Dialog Ringkas 12

5 0 0
                                    

Sebab Saya Menghasilkan Penulisan Yang Berjudul "Antara Sumber Rujukan Ta*dīl dan Tajrīḥ Perawi"

Saya ada empat sebab untuk menghasilkan penulisan yang berjudul "Antara Sumber Rujukan Ta*dīl dan Tajrīḥ Perawi"

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Saya ada empat sebab untuk menghasilkan penulisan yang berjudul "Antara Sumber Rujukan Ta*dīl dan Tajrīḥ Perawi". Pertama, saya melihat kebanyakan penulis yang memberikan contoh rujukan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, mereka hanya sekadar memberi contoh sahaja sehingga pembaca tidak dapat melihat nilai praktikal dalam penyenaraian tersebut. Contohnya, kitab Tahḏīb at-Tahḏīb karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Pembaca tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan kitab ini untuk mereka mempraktikkannya. Apa kelebihannya kitab ini dan bagaimana cara untuk merujuknya. Akhirnya, mereka hanya tahu nama sahaja, tetapi tidak tahu cara menggunakannya.

Kedua, sebahagian yang saya jumpa memberi contoh kitab yang tidak wujud dalam realitinya. Bukan sebab ia tidak wujud langsung, tetapi berkemungkinan kitab tersebut masih dalam berbentuk manuskrip atau hilang ditelan zaman atau lain-lain. Saya melihat ini adalah contoh penulis yang mungkin sahaja tidak melibatkan diri dalam praktik ilmu al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl sehingga menyenaraikan nama kitab yang tidak akan dapat dirujuk oleh para pembaca. Sebab itulah saya menyenaraikan kitab yang telah sampai pada kita hari ini dan boleh dijadikan rujukan amali apabila seseorang ingin menceburkannya.

Ketiga, saya belum menemukan mana-mana kitab yang membahaskan secara spesifik membahaskan metodologi para nāqid dalam menghasilkan karya al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl. Banyak kita jumpa adalah yang berkaitan dengan tataara penyusunan as-Sunan, al-Mustadrok, al-Muṣonnaf, al-Muwaṭṭo^, al-Musnad dan lain-lain. Sedangkan karya-karya al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl agak dipandang sepi untuk diketengahkan sedangkan ia juga ada permata bernilai dalam proses kodifikasi hadis. Penulisan saya tersebut tidaklah membahaskan secara spesifik sepertimana yang saya mahu. Cuma, saya ingin membuka cetusan supaya suatu hari nanti, jika penulisan ini sampai kepada ahli hadis yang lain, mereka memulakan inisiatif untuk menghasilkan metodologi.

Keempat, penulisan semestinya tidak akan terpisah dengan penulis. Mereka yang mengikuti penulisan saya yang lain atau mengenali diri saya tentu sahaja mengetahui tentang hakikat diri saya. Saya sedar bahawa saya mempunyai ramai seteru. Ada dari kalangan mereka yang meragui kemampuan saya dalam bidang hadis, malah ada juga yang memperlekeh dan memandang rendah terhadap saya. Penulisan ini diharapkan dapat menepis tuduhan dan sangkaan mereka. Saya bukanlah ingin berkata bahawa saya adalah tokoh jaguhan sepertimana insan lain yang orang lain menyanjunginya. Apa yang saya ingin sampaikan adalah saya juga seorang yang celik dalam ilmu hadis dan mempunyai selok-belok pengetahuan tentangnya. Saya tidak memandai-mandai atau membabi buta dalam urusan agama. Saya juga ada manhaj saya dan bekalan dalam menggarap pengetahuan dan kefahaman.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623002653729882112/dialog-hadis-12-sebab-saya-menghasilkan

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu HadisDonde viven las historias. Descúbrelo ahora