Part 7 - 선물 🎁

42 9 0
                                    

Okay guys, before start, mayra nak cakap yang tak semua exo akan banyak dialog sebab diorang ni just sampingan. Yang banyak hanya mereka2 yang mayra dah tag. So, kepada readers yang bias dia tak di tag, jangan koyak sebab dialog diorang tak banyak okay? 😂 happy reading!

Jam 8 pagi. Hyerin masih diulit mimpi. Hujung minggu katakan. Omma juga tak akan memaksa Hyerin untuk bangun awal. Tapi bukan harini. Omma datang ke bilik Hyerin untuk kejutkan dia.

"Rin, ireona. Ada tetamu tu." Hyerin mencelikkan matanya sedikit.

"Siapa? Biarlah dia. Dia bukan tau pun ada Rin. Nanti dia balik Rin turunlah. Rin ngantuklah omma. Semalam stay up."

"Sebab dia tanya pasal kamulah omma kejutkan."

Hyerin pantas bangun. Hyerin pelik. Eunji ke? Takkan EXO pulak. Diorang tak tahu rumah Hyerin.

"Dah bangun. Pergi siap. Sian dia tunggu lama-lama."

Omma keluar. Hyerin pula mandi dalam keadaan tertanya-tanya. Siap mandi, dia turun. Siapalah yang datang pagi-pagi macam ni. Sudahlah dia tidur lewat semalam.

Tangga dipijak satu persatu. Malangnya, Hyerin tersilap langkah. Dia jatuh terduduk saat matanya melihat tetamu yang bertandang itu.

"Aduh!"

Tetamu yang baru sahaja ingin minum air itu, memandang ke arah tangga. Dia menahan tawanya melihat Hyerin. Lagi-lagi bila tengok telatah Hyerin yang agak kabut untuk bangun dari duduknya itu.

"Sunbae? Sunbae buat apa kat sini? Kenapa cari saya?" soal Hyerin apabila selesai turun dari tangga. Sofa dituju dan duduk di hadapan Lucas. Ya, tetamu itu Lucas.

"Siapa cari awak? Saya datang nak jumpa Hyecheol." balas Lucas sambil tersenyum. Seronok dia dapat kenakan Hyerin.

"Tapi omma kata sunbae cari saya. Tch tak apalah saya panggil hyung." belum sempat Hyerin melangkah, Lucas memanggil.

"Hyecheol tak ada. Ommonim kata dia keluar. Alang-alang sampai, jumpa awak jelah." Hyerin kembali duduk.

"Kenapa nak jumpa saya pulak? Sunbae balik jelah. Saya banyak kerjalah."

"Kerja apa je yang awak ada? Awak bukannya busy macam kitorang."

"Habis sunbae? Tak ada kerja?"

Lucas tergelak. Hyerin bingung. Apahal pulak mamat ni tiba-tiba gelak.

"Awak ni, kasar-kasar pun comel ehh?" soal Lucas perlahan.

"Apa dia?"

"Tak, saya ada kerja tapi saya perlukan bantuan awak." kening Hyerin terjongket.

"Ikut saya."

"Pergi mana?"

"Lotte Duty Free."

"Pardon?" Lucas tersenyum.

●●●

Hyerin dan Lucas tiba. Mereka hanya menaiki public transport. Lebih selesa. Kedai Gucci menjadi sasaran.

"Buat apa kita masuk sini sunbae?"

"Saya nak cari hadiah untuk birthday mama saya. Jadi saya nak mintak pendapat awak untuk pilih." Hyerin menggaru kening.

"Sunbae salah ajak orang ni. Saya tak pandai nak pilih barang-barang macam ni. Kalau Nike, Adidas or Converse tu saya retilah. Hehehe."

"Kalau macam tu kita pergi kedai tu lah. Kebetulan mama saya sekarang ni join kelas yoga. Eloklah kan kalau saya bagi hadiah tu?"

Hyerin sekadar mengangguk. Kedai-kedai sukan ditingkat lain jadi mengambil masa sikit untuk sampai. (Okay ni mayra tibai je sebab tak pernah jejak LDF 🤣)

●●●

Siap membeli, mereka singgah di Starbucks. Mahu minum-minum nak hilangkan penat katanya. Lucas yang ajak jadi Hyerin ikutkan sahaja. Sunbaelah katakan.

"So barang-barang awak memang brand sport je ehh?"

Hyerin mengangguk.

"Tapi tak adalah literally semua. Mana barang yang sport brand tak jual, saya beli brand lainlah."

"No wonderlah orang panggil yeonam."

"Macam mana sunbae tahu?" soal Hyerin agak terkejut.

"Satu sekolah tahu Hyerin. Sehari sebelum awak masuk, kecoh pasal awak dengan Hyecheol. Masatu diorang tak tahu yang awak yeonam.
Korang jadi bualan sebab korang ni duduk New York. Sampailah awak masuk, semua orang tengok awak ni bukan macam perempuan biasa."

"Saya ni, kasar sangat ehh?" Lucas ketawa lagi.

"Kasarlah untuk seorang perempuan. Tapi saya okay je sebab awak tak segan bila dengan lelaki. Kalau perempuan lain tu saya tak suka. Tergedik-gedik. Saya selesa kalau dengan awak."

"I'm just being myself, sunbae. Orang suka, sukalah. Orang tak suka, lantaklah. Yang penting saya happy dengan life saya. Ada family baik, kawan-kawan baik."

"Sunbae baik?"

"Yelah-yelah, sunbae baik."

Hyerin dan Lucas sama-sama tersenyum. Habis minum, mereka bergerak pulang. Hari dah lewat jadi Lucas hantar Hyerin sampai ke rumah dari stesen bas. Risau juga dia biar Hyerin balik sendiri. Dahlah bawa anak dara orang. Nanti apa-apa dia pulak yang kena.

"Hyerin nanti."

Hyerin yang baru melangkah masuk, keluar semula. Lucas menghulur satu beg kertas Nike. Hyerin pelik juga sebenarnya kenapa ada dua beg.

"Untuk saya?" Lucas mengangguk.

"Tak payahlah sunbae. Saya bukan tak mampu nak beli."

"Upah teman saya harini. Dahlah minum tadi awak bayar. Ambillah. Hmm?"

"Okay. Thank you." Hyerin capai beg kertas itu dan masuk ke dalam. Sempat dia melambai Lucas sebelum masuk.

Haiiii semuaaa!!! Rindu mayra tak?? Mestilah tak hohoho. So hmm macam nilah bila tak selalu update. Asal ending je tak best tak gempak. Asal tak best tak gempak je ending. Haihh tak tau lah nak jadi apa. Baca jelah ehh? Pastu jangan lupa vote and comment tau!

19/04/2022 - hello, mayra tengah edit this story hshshs bila baca balik rasa macam Hyerin ni pick me girl lah pulak, kan? 🤣 lantaklah wkwkwwk

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now