Dialog Ringkas 33 : Penerimaan Hadis Melalui Dapatan Ghaib

8 0 0
                                    

Ismā*īl bin Muḥammad al-*Ajlūniyy :

والحكم على الحديث بالوضع أو الصحة أو غيرهما إنما هو بحسب الظاهر للمحدثين باعتبار الإسناد أو غيره، لا باعتبار نفس الأمر والقطع لجواز أن يكون الصحيح مثلا باعتبار نظر المحدث موضوعا أو ضعيفا في نفس الأمر، وبالعكس ولو لما في الصحيحين على الصحيح، خلافا لابن الصلاح كما أشار إلى ذلك الحافظ العراقي في ألفيته بقوله:

واقطع بصحة لما قد أسندا # كذا له، وقيل، ظنا ولدي محققيهم

قد عزاه النووي # وفي الصحيح بعض شئ قد روي

نعم المتواتر مطلقا قطعي النسبة لرسول الله صلى الله عليه وسلم اتفاقا، ومع كون الحديث يحتمل ذلك فيعمل بمقتضى ما يثبت عند المحدثين، ويترتب عليه الحكم الشرعي المستفاد منه للمستنبطين، وفي الفتوحات المكية للشيخ الأكبر قدس سره الأنور ما حاصله: فرب حديث يكون صحيحا من طريق رواته يحصل لهذا المكاشف أنه غير صحيح لسؤاله لرسول الله صلى الله عليه وسلم، فيعلم وضعه ويترك العمل به وإن عمل به أهل النقل لصحة طريقه، ورب حديث ترك العمل به لضعف طريقه من أجل وضاع في رواته يكون صحيحا في نفس الأمر لسماع المكاشف له من الروح حين إلقائه على رسول الله صلى الله عليه وسلم انتهى. 

Penghukuman ke atas hadis pada kepalsuan atau kesahihan atau selain kedua-duanya sebenarnya berdasarkan zahir kepada para muhaddits dengan mengambil kira sanad atau selainnya, bukan dengan mengambil kira diri perkara itu. Ketetapan putus untuk keharusan ia menjadi sahih sebagai contoh adalah dengan mengambil kira pemerhatian muhaddits sama ada palsu atau dhaif pada diri perkara itu dan dengan sebaliknya walaupun untuk apa yang ada dalam dua Ṣoḥīḥ atas sahih. Berbeza dengan Ibn aṣ-Ṣolāḥ sepertimana yang al-Ḥāfiẓ al-*Irōqiyy dalam Alfiyyah miliknya isyaratkan kepada itu dengan katanya :

Putuskan ketetapan kesahihan dengan  apa yang mereka berdua telah bawakan sanad # Sedemikian pendapatnya, dan disebutkan ia secara persangkaan, dan di sisi para pentahqiq mereka

ِAn-Nawawiyy telah mempertautkannya # Dan pada Ṣoḥīḥ ada sebahagian sesuatu yang telah diriwayatkan

Benar yang mutawatir secara mutlaknya adalah qoṭ*iyy secara nisbah kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- secara sepakat. Meskipun keadaan hadis itu diandaikan sebegitu, diamalkan bersesuaian dengan apa yang sabit di sisi muhaddits dan tersusun hukum šar*iyy yang diambil manfaat daripadanya untuk ahli istinbat melaluinya. Dalam al-Futūḥāt al-Makkiyyah karya Šayẖ al-Akbar -semoga Allah menyucikan rahsianya- Boleh jadi hadis yang keadaannya sahih melalui jalur perawinya didapati bagi orang yang berkasyaf bahawa ia tidak sahih melalui pertanyaannya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, lalu diketahui kedhaifannya dan ditinggalkan pengamalannya walaupun diamalkan ahli penukil kerana kesahihan jalurnya. Boleh jadi hadis yang ditinggalkan amalannya kerana kedhaifan jalurnya dengan sebab pendusta besar pada riwayatnya menjadi sahih pada perkara itu sendiri kerana orang yang berkasyaf mendengarnya dari ar-Rūḥ ketikamana titipannya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Tamat [Kašf al-H̱ofā^ Wa Muzīl al-Iltibās *Ammā Ištaharo Min al-Aḥādīṯ *Alā Alsinah an-Nās, jilid 1, m/s 9-10, keluaran, Maktabah al-Qudsiyy, Kaherah].

Secara umumnya, apa yang disebutkan oleh al-*Ajlūniyy adalah pertimbangan asas bagi ahli hadis dalam menilai sesuatu hadis. Ia berdasarkan apa yang zahir pada sanadnya atau selainnya. Akan tetapi, kutipannya daripada Ibn *Arobiyy dalam kitabnya al-Futūḥāt al-Makkiyyah sama sekali tidak diterima, iaitu penerimaan dan penolakan hadis melalui kasyaf atau 

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWhere stories live. Discover now