Dialog Ringkas 18 : Cara Berinteraksi Dengan Hadis Yang Tidak Ditemui Asalnya

5 0 0
                                    

Saya setuju mana-mana hadis yang tidak kita temui sumber asalnya, iaitu sanad atau sumber primer lebih baik kita hindarkan daripada mengatakan ianya palsu, terutamanya jika ia ada dalam rujukan ahli ilmu yang ternama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya setuju mana-mana hadis yang tidak kita temui sumber asalnya, iaitu sanad atau sumber primer lebih baik kita hindarkan daripada mengatakan ianya palsu, terutamanya jika ia ada dalam rujukan ahli ilmu yang ternama. Kecuali jika sememangnya tiada rujukan langsung terhadapnya atau ia sama sekali tidak ada lafaz Arab untuknya atau tanda-tanda kepalsuan yang jelas.

Namun, jika ia ada dalam karya ahli ilmu yang berpengaruh, bukan bermakna kita boleh menisbahkan terus kepada sahih. Apakah syarat bagi kesahihan hadis? Bersambung sanadnya melalui perpindahan orang yang rektitud lagi berkejituan tanpa ada kecacatan. Sekarang ini ahli ilmu tersebut mungkin sudah memenuhi satu syarat. Apakah dengan itu kita ingin mengabaikan yang lain? Selama ini belajar syarat ini untuk apa? Dibuang pada bila-bila masa yang dimahukan? Adakah syarat yang disusun ini adalah sekelompok golongan yang bodoh sehinggakan ia tidak boleh dijadikan neraca dalam pertimbangan kita dalam penerimaan sesuatu riwayat?

Ingatlah, bahawa ahli hadis tidak menerima mursal az-Zuhriyy, al-Ḥasan al-Baṣriyy, aṯ-Tāwriyy dan Ibn *Uyaynah serta beberapa para perawi hebat yang lain. Kalaulah sentimen seperti mereka adalah benar, iaitu kita cukup menerima bulat-bulat kerana ia diriwayatkan oleh ahli ilmu yang ternama, maka tidak ada guna penolakan riwayat mursal daripada kesemua mereka ini. Nama-nama yang disebutkan tadi bukanlah dari kalangan orang yang rendahan, tetapi jaguhan dalam hadis. Namun, ahli hadis bersikap objektif dalam ilmu dan penilaian. Sesiapa sahaja yang tidak memenuhi syarat ini, maka tertolak kesabitan riwayat itu walaupun daripada para perawi yang tinggi kedudukannya.

Jadi, amalkanlah ilmu yang dipelajari. Iaitu berpeganglah dengan syarat kesahihan hadis. Ahli hadis yang berwibawa tidak sesuka hati menyusun ini untuk menzalimi sesiapa yang lain. Ia adalah kesejahteraan kepada umat. Ia adalah hakim yang paling adil untuk menentukan kesabitan atau kedhaifan sesuatu riwayat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/627174919814447104/dialog-hadis-18-cara-berinteraksi-dengan-hadis

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWhere stories live. Discover now