Dialog Ringkas 40

2 0 0
                                    

Iršhād Aṭ-Ṭōlib An-Najīb Ilā Mā Fī Al-Mawlid An-Nabawiyy Min Al-Akāḏzīb Karya *Abdullah bin Muḥammad bin Aṣ-Ṣiddīq Al-Ġumāriyy : Usaha Murni Untuk Menepis Hadis Palsu Yang Berkaitan Dengan Maulid

Sempena sambutan maulid, sememangnya patut kita ambil kesempatan ini untuk mengenang semula kelebihan semulia-mulia insan yang bernama Muḥammad bin ʿAbdullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, mengenang keunggulan baginda, menjengah rahmat terutusnya ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sempena sambutan maulid, sememangnya patut kita ambil kesempatan ini untuk mengenang semula kelebihan semulia-mulia insan yang bernama Muḥammad bin ʿAbdullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, mengenang keunggulan baginda, menjengah rahmat terutusnya baginda kepada seluruh umat manusia, mengimbau memori saat kelahiran baginda dan awal permulaan hidup baginda serta mengambil beberapa pelajaran daripada beberapa kisah yang sesuai diisi dalam slot program maulid.

Akan tetapi, kita perlu beringat bahawa dalam menyampaikan beberapa perkara baginda, kita perlu berhati-hati, cermat dan teliti dalam penyampaian beberapa hadis dan riwayat yang berkaitan dengan baginda.

Jangan sama sekali mencemarkan sambutan maulid kita dengan kisah-kisah yang batil, riwayat yang tidak berasas dan hadis-hadis palsu. Mencintai junjungan baginda jangan hanya sekadar sentimen sahaja, tetapi perlu cakna dan peka dalam penyifatan dan penceritaan tentang baginda.

Untuk menepis kelompongan yang ada pada ceramah dan penyampaian yang berkaitan dengan majlis maulid dalam perkongsian riwayat dan hadis, *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ilmuwan lagi ahli hadis sufi yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku kecil yang berjudul Iršhād aṭ-Ṭōlib an-Najīb Ilā Mā Fī al-Mawlid an-Nabawiyy Min al-Akāḏīb.

Dalam buku yang nipis ini, dia memulakan terlebih dahulu tentang sejarah penulisan tentang maulid secara ringkas.

Secara ringkasnya, setakat yang dia tahu, yang mula-mula menghasilkan karya tentang kelahiran baginda adalah al-*Azfiyy as-Sabtiyy. Kemudian, Abū al-Kẖiṭōb Ibn Diḥyah mengarang kitab tentang kelahiran baginda, lalu dia membentangkannya kepada raja aṣ-Ṣōliḥ Ayyūb yang dia mengadakan majlis maulid besar-besaran yang para ulama, para pemuka dan orang awam mengajak kepadanya.

Kemudian, terus-menerus penulisan yang berkaitannya melainkan *Abdullah al-Ġumāriyy menzahirkan rasa kekecewaan kerana karya-karya terkebelakangan ini melebar luas dalam penyebutan khabar palsu dan riwayat yang rapuh.

Kemudian, dia memaparkan sebab secara ringkas kepincangan yang ada karya yang berkaitan dengan maulid. Salah satu sebabnya adalah kerana adanya penyebutan hadis palsu dan atsar yang rapuh.

Dalam kesempatan yang sama, dia mencadangkan pembacaan buku beliau yang berjudul Faḍō^il an-Nabiyy Fī al-Qur^ān. Katanya, buku ini akan menjadi penyejuk mata, melapangkan dada dan menenangkan hati setiap Mukmin yang mencintai Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Ini kerana buku ini adalah pendalilan daripada al-Qur^ān sendiri dan terbebas daripada kepalsuan.

Seterusnya, dia membawakan beberapa hadis yang sahih tentang pengenalan kepada kewujudan baginda seperti kesucian nasabnya, keawalan kenabian berbanding para nabi yang lain, sebab Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- diutuskan dengan menukil kalam Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy dan sifat manusiawi baginda.

Akhirnya, tema yang penting dalam kitab ini adalah mengumpulkan beberapa hadis palsu yang berkaitan dengannya.

Antara hadis dan riwayat yang dia menghukumkan palsu adalah hadis riwayat Jābir tentang awal penciptaan alam adalah Nūr Muḥammad. Antaranya adalah hadis yang menyebutkan: "Aku adalah cahaya di hadapan tuhanku sebelum Dia menciptakan Adam selama empat puluh ribu tahun". Antaranya adalah hadis awal penciptaan segala sesuatu adalah cahaya baginda.

Antaranya adalah hadis yang menyebutkan: "Kalau bukan kerana engkau, nescaya aku tidak menciptakan alam buana". Antaranya adalah hadis yang menyebutkan: "Aku adalah nabi, sedangkan Adam masih antara air dan tanah".

Antaranya adalah riwayat bahawa baginda lahir dalam keadaan berkhitan. Antaranya adalah riwayat bahawa Āsiah, ibu Mūsā dan ibu *Īsā hadir ketika ibu baginda, Amīnah ketika sakit melahirkan anak.

Bahkan, ada hadis palsu itu mampu menyebabkan seseorang itu beriktikad sesuatu yang kufur dan menyebabkan kurangnya adab terhadap hak malaikat. Dia menyebutkan contoh adanya.

Atas sebab inilah kita wajib berjaga-jaga dalam penyampaian hadis, lebih-lebih lagi seseorang yang dijemput sebagai penceramah atau panel. Seeloknya mereka wajar membelek buku ini sebentar supaya mereka beringat dan peka untuk menjaga kesahihan hadis.

Buku kecil ini ditulis oleh tokoh ahli bait yang berusaha untuk membasmi mana-mana kepalsuan yang disandarkan kepada junjungan datuknya -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Sebab itulah dia dalam buku ini menyebutkan bahawa antara kesempurnaan pengagungan terhadap baginda dan kesempurnaan cinta terhadap baginda adalah menolak sudut-sudut kepalsuan dan menjauhkan diri daripada menyisipkannya.

Walaupun buku ini nipis, tetapi ia mengandungi pengisian yang besar untuk menggesa setiap orang yang menyampaikan dan mengongsikan riwayat tentang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- agar sentiasa cakna dan berwaspada tentang kesahihannya.

*Abdullah al-Ġhumāriyy telah menyumbang jasa yang terbaik dalam memurnikan semula tradisi kesufian dalam menepis riwayat palsu yang berlegar dalam kelompok mereka.

Meskipun dia adalah sufi, bagi sesiapa yang mengenalinya, dia tidak begitu apologetik terhadap segala yang menjadi prinsip, manhaj dan tradisi kesufian, membenarkan apa sahaja yang ada pada kesufian dan membela mereka tanpa haknya.

Inilah ahli bait yang wajar dicontohi dan diteladani. Menjadi ahli bait bukan untuk memenangkan mana-mana aliran, tetapi bergiat usaha untuk menyeru kepada sunnah kanjeng baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang murni lagi mapan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/665314125982859264/dialog-hadis-40-ir%C5%A1h%C4%81d-a%E1%B9%AD-%E1%B9%AD%C5%8Dlib-an-naj%C4%ABb-il%C4%81-m%C4%81

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWhere stories live. Discover now