Dialog Ringkas 16

7 0 0
                                    

Sikap Malas Untuk Menyebutkan Rujukan Bagi Qaul Al-Jarḥ Wa At-Ta*dīl

Saya hairan sebahagian orang yang boleh membawakan takhrij dari pelbagai sumber yang entah dari ceruk mana, tetapi bersikap lengah untuk merajinkan diri untuk membawakan rujukan qaul tajrīḥ dan ta*dīl terhadap perawi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya hairan sebahagian orang yang boleh membawakan takhrij dari pelbagai sumber yang entah dari ceruk mana, tetapi bersikap lengah untuk merajinkan diri untuk membawakan rujukan qaul tajrīḥ dan ta*dīl terhadap perawi. Bagi mereka, ia boleh dipetik mana-mana sahaja tanpa perlu meneliti sumber asalnya. Kita perlu sedar bahawa kalam para nāqid ini mampu mempengaruhi kesahihan dan kedhaifan hadis. Jika mereka mengutip daripada sumber yang membawakan sanad yang lemah seperti sebahagian yang terdapat dalam al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl karya Ibn *Adiyy, mereka akan menetapkan kesahihan atau kedhaifan berasaskan yang rapuh. Bagaimana yang rapuh akan menjadi tonggak kepada hujah yang mensabitkan sesuatu? Sebab itulah sebagai ahli hadis atau pengkaji hadis, kita perlu paparkan ketelitian kita dalam hal ini. Usah bersikap culas apabila seseorang berada di lapangan ini.

Pada saya, seseorang tidak perlu sibuk dengan takhrij dengan rujukan yang banyak. Yang penting adalah kita terus memaklumkan pusat sanadnya. Kemudian, sasarkan kritikan pada yang terbukti kelemahannya. Status hadis lebih penting berbanding di mana hadis itu dirujuk.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/627173910274850816/dialog-hadis-16-sikap-malas-untuk-menyebutkan

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisWhere stories live. Discover now