BAB 05 ~ Lelaki Sejati

730 36 0
                                    

~Selamanya Kau milik Aku Aira Lissya~

Ranting-ranting kecil kayu getah aku kumpul setempat, tangan mula menepuk lengan saat merasakan diri digigit oleh binatang yang bernama nyamuk. Aku berdecit kesal mula buat suara menghalau nyamuk tidak dengar cakap.

Aku mengeluh kasar lalu berjongkok, lighter yang berwarna unggu aku keluarkan dari kocet seluar untuk menyalakan unggun api.

"Itulahkan Mak dah pesan awal-awal jangan teman. Aira degil" Bebelan Mak kedengaran di seberang. Aku mencebik dalam hati sementara tangan masih ligat menyalakan unggun api.

"Alah Mak ni, kalau Aira duduk rumah bukan buat apa-apa pun. Lebih baik Aira teman Mak motong getah. Lutut Mak tu bukan kuat sangat nak berkerja nanti takut jadi apa-apa dekat Mak. Aira juga yang susah" Gumamku sambil menepuk tangan saat kayu-kayu ranting mula mengeluarkan asap. Kepala mula ditoleh melihat posisi Mak yang tidak jauh dariku, Mak hanya diam sebelum mengulum senyum tipis.

"Sejuk perut Mak dengar Aira" Aku tertawa kecil bangkit lalu terus berlari anak menghampiri Mak. "Kalau Mak nak tahu, rasa sayang Aira pada Mak tahap infiniti tau. Tak terkira" Gumamku sambil tertawa, muka Mak berkerut memandangku.

"Dah-dah jangan dekat, Mak nak sambung noreh ni" Aku tertawa kecil berundur beberapa langkah ke belakang. Bibir dimuncungkan sedepa, mahu merajuklah.

Suara lelaki memanggil nama Mak buatkan aktiviti aku terhenti. Kepala diputar perlahan-lahan ke belakang. Buntang mataku melihat bayangan Fajmin, dia buat apa datang sini?. Dari kejauhan aku perhati tingkah laku lelaki itu berjalan ke arahku. Gayanya seperti geli. Aku mencebik bibir, menyampah.

"Awak buat apa datang sini?" Aku bersuara datar. Fajmin menepuk lengan dan menghalau nyamuk berterbangan di udara. Ketawa lucu mula terkeluar dari bibir. Wajah Fajmin bertukar keruh.

"Tak akan dengan nyamuk pun takut" Aku bersuara datar memeluk tubuh memandang Fajmin dengan tatapan menilai. Dia mendengus kasar. Marah lah tu.

"Apa hajat anda kemari?" Aku bertanya terus. Fajmin menguntum senyum paksa sambil menepuk lengan. "Mak aku nak ayam kau, ish bodoh lah nyamuk ni" Aku ketawa lucu, belum sempat aku mencelah suara Mak terlebih dahulu keluar.

"Siapa tu Aira" Belum sempat aku mencerna, Fajmin terlebih dulu melanggar bahuku secara kasar. Laju aku pusingkan badan menghadap Fajmin, rahang diketap geram. Kurang garam punya lelaki. Tubuh Fajmin yang berjalan ke arah Mak dipandang meluat.

Aku memeluk tubuh memerhati Fajmin berbual bersama Mak. Kaki dihentak saat merasakan terlampau lama betul mereka berbual.

"Aira. Tolong Fajmin ambil ayam dekat reban." Laung Mak dari jauh, aku masamkan muka. Fajmin mula berjalan ke arahku. Aku menghembus nafas lelah.

"Ish malaslah suruh lah dia tangkap sendiri" Laungku geram. Ranting kayu yang ditangan aku patah-patahkan, sakit hati. Mak merenungku datar.

"Aira Fajmin tak tahu, Aira tolonglah dia. Kasihan dia" Fajmin mengukir senyum manis. Aku merenungnya tajam, semakin lama semakin meluat aku tengok mata dia.

"Kasihanlah aku Aira" Fajmin bersuara kecil. Aku berdecit sebal mencampak ranting kecil ke tanah.

"Yelah, Ikut saya" Aku bersuara datar berjalan terlebih. Sepanjang masa keluar dari kebun getah lelaki itu tidak habis merungut. Range roger milik lelaki elok terletak tepi jalan. Badan dipusing menghadap lelaki itu. Dia tampak mengaru lengan.

"Saya bawa motor" Gumamku terus meninggalkan dirinya. "Bawa ke menunggang?" Mata dipejam rapat, lelaki ini sengaja bikin hati ini panas. Aku menoleh ke belakang.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now