Dialog Ringkas 15

5 0 0
                                    

Belajar Hadis Dengan Mendalam, Tetapi Menjadi Penerima Riwayat Yang Buta?

Sangat menghairankan mereka yang mempunyai kecelikan dalam ilmu hadis. Mereka cakna tentang syarat kesahihan hadis dan beberapa bahagian tentangnya. Mereka sedar tentang betapa pentingnya pemeliharaan hadis daripada riwayat yang tidak sabit dan batil. Namun, apabila seseorang tokoh yang mereka julang sebagai soleh, ibadah, syeikh, faqīh, al-*Allāmah dan lain-lain gelaran meriwayatkan hadis, terus mereka percaya bulat-bulat tanpa usaha menyemaknya atau memastikan kesabitannya. Lebih teruk lagi, mereka mempertahankan riwayat tersebut meskipun telah dipastikan kebatilannya dan kelemahannya.

Ya. Dia mungkin memenuhi syarat *adālah, tetapi bagaimana yang lain? Apakah terus kita mengabaikannya? Untuk konteks semasa. Cukup sekadar kita tahu rujukan yang dia ambil. Untuk syarat bersambungnya sanad dan bebas daripada illah dan keganjilan, maka cukup dia bertaklid mana-mana penilaian ahli hadis selagimana mereka tidak sepakat dalam kelemahannya dan kebatilannya.

Namun, masalahnya mereka langsung tidak berbuat sedemikian. Hanya kerana aura sakral yang terpancar kerana julangan yang berlebih-lebihan sehingga mengabaikan praktikal ilmu yang dia pelajari. Seakan-akan kalam tokohnya lebih mulia daripada kebenaran dan manhaj ilmu. Mereka juga sanggup menjadi pengkhianat dan penderhaka kepada ilmu yang dia simpan dalam memorinya. Boleh ditendang dan dicampak bila-bila masa sahaja apabila mereka mahu. Langsung tidak menjadikan neraca untuk akal dalam membuat pertimbangan.

Kalaulah gelaran-gelaran kemuliaan ini menjadi sebab mudah . Nescaya riwayat mursal tokoh kebesaran dalam hadis seperti az-Zuhriyy, *Aṭō^ bin Abū Robāḥ, aṯ-Ṯawriyy dan Ibn *Uyaynah terus diterima bulat-bulat. Akan tetapi, realitinya ahli hadis langsung tidak mengendahkan kesemua riwayat mursal daripada mereka. Hanya beberapa orang sahaja yang diterima riwayat mursalnya kerana terbukti terhadap kewibawaannya. Sudah tentu nama tokoh mereka tidak tersenarai daripadanya.

Ini menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang membawa riwayat yang tidak cukup syarat kesahihan, maka terus tertolak walau dari sesiapapun, termasuklah nama-nama yang agung. Manhaj ahli hadis tidak diskriminasi dan tidak berkompromi apabila melibatkan kebenaran. Mereka objektif untuk kebenaran. Maka, jika kita ingin menjejak kaki untuk mencontohi mereka, mengapa tidak kita lakukan yang sama?

Yang lebih menghairankan lagi orang ini juga selalu menyebut tentang warak. Namun, dalam hadis, mereka bersikap bermudah-mudahan. Seolah-olah warak hanya berkisar tentang harta dan makanan. Mereka enggan terjerumus dalam perolehan yang haram, tetapi mereka bersikap lengah untuk menyelamatkan diri mereka daripada kebatilan riwayat yang sememangnya haram dipercayai, disebarkan dan diamalkan. Inilah kebejatan orang yang tidak menjadikan ilmu hadis yang dia pelajari sebagai sandaran dalam hidup.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623075762123177984/dialog-hadis-15-belajar-hadis-dengan-mendalam

com/post/623075762123177984/dialog-hadis-15-belajar-hadis-dengan-mendalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWhere stories live. Discover now