Dialog Ringkas 42 : Mengapa Diriwayatkan Hadis Sifat Allah Yang Dhaif?

4 0 0
                                    

Seluruh ahli ilmu Muslim bersepakat bahawa sifat-sifat Allah ini selayaknya ditetapkan dengan hadis dhaif. Akan tetapi, yang menjadi kemusykilan adalah para ulama salaf meriwayatkan hadis dhaif yang mana sebahagiannya agak parah kedhaifannya dalam mempertahankan beberapa sifat Allah? Ada beberapa sebab bagi perkara ini.

Pertama, hadis dhaif itu boleh menjadi penguat antara satu sama lain sepertimana yang dimaklumi kaedah ini secara umum. Ini boleh dilihat pada al-Buẖōriyy yang membawa hadis berikut :

وَقَالَ عِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي: «كَمْ تَعْبُدُ الْيَوْمَ إِلَهًا؟» قَالَ: سَبْعَةٌ، سِتَّةٌ فِي الْأَرْضِ وَوَاحِدٌ فِي السَّمَاءِ، قَالَ: «فأَيُّهُمْ تَعُدُّ لِرَغْبَتِكَ وَلِرَهْبَتِكَ؟» قَالَ: الَّذِي فِي السَّمَاءِ، قَالَ: «أَمَا إِنَّكَ إِنْ أَسْلَمْتَ عَلَّمْتُكَ كَلِمَتَيْنِ يَنْفَعَانِكَ» ، فَلَمَّا أَسْلَمَ الْحُصَيْنُ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، عَلِّمْنِي الْكَلِمَتَيْنِ اللَّتَيْنِ وَعَدْتَنِي، قَالَ: «اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي , وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي»

*Imrōn bin al-Ḥuṣoyn berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata kepada ayahnya: "Wahai Ḥuṣoyn. Berapa banyak tuhan engkau menyembah pada hari ini?". Dia berkata: "Tujuh. Enam di bumi dan satu di langit". Baginda berkata: "Yang mana satu di antara mereka yang engkau mengiranya sebagai gandrungmu dan kegerunanmu?". Dia berkata: "Yang di langit". Baginda berkata: "Sesungguhnya jika engkau memeluk Islam, aku mengajarkanmu dua kalimah yang memberi manfaat kepadamu". Tatkala al-Ḥuṣoyn memeluk Islam, dia berkata: "Wahai Rasulullah! Ajari aku dua kalimah yang engkau menjanjikan untukku". Baginda berkata: "Ya Allah! Ilhamkan aku petunjuku dan lindungilah aku dari kejahatan diriku". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, m/s 43, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyaah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Hadis ini dhaif kerana kedhaifan Šabīb bin Šaybah. Akan tetapi, al-Buẖōriyy membawa hadis ini sebagai penguat dalam menetapkan sifat al-*Uluww, iaitu Allah di langit dalam menyelar Jahmiyyah. Hadis yang sahih yang boleh menguatkan hadis ini ada di dalam Ṣoḥīḥ miliknya.

Kedua, golongan hadis lebih memilih hadis dhaif berbanding pandangan peribadi seseorang. Dengan kata lain, adalah lebih baik dia mendahulukan penghujahan daripada hadis dhaif berbanding menjustifikasikan sesuatu pendapat dengan pandangan peribadi. *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

سَأَلْتُ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ عَنِ الرَّجُلِ، يُرِيدُ أَنْ يَسْأَلَ، عَنِ الشَّيْءِ، مِنْ أَمْرِ دِينِهِ مَا يُبْتَلَى بِهِ مِنَ الْأَيْمَانِ فِي الطَّلَاقِ وَغَيْرِهِ فِي حَضْرَةِ قَوْمٍ مِنْ أَصْحَابِ الرَّأْي وَمِنْ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ لَا يَحْفَظُونَ وَلَا يَعْرِفُونَ الْحَدِيثَ الضَّعِيفَ الْإِسْنَادِ وَالْقَوِيَّ الْإِسْنَادِ فَلِمَنْ يَسْأَلُ، أَصْحَابَ الرَّأْي أَوْ أَصْحَابَ الْحَدِيثِ عَلَى مَا كَانَ مِنْ قِلَّةَ مَعْرِفَتِهِمْ؟ قَالَ: يَسْأَلُ أَصْحَابَ الْحَدِيثِ وَلَا يَسْأَلُ أَصْحَابَ الرَّأْي، الضَّعِيفُ الْحَدِيثِ خَيْرٌ مِنْ رَأْي أَبِي حَنِيفَةَ

Aku bertanya kepada ayahku -semoga Allah merahmatinya- tentang seseorang yang ingin bertanya tentang sesuatu dari perkara agamanya yang dia diuji dengannya yang berupa sumpah dalam penceraian dan selainnya di ruangan berkumpul suatu kaum dari golongan opini dan dari golongan hadis yang tidak menghafal dan tidak mengetahui hadis dhaif sanadnya dan kuat sanadnya. Maka, kepada siapa yang dia bertanya? Golongan opini atau golongan hadis atas apa yang dari sedikit penguasaannya? Dia berkata: "Dia bertanya kepada golongan hadis dan jangan dia bertanya kepada golongan opini. Hadis dhaif lebih baik daripada pandangan Abū Ḥanīfah". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 180, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu