Part 6 - In Love ❤

44 9 0
                                    

Seminggu berlalu, Hyerin sudah boleh keluar dari hospital. Pagi ini dia pergi ke sekolah seperti biasa cuma cara berjalannya sedikit terhincut-hincut. Kaki dia sudah sembuh sepenuhnya cuma dia masih tak dapat nak berjalan seperti selalu kerana risau jika masih sakit.

Sampai di kelas, Hyerin terus mengambil tempat duduknya. Hanya ada beberapa orang sahaja yang berada di kelas. Mereka hanya menghiraukan kehadiran Hyerin. Masih tak biasa untuk bermesra dengan Hyerin memandangkan dia pelajar baharu.

"Hyerin! Kau kenapa dah lama tak datang?" soal Eunji yang baru sahaja tiba.

"Aku injured. Pastu kena warded."

"Laa apasal tak bagitau aku, boleh aku lawat kau. Tak adalah aku risau."

"Hahahaha tak payah risau sangatlah. Aku dah sihat dah pun."

"Mestilah aku risau. Kau kawan pertama aku kut." Eunji menunduk.

"Aku kawan pertama kau? Habistu selama ni kau tak ada kawan?" Eunji sekadar mengangguk.

"Tapi kenapa? Kau baik. Layak untuk buat kawan."

"Sebab aku miskin. Diorang tak nak berkawan dengan orang miskin macam aku. Sorrylah sebab tak jujur dengan kau sebelum ni. Aku takut kau tak nak kawan dengan aku."

"Miskin bukan penyebab aku tak nak kawan dengan kau. Aku kawan dengan kau, sebab diri kau. Aku ikhlas kawan dengan kau."

Hyerin tersenyum begitu juga Eunji.

●●●

Waktu rehat, Hyerin dan Eunji pergi ke kantin. Sepanjang perjalanan, Hyerin bercerita dekat Eunji tentang kehidupannya di New York. Eunji yang minta jadi dia turutkan sahaja. Belum sampai di kantin, tiba-tiba Hyerin dilanggar. Disebabkan kakinya masih lemah jadi dia terjatuh.

"Hoi buta ke!?" tengking Hyerin. Dipandang ke atas untuk melihat gerangan yang melanggarnya. Lelaki tu hulurkan tangan untuk membantu Hyerin bangun. Tapi Hyerin terlebih dahulu diangkat oleh Eunji. Lelaki itu menarik semula tangannya.

"Sorry tak sengaja. My bad. Jalan tak tengok depan."

Hyerin terpana melihat kekacakan lelaki tu. Jantungnya juga berdegup tak normal. Laju. Belum pernah dia rasa macam ni. Lelaki pertama yang buat maruah Hyerin sebagai seorang yeonam jatuh. Mungkin? Hyerin menggelengkan kepala. No! Belajar dulu baru fikir cinta.

 No! Belajar dulu baru fikir cinta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"It's okay. I'm fine. Saya pergi dulu." balas Hyerin sebelum berlalu pergi.

Dia dibantu Eunji. Kakinya terasa sakit balik. Mungkin terkejut sebab jatuh.

"Saya? Oh my god Hyerin. Sejak bila kau ber-saya dengan lelaki ni!? What's wrong with you?" bentak Hyerin dalam hati.

"Wei! Menyesal aku angkat kau tadi! Kalau tak confirm meletop gossip pasal kau dengan dia. 'Senior paling seksi tolong junior baru.' " dahi Eunji dijentik.

"Hotak kau! Aku tak nak kena gossip dengan mana-mana student dekat sekolah ni, okay? Aku datang sekolah nak belajar." Eunji mencebik. Sampai sahaja di kantin, mereka mengambil tempat.

Tak sampai beberapa minit, meja Hyerin dan Eunji diserbu EXO. Semua orang memandang mereka tak puas hati. Yelah, EXO yang famous tu datang jumpa Hyerin si budak baru dengan Eunji si miskin. Memang naik hantu lah diorang. Lagi-lagi diva sekolah. Siapa lagi kalau bukan SISTAR. Walaupun diorang senior tetapi diorang sangat berminat dengan EXO.

"Kaki kau, dah okay ke?" soal Baekhyun. Kepala dia diketuk Kyungsoo.

"Kalau tak okay, dia tak datang sekolah. Soalan macam tak boleh bodoh lagi kan?"

"Alaa aku tanya je. Kan Hyerin dah jadi gang kita so aku prihatin lah."

"Eh eh sejak bila aku cakap nak jadi gang korang ni?" sampuk Hyerin.

"Sejak kau main basketball dengan kitorang."

Hyerin mengangkat kening selepas mendengar kenyataan Junmyeon.

"Kitorang semua selesa berkawan dengan kau sebab kau tak macam perempuan lain. Diorang tu nak attention kitorang je sebab kitorang ni handsome." Hyerin menekup mulutnya sebelum ketawanya meletus.

"BAHAHAHAHA korang ni handsome? Celah mana wei?" Hyerin sambung gelak lagi.

"See? Aku dah agak dah. Kau lain dari diorang. Kat sekolah ni, kau sorang je yang rasa kitorang tak handsome." balas Yifan.

Eunji yang baru tiba membawa makanan terkejut saat melihat EXO di meja mereka. Yelah, sebelum ni EXO tak pandang pun dia walaupun Chanyeol, Baekhyun dan Jongdae sekelas dengan dia.

"Hyerin, aku masuk kelas dululah." kata Eunji. Makanan diletakkan di atas meja dan ingin berlalu pergi.

"Eunji, kitorang tak makan orang. Duduk je sini." arah Jongdae yang memang jenis baik orangnya. Eunji teragak-agak untuk duduk sebelah Hyerin.

"Kenapa korang ada kat sini. Aku dengan Hyerin tak ada problem dengan korang." tanya Eunji takut-takut.

"Eunji, now I'm part of them and you should be part of them too. Like me."

EXO terkejut. Cadangannya, hanya Hyerin sahaja. Suka-suka hati je minah ni ajak orang lain.

"Kalau korang selesa kawan dengan aku, korang kena selesa kawan dengan Eunji jugak. Sebab Eunji kawan aku." EXO memandang sesama sendiri.

"Okay!" jawab EXO serentak.

Hye guys!! Sorry kalau buat korang semua tertunggu-tunggu. I don't know why rasa malas nak menulis tu menggunung! Maybe i'm not in the mood kut. So maybe fanfic ni akan update slowly tapi mayra akan tetap cuba untuk update sekerap mungkin. Sorry jugak kalau bab ni tak best sangat sebab mayra tak ada idea nk buat gempak2 🥺 sowie guys 🤧 so jangan lupa vote and comment, okies? Byee!

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now