BAB 08 ~ Ariff

713 34 2
                                    

~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~


Segala buku novel aku susun kembali di dalam almari, suara melatah Farissya buatkan aku berpaling. Dia tampak leka menyusun novel ditatap lucu, berbagai ekspresi muka dia lakukan kala ini.

"Aira~ kau bela apa duh, banyak gila mayat labah-labah dalam almari kau" Aku ketawa besar memegang perut. Ah maklumlah bilik stor sememangnya berhabuk, sudah lama tidak dikemas.

"Biasalah nama pun bilik stor, tadikan aku cakap kau jangan tolong. Kau degil juga" Farissya muncungkan bibir, dia merenungku datar. Aku mengukir senyum lebar, ibu jari aku angkat tinggi.

"Tak, masalahnya novel kau banyak ni Aira, patutlah kau tak ada pakwe" Kayu kecil dilantai aku baling ke arah Farissya. Muka dibuat garang membantah setiap kata-kata yang keluar dibibir gadis itu.

"Hei aku memang tak suka berpakwe-pakwe cukup dulu pernah meroyan." Farissya terus ketawa kecil merangkak menghampiriku. Bahuku ditepuk-tepuk kecil, aku berdengus kecil.

"Iya aku ingat zaman sekolah menengah dulu, budak Ijat tukan" Aku ketawa kecil. Oh si buaya Ijat yang tua setahun dariku dan pernah menjadi cinta monyetku semasa zaman persekolahan. "Ish Fa, janganlah ungkit" Farissya terus ketawa, aku mencebik bibir. Sampai hati dia ketawakan aku sampai berlinang air mata. Tak aci.

"Tak masalahnya dia yang beria tau nak couple dengan kau last-last curang belakang kau. Apahal?" Aku kembangkan hidung, lelaki itu pernah buat hati aku berderau naik langit ke tujuh. Eh tak lebih kepada menyampah sejujur dengan kata-kata manis yang ditabur si Ijat. Lucu bila diingat kembali.

"Entah aku hodoh kut zaman sekolah. Skema je memanjang lepas tu jerawat penuh dekat muka serupa katak dah" Aku memberi pendapat sebelum ketawa kecil. Iya aku sememang agak kolot dan comot tika masih bersekolah.

"Ish mana ada, kau lawa apa, comel gitu. Kau ramai peminat tau dulu berkat kawan dengan aku dan Fiza" Farissya lantang terselit sekali muka bangganya itu. Aku mengulum senyum, geli hati melihat Farissya.

"Mana ada banyak peminat, kau sebenarnya banyak peminat bukannya aku" Aku bersuara cuba mengingat detik-detik ramai lelaki datang padaku sekadar mengirim salam pada Farissya. Aku hanya perantaraan di antara Farissya dan peminatnya, uish itu sangat menyebalkan.

"Bab si Ijat tu nama pun cinta monyet tapi itu lah kurang ajar si Ijat tu. Bila aku dah suka sikit kat dia boleh pula dia main kayu tiga belakang aku." Ujarku sambil ketawa, bila diingat sungguh kelakar zaman sekolah menengah.

"Muka tak lah handsome mana tapi playboy tahap dewa" Gumam Farissya sambil muka jijik, bahunya aku tumbuk lembut. "Jahat betul mulut kau, mana tahu dia setia bila jumpa orang yang betul-betul dia sayang" Dia mencerlung tajam ke arahku.

"Iyalah tu" Aku mengeleng kepala kembali memasukkan novel ke dalam kotak. "Urrmm Aira kau dah mesej abang aku belum?" Aku bulatkan mata, secara perlahan aku memutar kepala membalas renungan Farissya. Oh ya, Farissya ada beri nombor Fajmin tetapi aku tiada keberanian yang cukup untuk mulakan perbualan dulu.

"Errm belum lagi, nanti-nanti lah aku mesej dia" Aku memberi jawapan. Farissya mendengus terus memeluk tubuh. "Haduh kau ni, kata suka abang aku tapi kau tak buat apa-apa pun. Macam mana ni Aira" Kesal Farissya, nafas berat aku lepaskan. Aku tidak tahu, buntu sekaligus takut.

"Aku tak bersedia lagilah nanti apa kata abang kau kalau aku tiba-tiba mesej dia. Tak fasal-fasal aku digelar rumput mencari kuda" Berkerut muka Farissya tika ini. "Maksud kau?" Soal Farissya tidak faham.

"Iyalah sepatutnya lelaki cari perempuan, ni perempuan pula cari lelaki" Farissya menjeling mata memperbetulkan duduk didepanku. "Aira kalau kita nak dapat sesuatu kita kena ada usaha, usaha itu penting" Aku mengeluh berat memeluk lutut.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now