Dialog Ringkas 22

8 0 0
                                    

Lamaḥāt Mūjazah Fī Uṣūl *Ilal Al-Ḥadīṯ Karya Nūruddīn *Itr : Buku Asas Memahami Teori Ilmu *Ilal Al-Ḥadīṯ

Sudah tentu ilmu *ilal al-Ḥadīṯ adalah ilmu yang paling didambakan untuk dipelajari dan difahami kerana ia adalah kemuncak dalam ilmu hadis dan bekalan terakhir untuk dipelajari sebelum masuk ke praktikal. Selalunya, apabila disebutkan ilmu *ilal al-Ḥadīṯ, yang dibesar-besarkannya adalah ilmu ini adalah sukar untuk dikuasai melainkan terhad kepada beberapa orang tertentu sahaja.

Saya fikir karya Lamaḥāt Mūjazah Fī Uṣūl *Ilal al-Ḥadīṯ karya Nūruddīn *Itr sedikit sebanyak sebagai usaha yang tampak ringkas, tetapi bermanfaat besar untuk menepis gambaran berlebihan seperti itu. Buku ini memberikan gambaran asas tentang ilmu *ilal al-Ḥadīṯ berdasarkan contoh praktikal dengan bahasa yang mudah difahami sehingga ia mesra dihadam untuk setiap lapisan pelajar dan merapatkan jurang antara ilmuan dan sang awam.

Buku ini memaparkan bagaimana bentuk-betuk illah dalam hadis, sebab-sebab illah, tatacara mengenal pasti illah dalam hadis dan bagaimana untuk menilai hadis yang mempunya illah serta bagaimana untuk merajihkan hadis yang terdapat illah. Cuma, disebabkan ia agak ringkas, barangkali dirasakan tidak puas untuk berpada dengannya. Akan tetapi, ia sangat membantu sebagai panduan untuk mengenal dunia *ilal al-Ḥadīṯ. Ia boleh menjadi peta asas supaya para pelajar tidak bingung bahagian yang diperlukan untuk mendalami ilmu tersebut.

Misalnya, dalam buku ini ada membahaskan salah satu cara mengenal pasti sama ada hadis miliki illah atau tidak adalah perawi mudallis. Walaupun ringkas dibahaskan, ia membantu bahagian-bahagian yang diperlukan pelajar untuk mendalamkan lagi pengetahuan. Dengan pendedahan bahagian perawi mudallis, maka pelajar perlulah mencari karya yang lain untuk membahaskan bab mudallis secara tuntas lagi terperinci untuk melihat bagaimana praktikal ilmu ini dalam bahagian mudallis.

Saya sememangnya mencadangkan pembacaan karya ini kerana ini adalah karya yang khusus yang memberikan gambaran asas tentang ilmu *ilal al-Ḥadīṯ yang mudah difahami untuk pembaca. Selalunya karya tentang ilmu ini dalam sisipan atau dibentangkan secara komprehensif yang kelihatan agak berat untuk pemula. Namun, buku ini sememangnya berjaya memecahkan tradisi untuk menyerlahkan keunikannya supaya para pemula menadah manfaat dalam melangkah ilmu ini. Saya berharap karya ini benar-benar membantu para pelajar dalam menyampaikan hajat mereka setelah sekian lama menanti dengan izin Allah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/634194042884866048/dialog-hadis-22-lama%E1%B8%A5%C4%81t-m%C5%ABjazah-f%C4%AB-u%E1%B9%A3%C5%ABl-ilal

com/post/634194042884866048/dialog-hadis-22-lama%E1%B8%A5%C4%81t-m%C5%ABjazah-f%C4%AB-u%E1%B9%A3%C5%ABl-ilal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWhere stories live. Discover now