Dialog Ringkas 17 : Usah Melampau Dalam Mengkritik Hadis

4 0 0
                                    

Dalam kritikan terhadap hadis, kita pun tidak boleh terlalu melampau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam kritikan terhadap hadis, kita pun tidak boleh terlalu melampau. Misalnya, perawi yang tidak dikenali. Cukup kita hanya mendhaifkan hadisnya atas sebab tersebut. Janganlah kerana perawi tersebut membawa teks hadis yang bertentangan dengan fahaman dan aliran kita, terus kita mengutuk perawi tersebut seolah-olah seperti perawi tersebut sengaja mahu bermusuhan dengannnya. Jangan sesekali demikian. Boleh jadi sebenarnya perawi tersebut adalah berkredibiliti lagi berkejituan. Allah lebih tahu tentangnya. Cuma, ia mungkin tidak sampai kepada kita. Pendirian kita adalah mengamalkan apa yang zahir sahaja, iaitu tidak mengambil hadis tersebut sebagai hujah selagi belum terbukti status perawi tersebut. Begitu juga dengan sebab kemajhulan perawi, janganlah sampai menyerang matan yang dibawa. Sikap kita pada perawi yang majhul adalah tawaqquf dan tidak dijadikan hujah, bukan untuk sasaran serangan apa yang dia bawa.

Demikian juga dalam kritik matan ini. Kadangkala, matan kelihatan bercanggah dengan akal, fakta sejarah ataupun usul syariat. Sememangnya tanda-tanda hadis palsu adalah kerana sebab ini. Namun, bukan bermakna asal lihat matan sebegini, terus ditolak dan dicincang terhadapnya. Kita juga perlu mengikut langkah-langkah yang sebetulnya. Yang paling awal, semestinya kita akan mencari sanadnya. Dalam bahagian sanad, cari tempat yang boleh ditemukan kelemahannya. Jika ada, cukup kita berbicara bahagian sanad, usah berlebihan sampai kepada matan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/627174461742972928/dialog-hadis-17-usah-melampau-dalam-mengkritik

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWhere stories live. Discover now