BAB 19 ~ Dugaan

756 34 0
                                    

~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~

"Kenapa you takut, I tak makan you. I cuba nak rasa gadis ayu macam you" Bisik David sambil tertawa halus. Gigi diketap geram membaling beg secara kasar ke arah lelaki itu.

"Wah" David membuat muka terperanjat menangkap beg tanganku lalu dilempar ke sembarangan tempat. Aku mula bergerak ke belakang sehingga punggung bertemu kepala katil. David mengukir senyum sinis membuka tali pinggang secara perlahan. Aku menuruni katil dan menjauhi lelaki itu.

"Lepaskan saya!" Aku bersuara tegas. Alis kanan David tinggi sebelum mengeluh berat. "Cuba you terangkan dekat I. Macam mana I nak lepaskan you. Duit I abang you sudah makan mah, you ingat senang saja I nak lepaskan you" Aku mengeleng kepala tidak percaya, cairan hangat mula mengaburi mata. Tergamak Ariff lakukan ini padaku, kepada adik kandungnya sendiri semata-mata dadah.

"Tak! Itu urusan awak dengan Ariff. Tak kena mengena dengan saya. Saya nak balik" Bergetar suaraku tika ini mengawal tangis. Aku beranikan diri untuk berjalan keluar namun pergelanganku direntap kasar. Wajah tegang David menjadi tatapan.

"You ingat, you boleh lepas macam itu saja" Suara David terdengar tegas. Dia menolakku secara kasar ke atas tilam. Sekelip mata dia berada di atasku, kedua tanganku dipegang kemas.

"Lepaskan sayalah!" Aku menjerit kuat menendang pahanya. Dia ketawa jahil memandangku tajam.

"No" Bisiknya merentap kasar tudung yang menutup kepala. Aku menjerit menahan sakit dihati, mata dipejam saat bibir lelaki bertemu cuping telingaku. Ya Allah tolong hambamu ini.

"I like your smell honey" Nafas lelaki itu terburu-buru, aku memejam mata seraya menolak dada lelaki ini dari terus menghimpit tubuhku. Tanpa berfikir panjang, kaki naik menendang perut lelaki itu sekuat hati. Lelaki itu meringis sakit dan pegangan terlepas, terburu-buru aku menolak lelaki ke tepi bangkit dan berlari ke arah pintu hotel.

Pintu lift aku tekan berulang kali, suara erangan lelaki di belakangan sedikit buat aku terkejut. Laju aku menoleh ke belakang, sosok david ada berjalan sambil memegang perut. Jelas diwajah lelaki itu sarat kesakitan.

Seluruh tubuhku mengigil ketakutan. Anak mataku menangkap pintu keluar tangga laju aku berlari keluar menuruni anak tangga. Suara lelaki menjerit menyuruhku untuk berhenti aku abaikan, hanya satu saja terlintas di fikiran iaitu melarikan diri.

Sebaik saja aku selamat keluar dari hotel tersebut, otakku buntu mahu mengikut kata hati berlari jauh dari lelaki itu. Aku teruskan berlari saat mendengar suara lelaki di seberang sana sebelum melanggar badan seseorang. Sepantas kilat kedua tanganku ditangkap agar aku tidak jatuh.

"Ma-maaf saya..saya" Aku berbisik laju memandang orang tersebut. Hatiku berdesir hebat mendapat tahu lelaki itu Fajmin. Kerutan di dahi lelaki itu jelas ketara semakin kuat pegangan lelaki.

"Kau dari mana ni Aira! Kenapa-"

"Awak...awak .. awak to-tolong saya, saya takut. Ada orang ke-kejar saya" Terketar-ketar aku menyusun ayat memandang ke belakang memastikan lelaki tersebut belum temui aku. Tanpa berkata Fajmin mendengus kecil menarikku masuk ke dalam kereta Range Rover miliknya. Seluruh tubuhku mengigil saat melihat dua lelaki serba hitam melalui kawasan itu. Mata dipejam rapat menangis teresak-esak.

"Siapa dia orang? Kenapa dia kejar kau. Kau tahu tak kawasan sini bahaya untuk perempuan macam kau!" Aku mengeleng kepala tidak mampu berkata apa ada sesuatu tersekat dikerongkong, sakit. Kepala diangkat memandang wajah Fajmin berubah kepada cemas. Dia merenungku tidak percaya.

"Aira! Jawab lah. Kenapa senyap ni. Nasib baik aku ada dekat sini! Kalau tak haish!" Bisik Fajmin meraup wajahnya kasar. Aku mengigit bibir cuba menahan sedu. Aku tersentak kecil saat tangan lelaki itu menyentuh bahuku dan menjauh darinya.

"Aku minta maaf okay, Farissya tahu tak hal ini" Aku mengeleng kepala kembali tunduk tidak bertentangan mata. Suasana hening hanya bersisakan esakan tangisku yang masih belum reda, Ya tuhan kenapa berat sungguh ujian mu ini.

Fajmin memutuskan untuk bawa aku ke unit apartment miliknya aku hanya mengangguk setuju. Enjin kereta dimatikan, dia merenungku datar sebelum berdehem kecil. Bibir dikemam memandang ke luar, jari jemari saling bertautan rasa malu semakin terasa saat kami duduk berduaan sebegini.

"Jom keluar" Bisik Fajmin mula keluar dari kereta, diam-diam aku memerhati lelaki itu berjalan menuju ke arahku. Pintu dibuka dari luar, dia memberi isyarat mata menyuruhku untuk keluar. Secara hati-hati aku keluar. Terkebil-kebil aku memandangnya saat pergelangan lenganku Fajmin pegang dan mengatur langkah masuk ke dalam lift di bawah basement ini. Samar-samar aku melihat sosok wanita berusia 40-an memerhatiku penuh dalam, laju aku larikan pandangan ke bawah.

Lelaki itu melepaskan pegangan tangan sebaik saja kami berada di ruang tamu. Aku mengundur beberapa langkah menjauh. Lelaki berpusing dan menatapku dalam. Aku larikan pandangan memandang sudut lain, malu apabila lelaki itu terang-terang nampak aurat yang aku jaga.

"Sekarang cerita dekat aku! Kenapa kau jadi macam ni" Tegas suara Fajmin tika ini. Aku mengemam bibirku. Terkelu. 

"Beritahu aku siapa buat kau macam ni" Pertanyaan Fajmin aku biarkan tidak tahu mahu menjelaskan bagaimana. Sebahagian diri ini masih trauma atas perbuatan Ariff. Dia merenungku pasrah sebelum mengeluarkan iPhone 11 Pro max dan mula menghubungi seseorang.

"Hello adik, boleh tolong abang. Datang apartment abang sekarang teman kawan baik adik" Ujar Fajmin sambil merenungku tajam. Dia memutuskan talian dan memasukkan telefon ke dalam kocet seluar.

"Aku tak tahu apa yang berlaku dekat kau tapi esok kau kena beritahu aku apa yang berlaku tadi. Siapa lelaki yang kejar kau tadi. Faham" Keras suara Fajmin membuatkan aku mengangguk kepala, takut.

"Dah jangan takut, kau tidur sini dengan Farissya. Aku akan balik rumah aku. Aku nak mandi kejap, kalau Farissya sampai ketuk je pintu sana" Aku mengikut arah jari telunjuk Fajmin. Dia menangkat kening tinggi menunggu jawapan.

"I-iya" Dia merenungku datar kemudian mengeleng kepala mula mengatur langkah masuk ke dalam bilik.

Terima kasih awak itu luahan yang mampu hati aku berkata. Tanpa Fajmin aku tidak bisa mengambarkan apa bakal terjadi pada diri ini.

Bibir digigit perlahan, sofa yang empuk ini aku elus lembut. Siaran televisyen menjadi tatapan, jam di dinding sudah mencecah 12 pagi. Anak mata tunduk melihat tapak tangan yang masih mengigil. Rasa kecewa semakin menekan masuk ke dalam hati. Air mata lagi sekali mengalir terkenangkan perbuatan Ariff padaku.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku dari termenung, perlahan-lahan aku bangkit dari duduk sementara bunyi pintu bilik terbuka dari dalam . Farissya dah sampai ke? Cepatnya.

"Budak tu dah sampai ke?" Bulat mataku memandang Fajmin keluar dari bilik tidur dengan tuala melilit pinggangnya dan menampakan dada bidangnya yang putih itu. Anak mataku naik merenung wajahnya yang segar serta rambut yang basah. Laju aku memalingkan wajah ke arah lain. Berdosa Aira. Sempat otakku bertanya lelaki ini tidak tahu malu ke?.

Bunyi ketukan semakin kuat bersertakan suara garau lelaki meminta kami dengan segeea membuka pintu menambahkan rasa gemuruh. Kami saling berpandangan sebelum Fajmin bergerak ke arah pintu masuk. Jantungku bagai terhenti saat beberapa anggota Penguatkuasa dan lainnya berdiri didepan pintu.

"Maaf kami dari pejabat agama. Kami terima laporan mengatakan encik duduk bersama perempuan tiada ikatan yang sah. Benar ke?" Saat ini juga aku rasakan satu benda berat menghempap jiwaku. Fajmin kelihatan kaku sebelum menoleh ke belakang merenungku meminta perjelasan. Aku mengigit bibir menahan rasa takut, kedua tangan digenggam erat.

"Boleh kami masuk untuk periksa di dalam rumah encik" Aku mengundur beberapa langkah, tak! Tak ! Tak mungkin. Dugaan apa kali ini ya Allah.

****

Cuba teka what next 🙈

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now