BAB 25 ~ Cincin

629 29 2
                                    

~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~


Telefon Vivo di atas meja aku ambil, bibir dikemam memikir apa yang dilakukan Mak sekarang ini. Belum sempat aku mencari nama Mak, satu nombor tidak dikenali muncul diskrin. Nombor siapa ni?. Hatiku berkira-kira mahu menjawab atau tidak. Nafas aku ambil sebelum menekan butang hijau. Telefon aku lekap ditelinga.

"Assalamualaikum Aira" Terkebil-kebil aku mendengar suara lelaki yang agak tua dicorong telefon. "Ni Papa" Mata dipejam rapat, Tan sri Jeffri rupanya. Senyum manis mula terukir dibibir.

"Papa, saya ingat siapalah yang call saya tadi" Aku tertawa kecil namun tawaku disambut baik oleh Tan sri Jeffri.

"Aira sihat? Fajmin macam mana? Dia ada layan Aira baik?" Aku terkaku sebelum tertawa halus. Bibir digigit. "Alhamdulliah saya sihat, Fajmin pun layan saya baik" Suara kelegaan Tan sri Jeffri sedikit sebanyak

"Ni Papa nak tanya Aira free ke sebab nak ajak makan malam" Aku menutup mulut kerana terlalu terkejut. Mata dipejam rasa bersalah jika aku menolak ajakan Tan sri Jeffri.

"Bila tu Pa" Aku bertanya perlahan, kepala ditoleh melihat pintu bilik masih tertutup rapat. "Esok nanti Papa hantar mesej dekat Aira" Aku mengangguk perlahan dan meminta diri untuk menamatkan panggilan. Aku menghembus nafas lega, dada disentuh lembut mengawal detak jantung akibat gemuruh.

Aplikasi peta menjadi tatapan, untuk sekian kali aku baca nama restoran yang Tan sri Jeffri hantar padaku, aku mengambil nafas sebelum dihembus kasar. Bibir aku ketap, yakinkan diri.

"Aku kena masuk" Bisikku melangkah masuk ke dalam ke dalam restoran itu, jantung berdegup kencang saat melihat sosok seorang lelaki yang amat aku kenal masuk ke dalam restoran yang sama. Aku tidak salah pandang kan? Serta merta aku menghentikan langkah. Jari mula digigit buntu. Lelaki itu buat apa disini? Takkan Tan sri Jefrri jemput Fajmin sekali. Alamak nak buat apa ni? Patut ke aku balik.

"Aira" Aku tersentak kecil sepantas kilat memusingkan badan, figura Tan sri Jeffri mengukir senyum manis padaku. "Kenapa tak masuk lagi" Aku menarik senyum manis, otak ligat mencari alasan.

"Saya baru je sampai, ye baru sampai" Tan sri Jeffri mengangguk kepala. "Papa pun baru sampai, jomlah masuk. Mungkin Fajmin dah tunggu dekat dalam" Jadi memang benar sosok itu Fajmin. Aku memejam mata mengekori belakang Tan sri Jeffri.

Masuk saja ke dalam restoran mewah ini, lirikan mata ligat mencari lelaki itu. Fajmin yang duduk agak jauh menjadi tatapan, dia leka bermain telefon pintar masih belum menyedari kehadiran kami. Dengan keberanian yang sedikit aku gagahkan jua mengikuti Tan sri Jeffri menghampiri lelaki itu.

"Awal sampai" Spontan lelaki itu mengangkat dagu memandang Tan sri Jeffri, riak wajah berubah terkejut saat kami bertentangan mata namun dia berjaya sembunyikan.

"Ingatkan Papa dengan Mama rupanya dengan bini Fajmin" Fajmin bersuara datar bersandar, aku mengulum senyum tipis. Kepala diangkat memandang Tan sri Jeffri.

"Apa salahnya kita makan sama-sama" Fajmin memandangku tidak suka sebelum kembali fokus pada telefon, aku mencebik dalam hati. Poyo!.

"Aira duduklah sebelah Fajmin" Aku mengangguk kecil, punggung dilabuh disebelah lelaki itu. Fajmin disebelah, aku pandang, apabila kami berlawan mata aku berikan senyuman manis. Dia mengeleng kepala terus melempar pandangan ke arah lain. Aku tersenyum suka, jual mahal.

"Pesan apa yang Aira nak makan" Aku tersenyum tipis mengambil buku menu untuk memilih menu apa yang ada direstoran serba mewah ini. Buku ditanganku Fajmin rampas, terpinga-pinga aku menatap dirinya.

Kau MilikkuМесто, где живут истории. Откройте их для себя