Part 23 - 👰🤵

17 8 0
                                    

Peperiksaan hampir tiba. 2 bulan bercuti dan mereka akan naik menjadi senior. Hyerin dan EXO banyak menghabiskan masa mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Disebabkan mereka ramai, jadi mereka ada kelebihan kerana setiap dari mereka mahir dalam setiap subjek yang berbeza, jadi mereka dapat mengajar antara satu sama lain.

Harini, giliran di rumah Chanyeol. Setiap kali lepas sekolah, mereka memang akan bergilir-gilir rumah masing-masing. Siapa yang mengajar, rumah dia lah yang menjadi mangsa.

Mereka membuat latihan selama sejam. Soalan yang majoriti tak faham akan dibincangkan.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Sesi pembelajaran dan perbincangan mereka sudah selesai. Masing-masing sudah mengemas mahu pulang.

"Ehh jangan balik dulu. Ahjumma dah masak makan malam ni. Mari makan. Ahjumma masak banyak ni." mereka memandang sesama sendiri. Mahu menolak, kesian pula pada omma Chanyeol kerana sudah memasak.

Mereka meletak kembali beg sekolah mereka dan bergerak ke meja makan. Mujur sahaja mereka sudah acap kali pulang lewat, tak adalah merunsingkan ibu bapa mereka, kecuali Hyerin. Dia memaklumkan pada ibu bapa dia dahulu yang dia pulang lewat.

Mereka makan sambil diselangi berbual. Puan Park memang ramah orangnya. Setiap dari mereka diajukan soalan. Yang dapat jawab dengan lancar ada, yang terciduk nak jawab pun ada.

Sudahnya, dibahan siapa yang terciduk tu. Riuh meja makan tu sepanjang makan. Makin riuh bila Park Yoora pulang. Adegan ngorat mengorat pula muncul. Mentang-mentanglah noona Chanyeol tu cantik, perangai betul masing-masing. Park Yoora pula hanya melayan memandangkan dia hanya menganggap itu sekadar gurauan para remaja.

Sudah makan, mereka semua beransur pulang. Hyerin masih setia disisi Chanyeol, hilang sahaja kelibat 11 ketul manusia itu, Hyerin menuju ke dapur manakala Chanyeol duduk di sebelah Yoora. Wanita cantik itu baru siap mengemas meja makan.

"Ahjumma, biar Hyerin tolong." pelawa Hyerin. Dia sudah menyinsing lengan kemejanya untuk mencuci pinggan.

"Ehh Hyerin. Tak balik lagi? Ahjumma ingat kamu balik dengan yang lain."

"Belum. Chanyeol nak hantar Hyerin balik, alang-alang tu Hyerin baliklah lambat sikit nak tolong ahjumma mengemas. Kesian ahjumma nak basuh pinggan banyak-banyak."

Ahjumma hanya tersenyum. Lega dia kerana Chanyeol pandai memilih buah hati. Walaupun luarannya agak kasar, hatinya lembut. Pandai ambil hati orang tua.

Ahjumma memberi ruang pada Hyerin untuk menolongnya mencuci. Siap mencuci, Hyerin dan ahjumma bergerak ke depan.

"Haa Chanyeol, pergi hantar buah hati kamu ni balik cepat. Tak elok bawak anak dara orang malam-malam macam ni. Tak manis."

Hyerin tergelak mendengar bebelan Puan Park. Chanyeol bangun dari sofa dan menghampiri Hyerin. Pipi gadis itu dicubit.

"Ohh gelakkan orang ehh."

Chanyeol menguatkan lagi cubitan. Hyerin memukul tangan Chanyeol laju tanda suruh berhenti.

"Sakitlah!"

Hyerin membalas cubitan. Chanyeol pula yang memukul tangan Hyerin supaya berhenti. Berbisa betul jari kecil Hyerin ni.

"Sudah-sudah. Pergi mintak kunci kereta dengan noona kamu. Chanyeol hanya turuti.

"Hati-hati balik. Kalau Chanyeol tu buat apa-apa kat Hyerin, belasah je dia. Takpe, ahjumma tak marah."

Hyerin tergelak lagi. Kepala dianggukkan. Beg diambil dan bergerak ke arah ahjumma.

"Terima kasih ahjumma tolong masak. Sedap." puji Hyerin.

"Hal kecik je. Sama-sama. Terima kasih jugak tolong basuh pinggan tadi."

"Sama-sama. Hyerin balik dulu, ya?" langkah diatur mengikut Chanyeol menuju ke kereta.

Puan Park senyum sepanjang Hyerin melangkah sehingga hilang kelibat gadis itu.

"Tak lekang senyum tu, omma. Suka betul dengan Hyerin." tegur Yoora. Puan Park menoleh.

"Suka lah. Dapat bakal menantu baik macam tu, senang hati omma ni."

"Confident betul omma yang Yeol akan kahwin dengan Hyerin. Dibuatnya family Hyerin tolak mentah-mentah, dah kecewa."

"Kalau macam tu, suruh Chanyeol jumpa parents Hyerin. Bagitau tentang hubungan mereka. Kalau parents Hyerin okay, Hyerin ada harapan jadi menantu omma."

"Amboi. Beria betul omma ni. Omma, Chanyeol dengan Hyerin tu baru 16 tahun, omma. Sekolah pun tak habis lagi dah sibuk cerita pasal kahwin. Bagilah dorang fokus belajar dulu. Kalau ada jodoh, tak kemana. Bawak-bawak bersabar."

"Omma taulah."

●●●

"Thank you hantar balik. Nasib baik noona kau kasi pinjam kereta. Kalau tak, jalan kaki kita."

"Aku dah selalu pinjam kereta dia. Kalau kitorang keluar satu family pun aku yang drive." Hyerin mengangguk perlahan. Seat belt dibuka.

"Okay lah. Aku masuk dulu. Hati-hati drive. Haa dah sampai message aku."

"Baik, sayang." jawab Chanyeol sambil menyerabaikan rambut Hyerin.

"Eii! Suka tau main rambut orang. Dah lah, bye! Love you."

Hyerin keluar dari kereta. Dilambai Chanyeol yang bergerak pergi. Pagar dibuka dan rumah agamnya dimasuk. Ruang tamu terang benderang tapi tidak berpenghuni. Hyerin terus sahaja menaiki tangga menuju bilik. Badan yang sudah melekit menanti-nanti untuk dibersihkan.

"Arghh!"

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now