berada di sebelah. Hyerin telah selamat bersalin seminggu yang lalu. Hyerin kini sudah stabil dan dia dibenarkan pulang.

"Kenapa belum kemas? Esok kita nak balik Korea, kan?"

"Rin tak rasa nak balik pun eunnie. Chanyeol pun dah benci Rin. Tak guna pun kalau balik."

Hyejin mengeluh. Didekati katil adiknya itu.

"Rin, eunnie dah kata kan yang everything gonna be okay. Tadi, Junmyeon call eunnie. Dia kata Chanyeol dah break up dengan Seohyun. Chanyeol berkeras nak buat ujian DNA dekat kandungan Seohyun and that baby is not his."

Hyerin memandang kakaknya. Matanya berkaca.

"Lepas daripada tu, Chanyeol jadi murung. Dia asyik sebut nama Rin je. Eunnie rasa ni peluang Rin untuk betulkan semuanya. Lucas dah janji dengan eunnie untuk tolong terangkan pada Chanyeol. I bet he already open his heart to hear your explaination. So kita tak boleh sia-siakan peluang ni. Hmm?"

Air mata Hyerin menitis. Dia kesiankan Chanyeol. Bekas teman lelakinya yang periang itu kini menjadi pendiam.

"Nak ke Chanyeol jumpa Rin?"

"Junmyeon dah tanya Chanyeol and he answer is yes. Junmyeon kata Chanyeol ada jugak cakap yang dia berharap sangat penerangan kamu boleh buat dia maafkan kamu. Dia kata dia rindu kamu."

Kini, tangisan Hyerin makin esak. Hyejin memeluk Hyerin demi menenangkan gadis itu. Dia risau jika anak buahnya turut sama menangis.

"Shh shh dah jangan menangis. Sekarang ni, Rin rehat. Biar eunnie tolong kemas barang kamu. Lagipun kamu dalam pantang kan. Lupa pula eunnie. Tidur lah. Eunnie kemaskan."

Hyerin mengangguk sebelum menarik selimutnya. Anak kecilnya itu dipandang. Senyumannya terukir kecil tatkala melihat kecomelan anaknya itu. Mukanya mirip Lucas namun telinga anaknya itu tak tumpah macam Chanyeol. Capang. Mungkin kenan Chanyeol kerana Hyerin kerap melihat gambar Chanyeol ketika mengandung kelmarin.

●●●

Chanyeol bangun dari pembaringannya. Matanya digosok perlahan. Dia bangun lantas ke bilik air dan membersihkan mukanya sekali gus menggosok gigi. Sudah seminggu Chanyeol tidak keluar dari biliknya sejak dia putus dengan Seohyun. Mujur sahaja ujian DNA itu dibuat selepas peperiksaan mereka tamat. Kalau tidak, mengulanglah jawabnya tahun depan.

Chanyeol baru sahaja ingin membuka pintunya namun pintu itu telah terbuka sendiri. Susuk kakaknya kelihatan.

"Noona tak kerja ke harini?"

Yoora mengeluh. Mahu sahaja dia mengetuk kepala adiknya yang bertuah itu tapi disebabkan kemurungan dia, terus dibatalkan niat.

"Tulah kamu. Berkurung lagi dalam bilik lama-lama. Harini kan hari minggu. Memanglah noona tak kerja."

"Ouh jinjja? Keure. Omma dah masak sarapan ke?"

"Dah. Noona nak panggil kamu makanlah ni. Manatau kamu masih nak kurungkan diri. Noona bawakan makanan. Tapi noona tengok kamu macam dah okay je."

"Tak adalah okay sangat cuma dah penat duduk dalam bilik. Nak ambik angin dekat luar sekejap."

"Yelah. Jom sarapan dulu."

"Lain kali duduklah dalam bilik tu sampai tua." perli Puan Park tatkala melihat anak terunanya itu baru keluar.

"Mengalahkan perempuan nak berkurung dalam bilik. Tch. Nah makan."

Puan Park menghidangkan kimbap pada Chanyeol. Chanyeol mengukirkan senyumannya.

"Pandai ehh omma ambil hati Yeol. Tak jadi nak merajuk balik."

Puan Park mengetuk kepala Chanyeol.

"Balasan sebab buat omma risau. Anak omma yang ceria ni tiba-tiba jadi pendiam, rasa nak tercabut jantung omma ni tau tak."

"Hehe mianhaeyo. Yeol janji tak buat dah."

"Dah, mari makan."

Baru satu keping kimbap disuap ke dalam mulut Chanyeol, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Chanyeol mengangkat panggilan itu.

"Wae?"

"Hyerin. Dia nak jumpa kau." kata Junmyeon dalam talian.

Chanyeol bangun dari meja makan dan pergi ke ruang tamu.

"Bila dia balik?"

"Semalam. Aku tau ni pun eunnie dia yang bagitau. Dia suruh kau datang dekat McDonalds pukul 12 nanti."

"Okay. Gomawo, Junmyeon."

"Haish tak payah gomawo sangat. Kaukan kawan aku. Takkan lah aku tak tolong kau. Ahh bukan aku je tolong kau tau. Member kita yang lain pun sama."

"Ya aku tau. Aku kan dah mintak maaf haritu."

"Dahlah. Pergilah mandi ke apa. Dah pukul berapa ni. Jangan lewat. Dalam 11 setengah nanti aku ambil kau."

"Nae."

●●●

Chanyeol menyedut airnya sementara menunggu Hyerin. Tak lama selepas itu dia nampak susuk tubuh Hyerin, Lucas dan Hyejin mendekatinya dan Junmyeon.

"Hyerin dah bersalin? B-bila?" bisik Chanyeol.

Junmyeon sekadar angkat bahu. Chanyeol yang nampak figura Lucas itu, ingin sahaja dia menumbuk lelaki itu. Namun dia menahan kerana di tempat awam.

"Lama tunggu?" soal Hyejin.

"Ani. Kitorang baru je sampai. Noona nak minum apa? Saya belikan. Hyerin, Lucas?" soal Junmyeon.

"Apa-apa je." balas Hyejin bagi pihak mereka bertiga."

Junmyeon menepuk perlahan bahu Chanyeol sebelum berlalu pergi. Chanyeol membasahkan tekaknya.

"Lepas apa yang jadi, kau masih berani tunjuk muka kau? Huh?"

A few chapter more and this fanfic gonna end yeayy 🥳

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum