BAB 07 ~ Kangen

622 31 0
                                    

~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~


Sudah 15 hari sejak kejadian di sungai, aku berehat dirumah. Luka ditapak kaki semakin pulih. Bibir diukir tika teringatkan lelaki itu, jika dia tidak tolong saat itu aku tidak tahu yang bakal terjadi padaku. Nafas dihela perlahan, pandangan ditala ke luar jendela. Telefon di atas katil aku ambil, skrin telefon menjadi tatapan.

"Aira" Aku terkejut kecil saat suara Mak menegurku. "Mak" Mak mengukir senyum tipis duduk disebelahku.

"Dah makan ubat" Bibir dicebik, telan ubat lah perkara yang aku benci. Lagipun luka ditapak kaki sudah semakin pulih, aku boleh berjalan seperti biasa.

"Nantilah Aira makan ubat" Berkerut muka Mak memandangku. Aku ketawa kecil merangkul kemas lengan Mak. "Aira kena habiskan ubat tu, jangan lupa cuci luka" Aku mengangguk kepala. Belum sempat aku menjawab suara wanita memberi salam dari luar. Kami saling berpandangan.

"Ada orang datang, Mak nak pergi tengok sekejap" Aku mengangguk faham sebelum tunduk untuk melihat kesan luka ditapak kaki. Sudah membaik hanya tinggal kudis saja. Satu mesej daripada Farissya, tanpa banyak berfikir aku buka mesej tersebut.

From: Farissya
-Beb sorry hari ni tak jadi jumpa kau. Aku kena teman Akiff pergi bandar jap. Sokay aku hantar abang Fajmin untuk teman kau K.

Aku mencemik selepas baca kiriman dari Farrisya. Telefon Vivo aku campak ke sisi. Tangan dibawa memeluk tubuh.

"Mengada kau an Fa, mentang-mentang tahu aku suka abang kau" Aku berbisik geram. Kedua tangan dibawa mengenggam cadar tilam, otak ligat memikir cara untuk hilangkan bosan.

"Aku kena keluar juga dari bilik ni. Bosan yang teramat" Ujarku pasrah, badan diangkat dengan perlahan-lahan aku heret kaki kanan keluar dari bilik. Senyum kecil terukir saat melihat tubuh Mak cik Mohaya diruang tamu.

"Aira dah boleh jalan ke, mak cik ingat nak masuk bilik kamu" Aku menayang gigi mula duduk sebelah Mak. Wajah Mak cik Mohaya aku tatap. "Saya dah sihat dah pun mak cik, luka sikit je ni" Aku bersuara lembut, Mak cik Mohaya buat muka sebelum menyentuh lengan Mak.

"Iyalah tu kuat, Eh Ayu kau ada dengar tak anak Seman tu dah nak kahwin. Tak silap aku dia tu baru habis sekolah." Aku berkerut memandang Mak cik Mohaya mula mengupas bawang. Mak hanya diam mengangguk kecil. Anak mata aku mula mencari keberadaan Fajmin, mana dia bukan tadi Farissya ada kata dia datang sekali.

"Mak Aira tolong buatkan air ye" Pelawaku mula bangkit dari sofa. "Buat susah-susah je Aira" Senyum manis aku ukir, rasanya memang adat jika orang bertandang kita harus sediakan.

"Tak susah mana pun, mak cik borak lah dulu." Aku bersuara sambil tersenyum, sebelum figura Fajmin muncul di anak tangga depan rumah. Aku mengangkat kepala merenungnya sebelum cepat-cepat aku putuskan tautan mata. Langkah diatur ke dapur penuh hati-hati tatkala menuruni anak tangga.

Dapur gas aku dekati untuk panaskan air, ouh sudah masak rupanya. Jug sederhana besar aku letak atas meja makan. Tupperware yang berisi teh aku buka, tiga teh uncang masukkan ke dalam jug. Sedang leka buka susu tin, satu haba panas terasa dari belakang bantutkan aktivitiku. Siapa belakang aku? Jangan-jangan Faj-

"Nak aku tolong ke?" Deru nafas seseorang jelas hangat ditelinga. Aku terkejut kecil, dengan pantas aku memusingkan badan. Wajah bingung Fajmin kini menjadi pusat perhatianku. Tingginya dia, aku hanya paras dagu je bisik hatiku. Langkah kaki diundur beberapa langkah, naik segan bila teringat kembali apa yang berlaku di sungai tempoh hari.

"Kau dah kenapa?" Soalnya pelik masih dalam posisi merenungku. Aku mengemam bibir. "Aw-awak buat apa dekat sini? Pergilah duduk dekat ruang tamu" Aku mengusirnya, tanganku pantas mengambil gelas kemudian diletak atas dulang.

Kau MilikkuUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum