Dialog Ringkas 2 : Kesabitan Kehujahan Hadis Āḥād

15 0 0
                                    

Hadis Āḥād adalah hujah di dalam syariat agama ini. Mereka yang menolak kehujahan hadis adalah golongan yang celaka. Tidak ada dalil yang jelas dan spesifik menetapkan bilangan orang tertentu yang dibolehkan untuk menerima sesuatu periwayatan. Lagipun, patutkah mereka mendustakan periwayatan orang-orang kepercayaan lagi berkejituan hanya kerana dia bersendirian atau hanya beberapa kelompok?

Jelas sekali bahawa orang-orang seperti ini adalah pendusta lagi pengingkar. Kalaulah kehujahan hadis itu terpakai dengan memerlukan jumlah yang ramai, tentu sahaja Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah manusia yang paling mengerti keperluan ini. Baginda tidak akan mengutuskan hanya seorang atau jumlah yang kecil untuk melakukan ekspedisi dakwah dan penyebaran agama. Namun, baginda tetap melakukan sebegitu kerana seorang yang sedikit yang kepercayaan dan berkejituan mampu menjadi yang berkualiti dan memadai untuk meneguhkan pegangan agama manusia. Alangkah malang sekali mereka yang menolak kehujahan hadis Āḥād tidak mampu mengerti tentang ini. Tidaklah argumentasi ini mampu dibantah selama-lamanya kecuali mereka yang menempah diri dalam kehancuran akal.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/622330081580318720/dialog-hadis-2-kesabitan-kehujahan-hadis-%C4%81%E1%B8%A5%C4%81d

com/post/622330081580318720/dialog-hadis-2-kesabitan-kehujahan-hadis-%C4%81%E1%B8%A5%C4%81d

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon