Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- penjelas kepada al-Qur^an. Tidaklah kita akan memahami syariat agama ini melainkan melihat dan mengambil apa-apa yang dibawakan oleh baginda. Mereka yang menolak as-Sunnah tidak memansukhkan hukum al-Qur^ān adalah sama mereka yang menolak as-Sunnah sebagai sumber syariat. Begitu aneh mereka berpendapat sedemikian, tetapi menerima hukum al-Qur^ān yang telah dilimitasikan hadnya atau diluaskan hadnya atau dijelaskan hadnya melalui hadis. Begitu aneh mereka berpendapat sedemikian, tetapi sentiasa melaungkan agar tafsir al-Qur^ān hendaklah sentiasa bersandarkan tafsiran as-Sunnah. Lihatlah akal mereka yang telah berterabur bercampuran. Argumentasi ini sangat pasti tidak akan dapat dibantah selama-lamanya kecuali sang gila yang ingin merosakkan akalnya.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/622330699278647296/dialog-hadis-3-bolehkah-as-sunnah-memansukhkan
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Hadis
Non-FictionIni adalah pecahan khas daripada penulisan yang berjudul "«al-H̱iṭōb al-Wajīz» yang dikhususkan untuk menyentuh aspek ilmu hadis dan isu-isunya dari pelbagai sisi; muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ, al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, *iIlal al-Ḥadīṯ, manhaj dalam hadis, membinc...