Dialog Ringkas 38 : Banyak Hadis Yang Dihafal, Mengapa Sedikit Dimasukkan?

1 0 0
                                    

Timbul pertanyaan, mengapa para imam kita yang menghafal ratusan ribu hadis, tetapi yang mereka catat hanyalah dari peratusan yang sedikit? Hadis apa yang dibuang dan tidak dimasukkan?Sebelum itu, kita perlu tahu dahulu apa yang dimaksudkan dengan...

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Timbul pertanyaan, mengapa para imam kita yang menghafal ratusan ribu hadis, tetapi yang mereka catat hanyalah dari peratusan yang sedikit? Hadis apa yang dibuang dan tidak dimasukkan?

Sebelum itu, kita perlu tahu dahulu apa yang dimaksudkan dengan hadis itu sendiri sehingga mencecah beribu-ribu jumlah. Hadis di sini salah satunya adalah hadis daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi memiliki pelbagai rantaian sanad yang sama teksnya atau isi kandungannya tentang baginda sama ada perbuatan, percakapan, pengakuan atau cerita tentang baginda. Maksudnya, boleh jadi ada pelbagai rantaian sanad, tetapi merujuk kepada satu hadis. Dalam setiap satu sanad ini daripada pelbagai lagi yang lain kadangkala disebut sebagai hadis walaupun semua itu merujuk kepada perkara yang sama.

Ini juga bergantung kepada siapa yang dipusatkan perhatian. Contohnya, boleh disebutkan hadis Anas bin Mālik, hadis Ibn *Abbās dan sahabat baginda yang lain sebagai perawi yang dijadikan perhatian untuk analisis atau sebagainya. Atau pada generasi tabiin seperti hadis Sa*īd bin Jubayr, hadis Mujāhid, hadis Ibn al-Musayyib dan lan-lain. Penggunaan ini banyak dalam karya al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl dan karya al-*Ial.

Atas sebab itulah jumlahnya boleh mencecah ratusan ribu. Hadis riwayat al-A*maš yang berjaya dikumpulkan pada hari ini pun yang merangkumi sahih sehingga dhaif mencecah 2033 lebih. Itu belum lagi para perawi yang lain yang memiliki banyak hadis seperti al-Ḥasan al-Baṣriyy, Šu*bah bin al-Ḥajjāj, Sufyān aṯ-Ṯawriyy, Sufyān bin *Uyaynah, Ḥammād bin Salamah dan lain-lain.

Kembali kepada persoalan, ini sedikit jawapan ringkas dengan mengambil al-Bukẖōriyy melalui karya ulungnya, al-Jāmi* al-Musnad aṣ-Ṣoḥīḥ al-Muẖtaṣor Min Umūr Rasūl Allah Ṣollā Allah *Alayh Wa Sallam Wa Sunanih Wa Ayyāmih atau yang dikenali sebagai Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy sebagai paksi memandangkan ia menjadi tumpuan dalam isu ini. 

Yang pertama adalah hadis yang bermasalah. Tidak kira sama ada dhaif atau palsu atau memiliki illah. Hadis seperti ini boleh ditemukan dalam kitab beliau yang lain seperti at-Tārīẖ al-Kabīr atau perbincangan beliau bersama muridnya, at-Tirmiḏiyy dalam Sunan miliknya atau al-*Ilal al-Kabīr.

Malah, sememangnya ahli hadis melarang menulis hadis daripada pendusta atau mereka yang disahkan untuk ditinggalkan hadisnya kecuali menulis sekadar untuk proses perbandingan semata-mata atau peringatan kepada orang ramai dengan menyatakan contoh hadis palsu atau hadis yang tidak ada nilai langsung. Hadis sebegini sudah tentu kebanyakannya tersisa dalam ingatan ahli hadis yang dibawa sampai ke kubur mereka, tetapi tidak ditinggalkan dalam lembaran kecuali sedikit sahaja untuk peringatan kepada generasi atau sekadar memaparkan contoh kepalsuan yang mereka lakukan.

Yang kedua adalah hadisnya sahih, tetapi belum cukup untuk mengatakan kuat melalui piawaian yang ketat. Contoh hadis-hadis ini ada dalam kitab beliau yang lain yang berjudul al-Adab al-Mufrod. Sebahagiannya sahih, tetapi tidak dapat dikatakan ia begitu kuat dengan piawaian yang ketat agar ia layak diabadikan dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy. Semamngnya ada hadis seperti ini dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, tetapi selalunya ia berbentuk mu*allaq.

