Epilog

1.4K 47 6
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Jam yang bergantung di dinding aku kerling, 8.30 malam. Fajmin pula sedang bersihkan diri sekian lama sibuk selama satu hari ini. Mata dipejam rapat, nafas berat aku hela cuba untuk tenangkan diri. Bibir dalam aku gigit lembut, badan mula bangkit dari duduk. Setapak demi setapak aku melangkah ke arah pintu kamar. Tombol aku pulas, bergerak ke ruang tamu.

Farissya sedang duduk santai di sofa aku hampiri, bahunya aku sentuh sebelum menghenyak punggung di sisinya. Farissya mengerlingku sambil tersenyum tipis. iPhone 7 plus di campak ke tepi.

"Kau okay tak?" Tanya Farissya bersama kerutan di dahi. Aku mengangguk kepala namun tangan aktif mengusap perut. "Okay, cuma sakit pinggang sikit" Gumamku menahan rasa sakit di bahagian ari-ari. Ya tuhan, sakitnya! Tahan sikit lagi Aira.

"Makan ubat, kalau tak tahan kita pergi hospital je terus mana tahu baby tak sabar nak keluar" Aku besarkan mata seraya ketawa halus, kepala digeleng lembut. "Tak adalah, lambat lagi baby nak keluar ni" Ujarku sekadar memujuk diri sendiri, Farissya mengangguk kepala kembali fokus pada skrin iPhone.

"Fa, lemang dah masak ke belum. Aku teringin sangat nak rasa" Aku bertanya perlahan. "Dah masak, ada kat dapur" Senyum manis terukir mula bangkit dari sofa. Aku gagahkan juga diri berjalan ke dapur.

Mataku bersinar bahagia tatkala melihat akak Husna sedang memotong lemang dan diletak ke atas dulang menjadi tatapan. "Wah tak sangka dah berpotong" Akak Husna menguntum senyum manis menghulur potongan lemang ke arahku. Aku berdesir sakit tatkala merasakan sakit yang agak luar biasa di bahagian bawah.

"Makanlah Aira, kasihan dari tadi mengidam nak makan lemang" Baru beberapa saat mengunyah, pahaku terasa basah dan panas. Laju aku tunduk, mataku membulat sempurna memandang airjernih mengalir laju di celah kaki mengotori jubin dapur. Jantungku berdegup laju seraya tangan memeggam erat kerusi makan.

"A-akak" Tergagap aku memanggil akak Husna yang sibuk. Dia mengerlingku lembut sebelum pandangan wanita itu turun ke bawah. "YA ALLAH, FAJMIN" Suara kuat akak Husna bergema di ruangan dapur.

"Apa kak" Soal Farish yang muncul dari pintu rumah. "Cepat panggil abang Fajmin, Aira dah nak bersalin! Cepat!" Terkebil-kebil Farish memandang akak Husna sebelum berlari mendapatkan Fajmin.

Ibu yang keluar arah ruang tamu bergerak laju mendapatkan ku. Pergelangan tanganku digenggam kemas. Terkebil-kebil aku memandang mereka semua yang kelam kabut memanggil satu sama lain sebelum rasa sakit menyerang buatkan meringis sakit. Tangan mula memegang perut, Astaga, sakitnya.

"Fajmin cepat! Aira dah nak beranak dekat dapur" Tubuhku kaku dan tangan memegang perut dan mula rasa kontraksi. Muka pucat Fajmin meluru memegang kedua bahuku ditatap dalam, rasa hangat kedua tapak tangan Fajmin menyentuh lembut pipiku.

"Sayang, are you okay" Bibir dalam aku gigit menahan rasa sakit. "Ta-tak okay" Bisikku nada tertahan mengenggam kuat tapak tangan Fajmin di pipi. Suara Mak cik Mohaya menyuruh kami segera ke hospital bergema di satu rumah.

"Jalan perlahan-lahan" Bisik Fajmin merangkul kemas bahuku, kepala diangguk menahan rasa sakit. Setapak demi setapak kaki dihala ke Range Rover yang elok terletak di halaman rumah.

Mata dipejam selamat duduk di kerusi penumpang, mata dicelik saat mendengar suara Mak cik Mohaya di balkoni. Fajmin keluar bersama beg bayi aku tatap, dalam keadaan menahan rasa sakit. Aku tunduk memegang perut yang membesar ini bersama air mata mengalir dipipi.

Dinding konkrit menjadi renungan, anak mata perlahan-lahan turun memandang Fajmin yang tertidur di sofa. Sudah enam jam aku ditahan wad, perbukaan serviks sudah 7cm. Aku meringis tatkala rasa sakit datang menyerang. Senyum tipis terukir terkenangkan raut wajah cemas Fajmin semasa dalam perjalanan, tak putus mengenggam kemas tanganku.

Kau Milikkuजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें