Dialog Ringkas 5

8 0 0
                                    

Hadis Tentang Satu Pahala Untuk Mereka Yang Berijtihad Namun Tidak Tepat Bukan Bermakna Boleh Kita Mengikut Ijtihadnya

حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ مَهْدِيٍّ البَصْريَّ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ أَبِي بَكْر بن مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ ، وَإِذَا حَكَمَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ وَاحِدٌ "

Al-Ḥusayn bin Mahdiyy al-Baṣriyy telah merawi hadis kepada kami; *Abdul Rozzāq telah merawi hadis kepada kami; Ma*mar telah merawi khabar kepada kami, daripada Sufyān aṯ-Ṯawriyy, daripada Yaḥyā bin Sa*īd, daripada Abū Bakr bin Muḥammad bin *Amr bin Ḥazm, daripada Abū Salamah, daripada Abū Huroyroh, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Jika seseorang hakim ingin berhukum dan dia berijtihad, kemudian dia benar, maka dia mendapat dua pahala. Jika dia berhukum, kemudian tersilap, maka dia mendapat satu pahala". [Sunan at-Tirmiḏiyy, kitāb al-Aḥkām, no. 1244].

Sebahagian orang menggunakan hadis ini untuk terus tegar berpaut dengan pendapat tokoh ikutannya kerana dia juga mendapat pahala atas dasar ijtihadnya, terutamanya apabila ditegakkan kebenarannya bahawa pendapat tersebut adalah salah. Inilah pengaruh bejat ketaksuban yang telah merasuk mindanya. Tokoh lebih diikuti daripada kebenaran. Sememangnya dia mendapat pahala atas usahanya, tetapi bukan bermakna pendapat itu boleh diikuti disebabkan pendapat tersebut salah dan tidak benar. Tidak ada pahala untuk kesalahan, bagaimana mungkin boleh ada pahala apabila untuk mengikutinya?

Allah telah memberi belas kasihan kerana kesungguhan dan ketulusannya untuk kebenaran dan ketepatan meskipun dia tidak berhasil akannya. Lalu, mengapa tidak mengasihani diri sendiri untuk mengikut kebenaran? Adakah kerana takut pendapat tokoh tersebut dipinggirkan dan dipandang sunyi menjadi asalan untuk mengabaikan dan membelakangkan kebenaran? Adakah kita tidak yakin dengan rahmat yang akan Allah limpahkan apabila seseorang mengikut kebenaran yang kita rasakan pasti terhadapnya?

Aneh, apabila mereka boleh menjustifikasikan itu untuk mengikut pendapat tokoh. Namun, tengok kalau seseorang mengambil pendapat aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāhim dan sekelompoknya yang mengharuskan lancap sepertimana yang dinukilkan oleh Abū Ja*far a-Ṭobariyy dalam Iẖtilāf al-Fuqohā^. Tengok juga jika seseorang mengambil pendapat al-Qolyūbiyy dalam Ḥāšiyatā Qolyūbiyy Wa *Umayroh dan al-Bujayrimiyy dalam Tuḥfah al-Ḥabīb yang menyatakan boleh melihat aurat pada banyang imej air dan pantulan cermin dalam keadaan bersyahwat yang menatijahkan sama hukumnya dengan melihat pornografi pada skrin digital. Tengok juga apabila seseorang mengambil pendapat yang pilihan al-Ḥannāṭiyy yang disahihkan ar-Ruyāniyy dalam Baḥr al-Maḏhab dan pendapat yang sahih mazhab Ḥanabliyy sepertimana yang termaktub dalam Al-Inṣōf Fī Ma*rifah ar-Rōjiḫ Min al-H̱ilāf yang menyatakan bahawa tidak berjunub seseorang yang menyetubuhi isteri dalam keadaan zakarnya dibalut dengan percikan kain yang mana ia juga menatijahkan yang sama untuk kondom, kemudian dengan pendapat ini, ia juga menatijahkan tidak dikira berzina apabila seseorang melakukan sedemikian.

Tengoklah bagaimana reaksi mereka yang berang. Mereka boleh berdegil untuk berkeras dengan pendapat tokoh kerana dia seorang ilmuwan yang ternama dan jika salah pun, tetap mendapat pahala atas ijtihadnya. Namun, mengapa apabila orang lain yang memberi alasan sama untuk mengambil pendapat tersebut dimarah seteruk-teruknya pula? Adakah mereka semua bukan ilmuwan? Adakah mereka mengeluarkan fatwa dengan hawa nafsu mereka sehingga yang mengikut pendapat mereka adalah pengikut hawa nafsu? Mengapa tidak boleh pula orang lain menggunakan alasan sama sepertimana mereka gunakan? Adakah pada bab ini, tiada rahmat dalam perselisihan?

Mereka mahu pula memilih yang mana satu rahmat dan yang mana satu azab. Sedangkan, apabila mereka diminta untuk mengikut kebenaran berbanding tokoh, mereka beralasan bahawa mengikut pendapat tokoh mereka adalah termasuk daripada rahmat. Namun, tidak merasa apa-apa azab apabila berpaling daripada kebenaran? Masuk bab seksual, terus mahu menjadi hakim pemutus yang mana rahmat dan yang mana azab. Orang lain tidak boleh menggunakan alasan yang selalu mereka berikan ketika berkeras untuk pendapat tokohnya. Itulah kejijikan ketaksuban. Mereka tidak sedar mereka sedang menjamah kotorannya dengan rakus.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/622557041429544960/dialog-hadis-5-hadis-tentang-satu-pahala-untuk

com/post/622557041429544960/dialog-hadis-5-hadis-tentang-satu-pahala-untuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWhere stories live. Discover now