BAB 36 ~ Kesan Cinta

703 32 2
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Wajah Mak dan Akak Icah aku tatap silih berganti, sungguh berat aku mahu meninggalkan Mak yang tidak berapa sihat. Kalau boleh aku ingin menetap disini lebih lama namun kalah atas pujukan Mak untuk mengikut suami pulang ke Kuala Lumpur akhirnya aku turuti. Aku memeluk tubuh Mak buat sekian kalinya.

"Jaga diri Mak baik-baik, Aira sayang Mak" Gumamku selepas melepaskan pelukan. Mak menguntum senyum manis mengenggam erat tanganku. "Iya, Aira jangan risau akak kan ada, boleh tengokkan Mak cik Ayu" Aku menjuih bibir mendengar kata-kata Akak Icah. Mak mengalih pandangan ke arah Fajmin yang berdiri di sebelahku.

"Kami balik dulu"

"Iya, hati-hati dalam perjalanan" Dia menguntum senyum tipis tunduk menyalami Mak. "Baik Mak, Jom Aira nak singgah rumah Ibu lagi" Aku mengangguk kecil, Mak menguntum manis melambai tangan.

Pintu kereta aku buka, tangan dilambai lembut ke arah mereka. Bibir dikemam menahan rasa sebak secara tiba-tiba. Enjin kereta mula dihidupkan. Sabar Aira, wajah Mak menjadi tatapan sehingga kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Aku mengerling Fajmin yang sedang memandu sebelum melemparkan pandangan ke luar.

Telefon Vivo aku ambil untuk memeriksa siapa yang menghantar pesanan. Mesej terbaru dari Farissya buatkan aku tersenyum tipis. Senyumanku mulai pudar saat membaca isi mesej gadis itu.

From - Farissya
- Beb, dah masuk lima kali Johan datang rumah, tanya mana kau. Aku dah tak tahu nak cakap apa

Aku mengeluh berat meletak telefon Vivo di sisi. Bibir dicebik, Johan. Lelaki itu sudah seminggu aku tidak dengar khabar. Senyum lucu mula terkeluar.

"Memang lah kau tak dengar khabar dia sebab kau block nombor dia" Aku berbisik sendiri sambil mengeleng kepala. Telefon di sisi aku ambil, menaip mesej untuk Farissya.

To - Farissya
-Aku tak tahu Fa nak beritahu apa dekat dia kalau kami berjumpa.

Nafas berat aku lepaskan, pandangan dilempar ke tingkap bilik tidur. Terbit rasa bersalah pada Johan. Bunyi ketukan mengejutkan aku, wajah Fajmin mula muncul sebaik saja pintu bilik dibuka.

"Kau tak lapar ke?" Kedua alisku terangkat. "Aku lapar, kau tak masak ke?" Aku tersimpul malu lalu ketawa kaku. Wajah lelaki itu bertukar datar.

"Saya masak untuk awak? Awak nak makan apa?" Aku berdiri mengatur langkah ke pintu. Kepala didongak membalas renungan lelaki itu.

"Tak payah, aku dah pesan food panda. Kita tunggu pesanan sampai baru kita makan sama-sama" Bulat mataku memandang Fajmin bersama detak jantung yang kian kuat. Bibir dipaksa menguntum senyum tipis. Kenapa dia banyak buka mulut kali ini.

Suasana menjadi kaku, hening di antara kami. Aku memeluk erat bantal sofa sementara otak ligat mencari idea untuk mulakan perbualan. Aku curi pandang Fajmin melalui ekor mata. Dia sibuk dengan telefon pintar miliknya. Bibir dijuih seraya menutup mata menunggu pesanan sampai.

Bunyi ringtone dari iPhone 11 Pro Max Fajmin menarik perhatianku. Dia menjawab panggilan dalam beberapa saat bangun dari duduk untuk mengambil pesanan di lobi.

"Aku turun kejap" Ujarnya perlahan. Senyum lebar ditarik dan kepala diangguk lembut. Hatiku berdesir hebat tatkala lelaki itu mengukir senyum tipis sebelum kelibatnya hilang. Buat pertama kali dia memberikan senyuman padaku, tangan naik menyentuh dada. Fajmin, dia sudah berubah.

Pinggan yang bersih aku susun di tempatnya. Kain yang tergantung di sisi sinki aku pegang untuk mengeringkan tangan yang basah, badan dipusing memandang Fajmin sedang sibuk dengan iPhone 11 Pro Max.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now