BAB 45 ~ 10 Minggu

686 28 0
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Tubuhku dilempar ke atas katil, laju aku berbalik memandang Fajmin takut. Dia merenungku tajam, aku mengensot tubuh ke belakang. Lelaki ini, lelaki ini bukan diri Fajmin yang aku kenal. Dia menarik senyum senget mengeluarkan tali pinggang yang elok terselit dipinggang. Jantungku berdetak kuat, rasa takut kuat menguasai diri.

"A-apa awak nak buat ni Fajmin" Terketar-ketar aku menyusun ayat. "Hari ni hari jadi kaukan, giliran aku pula bagi kau hadiah" Lelaki itu berbisik sambil menanggal butang kameja kelabunya satu persatu.

"Tolong awak, jangan macam ni. Saya dan Johan hanya kawan je tak lebih pun" Aku bersuara lemah bersamaan air mata berguguran. Dia tertawa sinis menindihku, daguku dicengkam kuat dan memaksa aku untuk melihatnya lalu bibirku dicium secara paksa. Aku memejam mata mengeleng tidak menerima ciuman ini, dadanya aku tumbuk kasar memberontak.

"Diam!" Fajmin berbisik kasar di telingaku, aku membuka mata merenung wajah tegangnya. "Ini bukan diri awak Fajmin" Bisikku mencuba untuk menenangkan diri lelaki itu. Dia meletakkan jari telunjuk dibibirku.

"Shush, jangan kata apa-apa. Malam ni, aku akan bagi kau apa itu nikmat bercinta" Lelaki itu mengukir senyum sinis. Sayu hati ini apabila lelaki itu menanggal baju yang tersarung tubuh ini secara kasar. Mata dipejam, tidak berdaya melawan kekuatan lelaki itu. Tubuh dan hati sakit yang teramat atas perbuatan lelaki ini.

Pantulan diri sendiri aku menjadi tatapan, jari jemariku mengusik lembut leherku yang dikotori kesan merah dari lelaki itu. Bibir dikemam menahan esakan semakin menjadi-jadi. Kedua tangan aku genggam erat, sanggup lelaki itu hancurkan hati ini atas perbuatannya. Kedua tangan memeluk perut yang mulai sedikit buncit.

"Maafkan ayah ye baby. Ayah tak sengaja sakitkan baby." Gumamku bersamaan esakan, perlahan-lahan aku memeluk lutut, mengelamkan wajah dilutut.

Setelah lama berkurung di dalam bilik air, aku gagahkan diri untuk bangkit dan keluar. Ruang tamu yang hening dan malap menjadi tatapan. Bibir digigit kuat saat menangkap kek di atas meja ruang tamu. Dengan langkah yang lemah aku hampiri sofa ruang tamu.

Tangisanku pecah saat melihat kad happy birthday dari Fajmin. Tangan dibawa mengenggam dada, sakit hati ini. Kenapa semua ini berlaku tatkala hubungan kami semakin membaik. Disebabkan salah faham semua menjadi hancur.

Berubah, segalanya berubah. Hubungan antara aku dan Fajmin hancur berkecai dalam sekelip mata. Seminggu masa berlalu begitu saja, tiada sapaan, tiada senyuman, tiada tawa senda, rumah ini sunyi bagaikan tiada penghuni.

Pintu utama menjadi santapan mata, setia menunggu kepulangan lelaki itu datang ke rumah walaupun aku tahu ia hanya sia-sia. Sejak malam itu, Fajmin pergi tinggalkan rumah ini tanpa berkata apa-apa. Nafas aku hela nafas berat, telefon Vivo aku elus lembut, aku cuba untuk hubungi lelaki itu namun hampa. Bahuku Farissya usap lembut.

"Sampai bila kau macam ni Aira, abang Fajmin pula dengan ego dia yang melangit tu tak balik-balik jenguk bini dia yang sakit ni. Kau pula paksa diri tak nak makan, minum" Aku mengukir senyum tipis mengenggam tangan Farissya. Sekurang-kurang ada secebis rasa bahagia mengetahui kedatangan Farissya ke sini atas permintaan lelaki itu.

"Aku tak apa-apa, kau jangan risau" Gumamku mengenggam erat tangan Farissya. Air muka Farissya berubah datar, dia berdecit kesal. "Aira, kau sedar kau buat apa sekarang ni?. Kau dera diri kau sendiri Aira. Bibir kau dah pucat. Makan sikit ye biar kau cepat sihat" Aku mengeleng kepala, tidak mahu.

"Aku dah kenyang, aku tak ada selera" Farissya mendengus kesal meletakkan sudu di atas meja ruang tamu.

"Kau sayang diri kau tak Aira, kalau kau sayang diri kau. Tolong makan, semua orang tak nak kau sakit macam ni." Aku memejam mata saat merasakan pelupuk mulai bergening. Tanganku perlahan menyentuh perut, aku tidak sepatutnya menyeksa diri seperti ini.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now