Yang kedua adalah hadis yang bukan marfū*, iaitu yang berkaitan dengan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan ia adalah yang berkaitan dengan mawqūf, iaitu para sahabat baginda dan maqṭū*, iaitu tabiin, malah generasi sesudahnya. Hadis-hadis seperti ini ada dalam karaya pendahulunya seperti Muṣonnaf dan Muwaṭṭo^. Bukan bermaksud semua ini tidak sahih, tetapi untuk memasukkannya secara khusus dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, itu bukan syarat pembukuannya yang utama. Kalau ada pun, ia dengan bentuk mu*allaq.

Yang keempat adalah hadis yang sanad nāzil, iaitu hadis yang memiliki ramai rantaian perawi. Hadis seperti ini dibuang dan dipilih hadis-hadis yang *āliyy, iaitu hadis yang memiliki sedikit rantaian perawi. Contohnya, kalau hadis itu ada enam orang perawi yang mana ia adalah sanad nāzil dan empat orang perawi yang mana ia adalah sanad *āliyy, sudah tentu diambil pada sand yang ada empat orang perawi. Semakin pendek, semakin bernilai.

Yang kelima adalah hadis daripada perawi yang kurang cemerlang. Maksudnya, kita mengutamakan periwayatan dari perawi yang cemerlang berbanding perawi yang memiliki masalah kejituan. Contohnya, dalam riwayat al-Aʿmaš, sudah tentu kita akan mendahulukan muridnya yang kanan lagi cemerlang seperti Sufyān aṯ-Ṯawriyy dan Šu*bah, bukan murid yang entah siapa dia atau yang bermasalah atau yang kurang menyerlah.

Yang keenam adalah faktor matan. Matan hadis ada yang diriwayatkan secara lafaz mengikut bulat-bulat seperti yang asal, ada yang diriwayatkan secara makna, ada yang diriwayatkan secara penuh dan ada yang diriwayatkan secara ringkas. Ini pun perlu dipilih dan disaring juga.

Kalau semua ini ditapis, semestinya yang tinggal hanya sedikit. Kalau ada seratus ribu hadis, barangkali yang tersisa mungkin lima belas ribu yang boleh dipakai. Kalau dalam Ṣoḥīḥ al-Bukōriyy pun ada tujuh ribu lebih. Itu pun jika membuang pengulangan, ia ada empat ribu lebih. Itu pun termasuk sebahagian kecil sahaja yang dhaif bagi tujuan tertentu. Dan itu pun pembukuan Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy adalah berbentuk ringkasan, bukan mengumpulkan semua hadis yang sahih yang ketat piawaiannya.

Jumlah yang boleh diterima pakai pun berbeza bagi setiap ahli hadis yang memiliki manhaj tersendiri. Mungkin lebih banyak atau lebih kurang. Apapun, masing-masing sepakat yang tinggal dalam catatan ini hanya beberapa daripada peratusan kecil sahaja yang boleh dijadikan pegangan dalam agama.

Jadi, kenyataan al-Buẖōriyy atau para imam yang lain menolak ratus hadis ini sememangnya betul. Memang ada hadis ditolak dan hadis diterima. Bukan semua diterima. Pembahagiaan ini memang di topik utama yang dipelajari dalam ilmu hadis. Cuma, yang ditolak itu bagaimana? Inilah persoalan yang penting perlu diamati sebaiknya untuk membezakan manhaj yang lurus dan manhaj yang rancu dalam penyaringan hadis.

Dalam perisian Jawāmi* al-Kalim, ada seribu empat ratus rujukan untuk hadis. Di dalamnya, mungkin ada pelbagai sanad, tetapi hadis yang sama. Satu rujukan pun boleh mencecah belasan ribu hadis. Saya tidak tahu jumlah sebenar hadis kalau dikumpulkan kesemua yang ada dalam seribu empat ratus rujukan ini. Mungkin sahaja boleh mencecah ratusan ribu.

Mungkin proses tapisan ini agak kabur pemaknaannya dan sukar untuk memahami mengapa terlalu banyak hadis yang tidak dijadikan pegangan. Saya menyatakan mereka yang berkecimpung dalam kajian *ilal al-Ḥadīṯ sahaja yang boleh nampak hakikat ini dan ia adalah jelas di mata mereka bagi para pengkaji. Bagi yang ingin pengamalan jelas dalam hal ini, boleh rujuk al-*Ilal al-Wāridah Fī al-Aḥādīṯ an-Nabawiyyah karya ad-Dāroquṭniyy sebagai permulaan untuk melihat cara ahli hadis dalam menganalisis riwayat untuk diterima atau ditolak.

Saya doakan mereka yang kabur tentang proses tapisan ini agar Allah permudahkan urusan untuk sampaikan hajatnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/662497995068194816/dialog-hadis-38-banyak-hadis-yang-dihafal

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Hadisजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें